Tuesday, October 15, 2013

Lambaian Baitullah

entry-content'>

Alhamdulillah, berhasil juga penulis menonton hasil buah tangan sulung sendiri - telemovie LAMBAIAN BAITULLAH yang diarahkah Sdr Murali Abdullah, terbitan Temenggong Pictures yang ke siaran TV9 8.30 malam pada 14 Okt 2013.
Ramai bertanya apa perasaan penulis skrip telemovie ini?
Penulis sangat terharu dengan pembawaan pendokong watak-watak yang dipertanggung jawabkan membawa cerita ini kepada penonton. Alhamdulillah, semuanya memenuhi impian pengarang. Datuk Ahmad Tarmimi sangat bersesuaian sebagai Pak Husin, senyumnya, lirik matanya, intonasinya bagaikan mendengar suara hati pengarang. Benar-benar dia seorang aktor berbakat besar. Tahniah.
Dalima Wati, Fahrin Ahmad, Intan Ladyana dan semua yang terlibat sangat-sangat menepati, tahniah juga dan syukur...

Idea tercetusnya LAMBAIAN BAITULLAH?
Sempena hari bapa, pengarang teringat abah, senyumnya, kasih sayangnya, perhatiannya, intonasinya, lirikannya membuat pengarang rindu benar. Meski pengarang tidak pernah berpengalaman melihat jerih abah mengumpul perbelanjaan untuk menunaikan haji, tetapi setelah dewasa dan bergelar ibu dan bapa pula, pengarang cuba meletakkan diri sendiri pada kedudukan dan perasaan abah dan mak waktu itu. Mungkin itu yang dirasakan abah dan mak sewaktu berkerja keras mengumpul kewangan. Mungkin mereka juga saban hari menghitung waktu merindui Tanah Suci. Maka pengarang beremaginasi sendiri, menyusun bait-bait ayat lalu dijadikan dialog-dialog untuk dituturkan. 

Alhamdulillah Dalima Wati dan Datuk Tarmimi sangat menjiwai sehinggakan sampai di saat ini pengarang masih menitiskan air mata, terkenang begitu gaya emak dan abah bila bersama. Sewaktu  masih kanak-kanak, pengarang pernah mendengar ayat abah yang begitu - 'saya sayang awak, awak sayang saya, cukuplah tu.' Entah apa tajuk perbualan, sewaktu di  bendang, abah pujuk mak begitu. Waktu itu pengarang tidak berasa apa-apa tidak juga bertanya apa. 

Benar, begitulah gaya abah apabila bersama anak-anak... senyum dan sentiasa berkata - 'tak apa, abah ada duit'. Apabila malam, abah akan melawat tempat tidur anak-anak, halau nyamuk. Abah gantungkan kelambu, selimutkan. Bagi nasihat pada anak-anak, sejukkan hati mak dan... abah panggil mak dear... waktu itu pengarang tidak faham kenapa 'dia'? sedangkan nama mak Hajah Zainun. Rupa-rupanya 'dia' itu adalah 'dear'. Macam tak percaya kan? tapi itulah kenyataannya. Tidak pernah abah meninggi suara tapi anak-anak sangat menghormati abah dik tingginya pekerti dia.

Al-fatihah abah - Allahyarham Haji Abdul Rashid bin Haji Ahmad dan Hajah Zainun bte Haji Yeop Majlis. semoga Allah memelihara mereka dari sebarang bentuk kepayahan di Sana.

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix