Wednesday, April 7, 2010

KEMBOJA DI HATI

entry-content'>

Dan....
akhirnya yang ditunggu tiba juga. sekian lama saya tertunggu2 terbitnya sebuah karya yg saya anggap besar, hasil lelah sendiri - KEMBOJA DI HATI terbitan DEWAN BAHASA & PUSTAKA. Gambaran kulit luarnya sudah dipertonton pada saya oleh Cik Fiqah (Dawama). 3 yg dihantar, saya memilih 1 yg terbaik di antara cover yg baik2 belaka. saya teruja pada 1 darinya dan setelah saya tunjukkan kpd beberapa org rakan penulis & ahli keluarga, hanya 2 orang memilih cover lain dari yg saya minati. 4 orang darinya memihak saya.

Bila terbitnya, tidak pula saya dimaklumkan. Tetapi saya sudah boleh bernafas lega...

Dengan terbitnya KEMBOJA DI HATI,bukan bererti saya memandang sepi 10 novel saya sebelum ini, kerana setiap satunya mempunyai nilai tersendiri & memberi pengalaman yang berbeza sewaktu penggarapannya, cuma KEMBOJA DI HATI terlalu byk dugaan & rintangan yg terpaksa saya tempuhi sepanjang menanganinya. Terlalu jerih.

KEMBOJA DI HATI bukan sekadar kisah cinta biasa, tetapi ianya membawa pelbagai rasa :
Cinta pada alam, cinta pada Allah, Cinta sesama Islam, cinta pada kekasih, cinta pada keluarga, cinta pada tamadun & budaya serta segala2nya yg berunsurkan cinta. KEMBOJA DI HATI juga membawa pembaca ke alam ghaib di dalam alam nyata ini. Itu adalah pengalaman saya sendiri dan saya mahu berkongsi pengalaman itu kepada semua.

Syukur alhamdullilah setelah setahun menunggu, KEMBOJA DI HATI terbit juga. Sebuah karya wajib siap hasil bengkel bersama DBP 24 Mach 2008. Pasti ramai yg berkerut kening, selepas 2 tahun berlalu, baru kini terlaksananya sebuah manuskrip yg dianggap punya kelainan tersendiri. Saya sendiri mengambil masa setahun menyudahkannya, sementara penerbit mengambil masa juga hampir setahun. maka selepas satu jangka masa itu, maka KEMBOJA DI HATI menemui pembaca. Syukur juga saya meski sudah sedikit lewat.

KEMBOJA DI HATI saya garab berkembar dengan SEHARUM CINTA LESTARY, syukur... kakak kembar KEMBOJA DI HATI itu berjaya diterbitkan June 2009.

6 comments:

mohamad kholid said...

tahniah! kalau difikir - memang mistik sesuai dgn bunga kemboja tu...

kak ila said...

terima kasih adik.
sebenarnya 1 percubaab utk 1 kelainan dlm penggarapan nvl kak ila. harap2nya tak ada lagi yg takut pada kemboja. hehe

Mersik said...

Tahniah gitu Kak Ila,

Semoga sambutannya juga harum2 bak kemboja..

(Yg suka haruman kopi O hik hik )

kak ila said...

terima kasih mersik..
tapi buku ni wajib baca! mersik mesti bacanya & komen tau?

MARSLI N.O said...

Tahniah atas penerbitan novel2nya. Meski saya hanya membaca dan melihat dari jauh.

kak ila said...

Marsli, terima kasih ke sini. Terima kasih keprihatianan anda.


Free shoutbox @ ShoutMix