Sunday, January 3, 2010

USIA & TAHUN

entry-content'>

Assalamualaikum.
Meski sudah 3 hari terlewat, rasanya masih belum kelewatan saya mengucap selamat tahun baru kepada semua rakan taulan Islam mahupun non Islam. Syukur, kita dipanjangkan usia setahun lagi. Saya juga semakin berganjak tua... Syukur saya ke hadrat-Nya memberi saya kesihatan yang sempurna.

Hari ini anak sulung menyambut hari lahirnya. walau tidak ada tiupan lilin atau hadiah kunci kebebasan, si bujang tetap gembira. Syukur juga saya, dianugerah anak yang cukup memahami.

Hari ini tamat sudah pembikinan novel terbaru saya. Tepat jam 8 malam, saya menyudahkan pengeditan di ayat terakhir. Syukur saya pada-Nya, masih memberi saya sedikit idea (ilham) penulisan. Meski agak merangkak kali ini, namun berjaya juga saya menyudahkannya. Selepas ini saya perlu memikirkan pula ke mana manuskrip itu akan dihantar. LARA DI JIWA AJYM. Itulah judul terbaru untuk novel ke 12 saya.

Selamat tahun baru untuk semua - 2010

Thursday, December 3, 2009

MENANGANI KERJA PENULISAN (NOVEL)

entry-content'>

Assalamualaikum
Sekali lagi saya turun ke sini memberi sedikit tips sewaktu menangani kerja penulisan khususnya novel. Jika ada yang kepingin mengetahui tips menangani penulisan cerpen, lain kali saya usahakan. Kali ini hanya novel...

Sering penulis mengalami kepayahan untuk memulakan ayat pertama untuk perenggan pertama atau bab pertama, kan? Atau ada juga merasakan sukar benar memuntahkan apa yang sudah bertakung lama di dalam fikiran, mahu diadaptasikan ke dalam novel. Ada cerita, tapi bagaimana menggarapnya supaya menjadi indah, sehalus dan seharum novel2 penulis Bernama.

Memang diakui, ayat pertama berupa pemangkin untuk pembaca terus melekat. Rosak ayat pertama, akan merosakkan mood pembaca. Hanya segelintir pembaca akan tekal menyelusuri novel yang memberi pengalaman pertama paling pedih baginya. Iaitu menempuh ayat pertama, bab pertama atau perenggan pertama yang teruk, yang tidak menarik minatnya.

Sebenarnya konflik ini bukan sahaja dialami penulis2 baharu, tetapi yang sudah lama juga sering tersepit. Sedang asyik mengarang, tiba2 idea kering, berusaha membina konflik tetapi cerita terus mendatar walaupun sudah 200 muka surat. Kadang2 asyik jumpa konflik sehingga cerita itu menjadi keras, ganas. Tidak ada manis sendunya dan sukar benar menemui perleraian.

Oleh itu bagi saya, apa yang sering saya lakukan dan selepas berkongsi pendapat dengan rakan2 penulis yang lain, kami seakan sependapat : Jika untuk memulakan bab baharu menjadi masalah, apakata sebaik duduk di hadapan komputer, baca dahulu sekurang2nya 2 bab sebelumnya. Itu sekiranya memulakan bab baharu di masa yang lain. Sekiranya berlaku kekontangan idea untuk meneruskan penulisan ke bab seterusnya sedang kita giat mengarang, anda dinasihatkan berehat sebentar. Pergilah ambil angin luar bilik, menonton t.v, berbual2 dengan anak2 / suami atau boleh juga membaca novel penulis lain. Bukan bertujuan untuk meniru tetapi sekadar untuk membina mood. Insyaallah dengan cara ini, kita akan mampu membina ayat di bab baharu itu dengan baik.

Insyaallah anda akan berjaya, selamat mengarang...

Friday, November 20, 2009

entry-content'>

Assalamualaikum.

Hari ini dan saat ini baharu saya ada idea untuk berkongsi sedikit pengalaman khususnya yang berkaitan dengan penulis dan aktiviti penulisan khususnya novel, di sini. Sebelumnya saya hanya menyalin semula N3 lepas - bekaitan promo novel yang sudah terbit. Pengalaman penulisan novel kali ini berkenaan tingkah laku penulis yang...

1) dianggap aneh
2) menyendiri
3) membawa beg sandang (laptop) kemana sahaja
(semua di atas adsalah pandangan sesetengah orang).

Sebenarnya ke tiga2 di atas disebutkan seorang rakan lama saya, kebetulan kami berjumpa secara tidak sengaja. Sudah lama benar tidak bersua, rupa-rupanya dia baharu sahaja mengetahui saya seorang penulis (novelis novel Melayu).

Rakan itu mengamati saya, katanya : kamu masih macam dulu, tidak berubah.
Saya sekadar tersenyum. Katanya lagi, bukankah seorang penulis nampak aneh? selalu menyendiri dan selalunya akan menyandang beg lusuh? diamantinya saya dari atas ke bawah.

Ha? begitu sekali persepsi dia pada penulis? Di manakah dia melihat penulis begitu?
tawa saya masih berbunga malah tika ini juga masih tersenyum. Apakah penulis perlu begitu? Penulis juga manusia biasa, tidak ada yang aneh, tidak perlu menyendiri dan ada masanya tidak perlu menggalas beg laptop. Cuma penulis perlukan sebuah komputer untuk mengarang kerana penerbit tidak akan menerima manuskrip yang ditaip dengan mesin taip atau ditulis tangan. Memang perlu menyendiri sewaktu berkarya. Jika tidak berkarya tidak perlu si penulis bersama laptop atau komputer, cukup sekadar seketul kepala berotak atau paling kurang, sebuah buku catatan dan sebatang pen (itupun jarang2 diguna). Yang penting ada di dalam beg penulis adalah buku bacaan / manuskrip yang sedang ditangani dan sudah dicetak. Itu adalah untuk bacaan santai di waktu senggang. Memandangkan saya sering berperang dengan waktu, maka setiap detik yang lompang perlu saya penuhi dengan aktiviti membaca.

Saya rasa ramai teman penulis berpendirian seperti saya dan saya sering ketemu mereka, terutama wanita, kami hanya membawa beg sandang sederhana besar. Di dalamnya di isi keperluan wanita dan kami adalah seperti wanita2 lain, kadang2 pergi window shopping di kompleks dan kedai buku. Pulang ke rumah, menguruskan kerja2 rumah tangga, disulami kerja penulisan.

Oleh itu pandangan masyarakat yang menganggap seorang penulis perlu sakit bahu memikul beg laptop, mencari tempat untuk menyendiri dan berperangai aneh adalah salah. Usah takut untuk menjadi penulis, yang penting : gemar membaca, merakam dalam kotak ingatan gelagat orang yang ditemui dan disiplin diri dalam berkarya. Yang lain2penulis bebas menjadi manusia biasa. Tidak perlu kita mencanang kepada semua orang bahawa kita ini penulis.

Wallah hualam

Saturday, November 14, 2009

QASEH, QAISY / SARA KIRANA

entry-content'>

Salam kenal & salam sayang untuk pelayar & pengunjung di sini.

Berikut N3 sebelum ini - QASEH, QAISY, beberapa penggemar novel saya bolos di emel bertanyakan kenyataan saya di bawah N3 tersebut. Kenapa SK lebih berkesan & lebih saya cintai berbanding QQ. Sebenarnya SK saya garap dgn emosi kewanitaan saya selepas mendengar kenyataan seorang lelaki tentang pandangannya terhdp wanita dan isteri bagaimana yg diimpinya. Kenyataan lelaki itu :

1) Saya perlukan isteri yang memahami saya, cinta saya dan sayang saya seadanya. bukan kerana saya ini sesiapa, tetapi kerana cintanya dia pada saya. Isteri tidak perlu takut menentang saya jika jelas pendapat saya salah. Tegur saya jika saya berbuat silap. Berani memberi pendapatnya jika saya perlukan buah fikiran.

2) Bukan isteri yg menjaga saya selayak seorang majikan tetapi yang memanjakan saya layaknya lelaki yg dikasihinya. Tidak memanjakan saya seperti baby yang tak pandai apa2 tetapi memanjakan saya kerana dia saya manjakan. Dia tidak hanya pandai mengurus semua berkenaan diri saya kerana saya mampu mengurus diri saya sendiri. Malah sebelum beristeri segala2 tentang diri saya, saya lakukan sendiri.

3) Saya perlukan isteri di sisi, yang manja menghiburkan tetapi di setengah keadaan bertindak selaku guru bila saya perlukan tunjuk ajar. Saya mampu menggaji pekerja utk mengurus rumah tangga saya, jika pendapatan saya tidak mencukupi, saya akan melakukan kerja2 rutin rumah tangga, bersama dia. Jadi, tidak perlulah wanita bakal isteri saya seorang wanita yg pandai memasak dan mengemas rumah.
Saya melihat isteri kawan saya yang berpeluh2 berkemas rumah, memasak dan menyedia kelengkapan suaminya seperti dia digaji suami itu. Setiap hari suami memberi sejumlah wang untuk isteri berbelanja di pasar & berlelah pula memamasak utk suami pulang makan tengah hari, petang dan malam juga. Segala pakaian suaminya diurus sebaik mungkin sedangkan sewaktu suami berehat di ruang rehat, isteri tidak menemaninya kerana masih sibuk membersih dan mengemas.

Itulah 3 pendapatnya dan mungkin kerana memilih begitu, maka dia kelewatan beristeri - menjangkau lewat 30an.

Saya teruja. Wau, rupa2nya ada lelaki yg begitu. Saya sering mendengar teman2 sekerja saya yang berasa lega selepas berkahwin, kata mereka, hidup lebih terurus. Makan pakai ada yang menjaga, rumah tangga bersih kemas. Tidak perlu khidmat pembantu rumah kerana isteri bijak mengurus masa. Di sebabkan perbandingan pandangan & pendapat itu, saya garap SK mengikut kreativiti saya. Saya bentuk 2 lelaki berbeza personaliti dan 2 jenis wanita / isteri yg jelas berbeza latar belakang.

Thursday, November 12, 2009

QASEH, QAISY

entry-content'>

Membencimu satu kepastian,

kata ibu benci-membenci tiada akhirnya
dan Allah murka sikap hamba-Nya itu
kucuba menyisihnya, bukan untukmu tapi demi ibu

Aku berjaya jua.
Malang, kau pula mengajarku erti rindu
Kutebas, kuramas cintamu
Namun bagai mencantas dahan yang subur
Semakin dicantas, semakin pula tumbuh tunasnya
Cuba kuajar kembali, hati agar membenci
Malangnya aku menjadi insan pemaaf
Tidak reti berdendam lagi
Yang petah hanya menyebut kasih, sayang dan cinta
Aku marah hatiku yang tewas, yang lemah pada kasihmu

Aku kian nanar
Tembok kebencian gagal kutegakkan
Aku tewas, mungkin jodoh milik kita
Namun... kata cinta marak panas, ibu keras!
Kata ibu, darjat dan keturunan jurang yang dalam
Aku kan lemas dibawa arus perbezaan
Tapi katamu, persetan tanggapan itu,
kepercayaan lapuk lagi kuno.
Kau bantu aku menimbus jurang itu
Kau ajarku mudik, berenang
dan percaya ketentuan-Nya
Katamu juga, aku dilahirkan untukmu
dan engkau didewasakan untukku

Kupasrah akhirnya
Namun sedang kualpa pujuk dan rayumu
senda dan guraumu, ajaran dan nasihatmu
aku tenggelam jua
engkau turut lemas dek permainan golonganmu

Mampukah kita Tengku? Bisikku selalu
Engkau hanya mengangguk pasti.


Sejujurnya saya lebih mencintai SARA KIRANA & TAK KUDUGA, tapi entah mengapa QQ lebih mendapat sambutan. Hingga kini masih ramai yg tercari dan mencarinya & disebut semulut ke semulut betapa hebatnya QQ terpahat di hati pembaca. Terima kasih saya pada penggemarnya.

Saturday, October 17, 2009

SARA KIRANA

entry-content'>

Perkahwinanku dengan Zulfakar kerana dijodohkan
Perpisahan dengan lelaki itu sudah ditakdirkan.
Pertemuan semula aku dan Zahrin satu ketentuan.
Aku pasrah dalam kedukaan.
Tapi, apakah satu kesilapan?
Aku mencintai Zahrin selepas bersendirian?

Soal hati sukar untuk dimengertikan.
Sayang bukan bererti cinta,
kasih bukan bererti sayang.
Ia bahagia bersama Zulfakar
Meski sekadar bayangan cuma,
namun itulah makna cinta pertama
cinta Zahrin lain...
penuh erti, penuh kasih dan penuh sayang
namun sarat duri yang melukakan.
di mana mungkin kebahagiaan buatku?
di mana mama? Papa?
Tunjukkan Sara erti cinta itu...
makna bahagia sebenarnya!

********

Maisarah, isteri yang patuh dan taat pada suami,dicerai tanpa sebab yg kukuh. Akibat kekecewaan itu Maisarah bangkit sebagai Sara Kirana, novelis tidak berilmu besar tetapi akhirnya disegani. Jodoh pertemuan ketentuan ilahi, sewaktu namanya dipuncak, Zahrin muncul melamar. Percintaan memakan masa yg singkat sebelum mengambil keputusan mengakhiri zaman bujang masing2. Janda bertemu teruna, bukan mudah untuk mereka melayari bahtera rumah tangga. Cinta Zahrin berduri pula. Cemburu buta menggoyahkan kasih sayang. Bagaimana Maisarah melalui saat getir diragui suami sendiri dalam perkahwinan ke duanya?

Wednesday, October 14, 2009

PENULIS BUKUPRIMA

entry-content'>

Assalamualaikum

Hebahan percuma kepada penulis-penulis BUKUPRIMA, sila semak ke emel masing-masing, ada jemputan ke majlis jamuan hari raya anjuran BUKUPRIMA pada hari Jumaat 16 Oktober 2009. Majlis bermula jam 2 petang bertempat di pejabat BUKUPRIMA.

Kalau tak silap kak ila, ini merupakan pertemuan ke 3 sejak 4 tahun BUKUPRIMA bergelar penerbit novel. Kepada penulis yang berkelapangan, sila hadir bagi memeriahkan majlis yang sedia meriah. Dalam menyemarakkan majlis jamuan hari raya, boleh juga para penulis beramah mesra sesama warga BUKUPRIMA.

Sekian, harap maklum.


Free shoutbox @ ShoutMix