Saturday, November 23, 2013

SINOPSIS NOVEL SAKITNYA CINTA

entry-content'>

SAKITNYA CINTA
Neor pelakon, penyanyi dan pemuzik kelahiran rancangan reality tv sedang meningkat naik, menjadi kegilaan peminat sering pula dilanda kontroversi menaik dan menjatuhkan namanya. Dalam senyum tawa, ramah dan mesra melayan peminat, Neor (Meor Rezamudin) sering rasa terasing, sepi sendirian. Di usianya mencecah 30 tahun, dia impikan sebuah keluarga yang lengkap, beristeri dan punya anak.  Namun apabila ditanya, apakah dia tidak mahu menamatkan zaman bujang, soalan itu dijawab santai seakan langsung tidak mengusik jiwa.
Neor bersahabat karib dengan jurukamera wanita yang kebetulan adalah kakak kembar Mutiara, peguam syariah yang telah mencuri hatinya tanpa dia dan Mutiara sedar akan itu. Di hari perkahwinan Mutiara dan Neor di Brunei barulah masing-masing berkenalan. Kristal Ezati sudah mengagak, ayahnya tidak akan menerima Neor jika dia mengetahui Neor adalah penghibur. Kerana itu dia berusaha menyembunyikan rahsia yang tidak mungkin berjaya disembunyi kerana Brunei dan Malasyia tidak sejauh mana.  Selepas seminggu berkahwin, Tuan Jaafar mengetahui siapa Neor. Neor diperintah menceraikan Mutiara. Demi cinta mereka, Neor berjanji akan merahsiakan kedudukan Mutiara dalam hidupnya asal tidak dipaksa bercerai. Mutiara  akur status bujang tidak ditukar kepada berkahwin. Kerana Neor disebut masih bujang, gosib-gosib terus panas.
Fifie adalah ‘bff’ Neor sejak kanak-kanak tanpa sedar mereka, masing-masing sudah jatuh cinta namun kerana fitnah, Fifie menghilang. Dia  terus memerhati perjalanan seni Neor dari kejauhan. Dia  menukar nama kepada Bakawali, mengarang lagu dan lirik untuk album Neor juga lagu tema drama serta filem lakonannya. Identitinya terus dirahsiakan walaupun lagu-lagu ciptaannya menjadi siulan. Bagi Neor, sejak ditinggalkan Fifie tanpa dapat dikesan persembunyiannya, dia seakan mati hati, tertutup untuk bercinta lagi sehingga muncul Mutiara yang seiras Fifie. Sangkanya dia dapat menggantikan Fifie dengan Mutiara namun, apabila sudah menjadi suami isteri, baru disedari, sifat Mutiara dan Fifie bertentangan. Tetapi Neor berusaha meletak Mutiara di tempat yang dikosongkan Fifie sehingga dia sendiri makan hati dan sangat-sangat tertekan apabila saban hari Mutiara akan merengek memintanya meninggalkan dunia hiburan.
Neor ditangkap khalwat bersama Suzan, artis wanita, isteri muda orang kenamaan. Walaupun itu hanya perangkap, muslihat pihak musuh suami Suzan untuk menjatuhkan VVIP itu, Neor terbabit dimalukan. Di waktu itu hanya Ezeti memahami Neor, berdiri teguh di belakangnya. Mutiara tidak tahan lagi lalu memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Brunei, negara mereka bernikah. Kaki tangan mahkamah membocorkan rahsia itu, lalu heboh di Malaysia, isteri Neor menuntut cerai. Rominah, ibu angkat Neor belum sempat mengenali menantunya sangat terluka mendengar berita itu dan Neor sangat rasa bersalah. Berita itu sekali lagi mengecewakan Neor yang masih tergantung kes tuduhan berkhalwat di mahkamah syariah Malaysia.
Hampir setiap hari akhbar dan media elektronik menyebut-nyebut berita itu. Neor tiada cara lain, terpaksa mengadakan sidang akhbar. Semuanya terpaksa diluah, kecuali nama bekas isteri dan keluarga bekas mentua dilarang Neor wartawan bertanya, katanya demi menghormati bekas isteri dan keluarganya. Walaupun Ezeti terluka mendengar keburukan keluarganya namun dia pasrah. Dia faham kedudukan Neor malah dia juga sudah tidak diakui Tuan Jaafar selaku anak hanya kerana memilih bidang kerjaya yang tidak digemari Tuan Jaafar. Sebelum ke sidang akhbar, Neor sudah meminta izin Ezeti dan Ezeti merelakan.
Seperti beratnya penanggungan emosi Neor di atas berita perceraiannya, Mutiara juga terus tertekan. Dia terpaksa berundur dari firma guaman kerana reputasinya sebagai  peguam syariah terjejas selepas berita tangkapan khalwat ke atas Neor dan perkahwinan tergesa-gesa mereka di Brunei sebelum mendapat kelulusan bernikah di luar negara. Keputusan pengunduran itu sangat membebankan perasaan Mutiara kerana dia sangat-sangat mencintai kerjayanya. Dunia hiburan heboh memperkatakan perceraian Neor yang tidak disedari bila berkahwin, dunia kepeguaman pula hangat memperbincangkan Mutiara mencalar institusi penegak undang-undang syariah negara.
Selepas perceraian Neor Mutiara, Neor beralih arah, terjatuh cinta pada sahabat Ezeti, meski dalam hati masih menempatkan Fifie. Ezeti sedar, dia hanya tempat Neor meluah kesedihan namun, kerana cintanya bersedia dia membiar Neor mengenang cinta Fifie. Ezeti bertemu Fifei  sewaktu dia sedang berjalan-jalan bersama Rominah. Melihat erat dan sayangnya Rominah pada Fifei, Ezeti sedar dia hanya persinggahan sementara Neor. Ezeti  membantu menghubungkan kembali Fifei dengan Neor, malangnya Fifei sudah bertunang dengan kenalan Ezeti. Neor pula kembali diulit nostalgia, seakan terlupa Fifie adalah cerita zaman silamnya, hampir saban hari bercerita segala kebaikan dan keistimewaan Fifie.  Secara tidak sengaja, dia melukai hati Ezeti meski tidak bersedia bertemu Fifei tetapi Ezeti melihat cinta itu di dalam mata Neor.
Dalam kemelut yang tidak berkesudahan, ibu Salsabila pulang ke tanah air mencari warisnya. Salsabila, adik Tuan Jaafar yang dibuang keluarga kerana memilih pemuzik jalanan (adik ayah angkat Neor) sebagai teman hidup. Salsabila sanggup berhenti belajar kerana mahu hidup bersama teman lelakinya, penagih dadah. Neor diserah kepada Rominah sebaik lahir kerana suaminya  dipenjarakan kerana memiliki dadah. Ibu Neor menuntut cerai, berhijrah ke luar negara, menjadi penyanyi kelab malam di sana.  Neor yang berusaha melupa kisah silamnya berasa sangat kecewa kemunculan itu, dia keliru. Hanya kepada Ezeti dia meluahkan rasa.  Ezeti pula sentiasa bersedia memberi sokongan.
Neor terkena jangkitan kencing tikus pula selepas pengambaran filem lakonannya di sebuah sungai tercemar. Keadaan kesihatannya yang  terjejas, disangka Ezeti akibat tekanan perasaan yang bertimpa-timpa namun, semakin hari Neor semakin teruk lalu dirujuk ke klinik. Neor ditahan di hospital, sejurus sebelum coma, Neor melamar Ezeti, Ezeti menerima dengan hati terbuka dan berdoa Neor selamat.  Fifie muncul selepas mendengar berita Neor coma. Baru itu dia bersedia menemui Neor dan muncul memperkenalkan diri sebagai Bakawali.
Selepas pulih dari sakitnya, perhubungan Fifie dan Neor kembali rapat. Neor digosib panas semula, ada yang memuat naik foto Neor mencuba pakaian pengantin bersama Fifei di butik pengantin ke internet.   Heboh pula memperkatakan percintaan Neor Ezeti berantakan, cinta Neor beralih kembali kepada cinta pertamanya. 
Apakah kesudahan percintaan bersegi-segi ini? baca selanjutkan dalam SAKITNYA CINTA karya ke 14 Ramlah Rashid

1 comment:

Unknown said...

Harus baca ni..betul2 berliku2 ni..


Free shoutbox @ ShoutMix