Monday, March 15, 2010

JERIJI KASIH - edisi pelajar

entry-content'>

ASSALAMUALAIKUM.

Kembali saya ke sini utk berbicara berkenaan JERIJI KASIH (JK). Seperti yg sedia maklum, JK sudah mula dipelajari oleh sesetengah sekolah. khususnya yg memilih pengajian Kesusasteraan Melayu utk persediaan SPM. Banyak juga persoalan yg diaju pada saya melalui emel, sms telefon bimbit & di fb juga. Di antara mereka yg mengemuka persoalan itu termasuk para guru, murid2 sendiri & org biasa juga. Diantara persoalan yg popular :

1) Ilham sehingga terbitnya JK
2) Kelompok sasaran JK, watak & perwatakan.
3) Suasana - latar tempat termasuk aktiviti desa di dalam JK.

Baik, demi kepentingan para pelajar & para guru serta rakan2 penggemar buku, ini jawapan saya.

1) Sejujurnya ilham menerbitkan JK timbul sewaktu saya terbaca iklan pertandingan mengarang novel remaja & dewasa yg dianjurkan DBP. Congak punya congak, maka saya bermurah hati mengkongsikan kenangan masa lalu saya di - TELUK SAREH EMPAI, sebuah desa terpencil di daerah Perak Tengah. Letaknya di tengah2 antara Pekan Parit dan Kampung Gajah. Tujuannya untuk memperkenal keindahan kampung kelahiran saya itu. Masa & suasana cerita adalah masa kini tetapi byk imbas kembali aktiviti yg melibatkan saya sewaktu dahulu (zaman kanak2).

2)Nama pun untuk remaja, maka saya menggarap JK khas untuk bacaan para remaja sekitar usia boleh membaca hingga ke 20 tahun. tetapi org2 dewasa juga disarankan mengkajinya kerana di JK saya byk memperturunkan perasaan para remaja utk membantu para ibu & bapa mengenali emosi anak remaja mereka. Saya pernah seremaja watak2 itu, & sejujurnya sewaktu seusia itu, itulah yg saya rasakan & saya lalui. Kini setelah sedewasa ini @ tua, saya kepingin rakan2 sebaya saya kini, memahami perasaan anak2 kita.

3)Perkara ke3 ini paling penting berbanding yg lain2 kerana ramai juga yg mempertikai. kata mereka, apakah masih ujud remaja seperti Anuariza?(watak bulat yg membawa cerita JK). Dan... di manakah Anuariza itu kerana menurut si penanya, remaja kini sudah bijak, mereka tidak mahu hanya membaca emaginasi penulis, mereka mahukan sesuatu yg tepat. Ini bermaksud (melalui pemahaman saya)- selepas dipertemu mereka ini dgn Anuariza dan melihat kesemua personaliti itu baharulah mereka bersedia menerima kebaikan yg dibawa watak tersebut.

Demi para remaja yg dikasihi, saya ingin menekankan, saya membentuk watak Anuriza selepas mencantumkan lebih 10 watak remaja yg ada. contohnya ada remaja yg tidak sempurna fizikalnya, pintar dlm pelajaran tetapi tidak aktif bersukan & kokuriluam, sedangkan disamping pelajaran, perkara lain perlu utk masa depan yg cermerlang. setengah remaja pula aktif bersukan tetapi tidak cemerlang dlm pelajran. Yg kaya & miskin selalunya dijurangkan oleh personaliti berbeza. Jadi, saya ambil yg baik2 sahaja khas untuk teladan remaja. Yg buruk saya kesampingkan & diberi kpd watak2 lain utk dijadikan sempadan selama remaja meniti usia. Tujuan saya tidak lain, mengharap remaja sekurang2nya dapat menangguk 1 atau 2 kebaikan. Agak musatahil utk mengharap remaja kini mengambil semua yg dipunyai Anuariza. Kebetulan novel itu terpilih utk menjadi teks KS tahun 2010, semakin besarlah harapan saya agar para guru KS memahami apa yg ada di hati saya. Tolong bawakan JK kepangkuan remaja sekolah bukan sahaja utk cemerlang SPM, tetapi jg melahirkan remaja cemerlang dlm masyarakat. Sehebat tema JK - REMAJA BERWAWASAN NEGARA TERBILANG.

3)Yg tidak kurang pentingnya dlm hidup saya - kampung saya, pengalaman saya, perasaan saya dan harapan saya. Sewaktu dahulu pencarian buah2 hutan amat sinonim dgn kehidupan masyarakat kampung saya, saya melalui sendiri pengalaman2 itu. Indah nya nostalgia itu, hingga kini tetap segar dlm ingatan. Demi sayangnya saya pada memori itu, saya mahu ianya dikongsi bersama para remaja seusia anak2 saya. Sudah sering saya ceritakan pada anak2 saya & mereka gemar mendengarnya. Saya berharap remaja kota juga seperti anak2 saya. Semua buah2an hutan itu memang ujud 1 ketika dahulu & sesetengahnya masih ada hingga kini. Apa yg saya harapkan, buah2 tersebut akan dikormesialkan pihak bertanggungjawab utk tatapan masyarakat kini.

KESIMPULANNYA :
Memang sesebuah novel digarap penulis melalui kreativiti & emaginasi, tetapi tidak semua yg diceritakan hanya omong penulis dlm mimpi sedarnya. Pasti ada yg tersurat di sebalik yg tersirat. Membaca & mengkaji akan menambahkan minat kita pada sesebuah karya sastera. Bimbingan para guru & ibu bapa diperlukan untuk menyaring yg baik dari buruk agar tercapai hasrat bersama - melahirkan remaja berwawsan demi sebuah negara merdeka lagi berdaulat ini.

wallahualam...

6 comments:

Zarif Hassan said...

Salam Puan,

saya berminat untuk mengkaji jeriji kasih. boleh saya dapat email atau no telefon puan untuk saya hubungi kelak. harap puan dapat membantu.

kak ila said...

En Zarif, boleh je.
emel kak ila : rasha_rz6@hotmail.com

elie said...

hi... baru2 nie, saya baru je berjinak2 dalam penulisan.. nk try tulis novel.. so, lepas sya siapkan novel nie, kemana harus saya hantar?? adakah ia menggunakan duit sya utk publish novel tersebut???

kak ila said...

salam elie...
salam maal hijrah juga.
seringkasnya akak bg penerangan sikit kat sini ye...
selepas siap maniskrib & adik berpuas hati, blh je terus hantar ke mana2 syarikat penerbitan. ada byk syaarikat di malaysia. adik pilih mana suka mengikut genre favorite setiap syarikat. tak perlu guna duit sendiri jika adik berurusan dgn penerbit, mereka yg akan bayar adik mengikut jumlah royalti jualan buku adik. tp sekiranya adik menerbitkan sendiri, memng adik kena keluarkan duit sendiri utk editing, percetakkan & promosi.
setakat ini itu sahaja penjelasan akak, kalau ada apa2 persoalan lain, sila kemukakan, akak akan cuba mencawab dari semasa ke semasa. wallah hualam...

Anonymous said...

assalammualaikum.nama saya mahathir...saya sangat2 memerlukan bantuan kak ila memandangkan saya rasa blog ini mungkin ramai rakan saya yg akan masuk kerana sastera...saya pelajar form4...hujung bulan nie saya akan menghadapi peperiksaan...saya x penah blajar sastera dan saya rasa mungkin akan gagal walaupun baca sebab tak boleh ingat kesemua jalan cerita...boleh tak hantar kepada saya melalui email gaya bahasa,persoalan,tema,nilai dan pengajaran ke email saya iaitu mahathir_33@yahoo.com.....saya berharap kak ila akan membantu saya secepat mungkin...hanya kak ila harapan saya..

Anonymous said...

oh yer...saya mahathir yg antar komen....lupa nak beritahu...novel jeriji kasih ok..


Free shoutbox @ ShoutMix