Monday, October 29, 2007

SIMPOSIUM PENULIS PELBAGAI KAUM VIII

entry-content'>

Berakhir sudah perhimpunan itu yang bermula dari 26 Okt - 28 Okt 2007 (Jumaat-Ahad). Pada jam 10.20 pagi, 3 buah bas yang membawa penulis dan penggiat sastera pelbagai kaum bertolak dari bangunan DBP dan sampai awal petang. Mendaftar masuk dan acara bebas sampai jam 8.30 malam (Makan Malam dan Majlis Perasmian Hari Sastera XIV) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Kami dijamu makanan masakan kampung termasuk sayur tempoyak. Wah... sedapnya! Sedang menjamu selera kami dihiburkan dengan nyanyian dan tarian, asyik sekali. Nak tahu siapa penyanyinya? Haha, jangan terperanjat. MENTERI BESAR PAHANG...Terima kasih kepada beliau. Kami benar2 terhibur. Acara berakhir lewat malam, hampir jam 12. Pulang ke hotel. Mujur saya bertemu dan sebilik rakan penulis (Nor Zulaila). Wah, apa lagi, berbuallah kami sampai menjelang pagi.

27 Okt., seawal jam 8.45 pagi bermulalah acara pembentangan kertas kerja : 1- Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu IX dan 2- Simposium Penulis Pelbagai kaum VII. Di antara pembentangnya SN Dato' A. Samad Said, En. Faisal Tehrani, Dr Chew Fong peng, Raja Rajeswari Seetha Raman, En. Jais Sahok, En. Raymond Majumah , En. Mahad a/l China dan A. Wahab Hamzah. Acara berakhir jam 5.00. Alhamdulillah, kami dijamu lagi dengan masakan ala kampung. Mi sop dan sata. Pertama kali saya menikmati makanan bakar yang dibungkus daun pisang itu. Tak sempat pula nak bertanya isi kandungannya dari rakan penulis di Kuantan (Syamimi Aminollah) yang turut bersama kami sepanjang acara itu. Mimi juga bermurah hati membawa kami bersiar2 dengan kereta barunya yang dibeli hasil wang royalti novel, setiap masa kelapangan kami. Kami ke TC dan membeli cendera hati untuk dibawa pulang ke KL. Terima kasih Mimi. Jasamu tidak mungkin terbalas. Mudah2an tahun ini rezekimu melimpah lagi, memperoleh royalti kian banyak, amin....

Malamnya seusai makan malam, juga dengan nasi, ulam2an dan kerabu mangga, kami dibawa pula mendengar Visi Nasional Tun Abdul Razak. Acara berakhir sebelum jam 11 malam. Ahh... selesai juga. Pulang ke bilik, berehat dan berbual lagi dengan Zulaila. Laparlah pulak. Pujuk2 perasaan, akhirnya tersedar apabila subuh menyinsing. Bersarapan dan mendaftar keluar untuk pulang awal. Jam 9 pagi, sebuah bas keluar dari Kuantan, bagi memberi pelung peserta dari Sabah dan Serawak menaiki kapal terbang jam 4 petang. Saya dan Zulaila ambil keputusan ikut pulang kerana bimbang terlewat sampai. Esok Isnin, hari baru untuk minggu baru, semangat juga mesti baru kerana anak2 bersekolah, suami dan kami sendiri juga perlu bekerja. Jasa ketua membenarkan percutian 2 hari saya sudah cukup baik, mana mungkin saya tambah sehari lagi. Terima kasih pada Puan Syida, membenarkan saya bercuti khas untuk simposium.

14 comments:

Anonymous said...

Tu dia ...
heheheh macma best saja bunyi pergi sana ya?

Anonymous said...

saya tu

sf

hehhe lupa nak tulis ...

Rasha_rz said...

anonymous - macam2 nama awak ni. Any way, ada lagi satu cerita yang menarik dan lucu, nanti esok2 akak cerita ek?

Unknown said...

Ni yg cemburu ni!

Rasha_rz said...

kak ila suka bila ada rakan penulis yang cemburu. sebab lain kali dia akan cenderung turut serta. masih ada esok lagi, tahun hadapan simposium akan berkampung lagi...
selamat berkarya.

Abang Long said...

BELAJAR adalah proses seumur hidup.

Rasha_rz said...

Ya, Abang Long memang banyak ilmu di sana. asalnya kak ila menulis utk suka2, langsung takada ilmu. dapat pen dan kertas conteng je. jadilah puisi / cerpen. dapatnya komputer, mula mengarang novel. bila novel ke 3 tebit, baru pergi cari ilmu.belajar asas mengarang.

Rasha_rz said...

mungkin ada yang mengata itu kerja gila.mengarang tanpa belajar dan berpatah balik bila sudah boleh berjalan jatuh. tapi itulah kak ila. Penulis kecil Ramlah Rashid.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Cerita tentang makan sahaja yang banyak. Dahulu kata hendak kongsi ilmu yang diperoleh di sana.

Rasha_rz said...

ops.mya marja dah marah... sorry dik. kak ila memang nak kongsi sikit ilmu yang kak ila dapat di sana, tapi belum berkesempatan. tu crita pasal makan sebab teruja dapat makan sata. nanti kak ila turunkan ilmu di blog ini. kalau terus crita pasal ilmu nanti bosan pulak.... sabar ya?

Anonymous said...

syabas dah bersimposium

MYA MARJA said...

Assalamualaikum tuan rumah. Lamanya bertapa...

Anonymous said...

Tahniah atas novel baru ...

sf

Rasha_rz said...

jeff, mya marja dan anonymous... TQ sudi menjenguk kak ila. sorylah lama sangat tinggalkan kawan2.sebenarnya dalam hidup ini, kita hanya merancang, tuhan penentu segalanya. apa2pun terima kasih di atas ingatan kawan2.


Free shoutbox @ ShoutMix