Tuesday, December 11, 2007

Bosan!!!

entry-content'>

Ha, entah kenapa tiba2 saya bosan. Bosan gila. Bak kata orang sekarang. Saya sedang menangani sebuah manuskrip. Dah hampir siap, cuma penghujungnya je. Tiba2 rasa bosan benar. Jemu. Ilham pulak sekejap lebat sekejap gersang. Dah puas dah, baca keseluruhan novel dari atas sampai bawah untuk mencipta mood... tapi sampai ke akhirnya, tetap juga tandus. Apa dah jadi ni? Cerita ada, bagaikan tayangan video di dalam otak ni, tapi nak dimuntahkan rasa muntah darah pulak. Teruk betul. Rasa nak je, mintak orang lain karangkan mengikut apa yang saya bayangkan. Pernah tak penulis2 lain mengalami keadaan macam ni? puas dah saya fikirkan kemungkinan itu, tapi mungkin saya sorang je kut. Tak mungkin penulis lain mengalami penyakit yang sama. Semua dorang bagus2, cuma saya je yang begini. Itu yang saya pujuk hati agar kembali bersemangat. Hakikatnya tetap bosan....
Mungkin ada ayat penenang jiwa? apa ayatnya ye? supaya ilham mesra dengan kita? supaya tabah dan sabar sentiasa?


6 comments:

Gemala Kasturi said...

tips bagi hilang bosan :
memancing, tgk dvd yang bagus2 ceritanya, tidur, kalau tak boleh juga ... lompat2 keliling rumah pukul 1 pagi sehingga jiran terperasan ... akekeke jangan marah...

sf

Unknown said...

saya pernah merasainya. rehat sekejap. lupakan manuskrip. rasa ok,sambung balik

Rasha_rz said...

Gemala Kasturi, terika kasih idea awak. tp nak memancing kat mana? dalam peti ais? ikan dah beku,pasti tak ada yg nak bukak mulut pagut umpan. nak tengok dvd tak minatlah pulak,tidor? tak ngantuk.mskrip juga dalam kepala. ha! melompat... keliling perumahan.TQ...

Rasha_rz said...

O, zalisa penah merasa ya? letihkan? nak sangat siapkan cepat,tapi bosan benar. susah, kan? nak disiplinkan diri untuk jadi penulis yang bagus, hasil yang bagus dan penerimaan pembaca juga bagus.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Banyak sangat menulis, begitu jadinya. Mungkin sebelum tidur boleh katakan pada diri bahawa penamat itu pasti bakal ditemui dalam mimpi; dan pagi esok teruskan menulis. Mungkin sahaja...

Rasha_rz said...

O, begitu ya? ha... baik juga idea tu. anding novel tu nanti mesti best kan?tapi macam mana nak terus menulis lepas bangun?nak masak utk anak2 dan terus pergi kerja?nak tunggu bangun tidur esoklah pulak. macam itu juga. akhirnya novel akak tak siap2 dik. ha... masih tak boleh selesai lagi...


Free shoutbox @ ShoutMix