GUANGZHOU, rakyat Malaysia dihukum mati. Sedih, pilu, hiba dan kesal. Itu yang saya rasakan apabila membaca berita di akhbar mahu pun mendengarnya melalui berita tv dan radio. Begitulah nasib seseorang. Tidak ada sesiapa pun yang mahu perkara begitu berlaku pada dirinya. Dan tidak ada sesiapa pun menyangka nasib begitu bakal dilalui anak2 mereka. Sebagai ibu, saya dapat merasakan perasaan ibu Umi Azlim Mohamad Lazim. Namun..., entahlah. Tak tahu saya nak komen apa. Sudah nasib, itu juga yang terpacul dari mulut saya. Ahk... sedihnya.
Seorang gadis berpelajaran tinggi, cantik dan cerdik terpedaya dik liciknya warga asing menipu dan memperbodohkan rakyat kita! Itu hanya satu nama yang saya sebutkan kerana sudah dijatuhi hukuman madatori yang ngeri, masih ada gadis2 lain lagi yang hampir senasib. Dan harap2nya tidak ada nama yang lain lagi.... Rasanya kerajaan perlu tegas dalam kes iklan mengiklan ni. Lebih2 lagi iklan di internet. Dan, harap2nya anak2 kita lebih berwaspasa. Usah mudah percaya sesiapa. Seperti nasihat arwah ibu saya dulu... 'jangan mudah percaya pada orang, hanya percaya diri sendiri.'
Sama2lah kita berdoa agar berlaku keajaiban Allah. Dalam masa setahun 2 ni, proses rayuan berjalan lancar dan Adik Umi diringankan hukumannya. Amin....
Sama2lah kita berdoa agar berlaku keajaiban Allah. Dalam masa setahun 2 ni, proses rayuan berjalan lancar dan Adik Umi diringankan hukumannya. Amin....
No comments:
Post a Comment