Wednesday, March 19, 2008

QASEH QAISY diulang cetak

entry-content'>

Semalam saya menerima panggilan dari Buku Prima, menyuruh saya datang mengambil 5 buah naskah contoh novel saya yang diulang cetak. Dengan bersahaja, saya bersetuju untuk datang pada hari ini (pagi tadi)

Saya pun duduk di kerusi yang disediakan, 3 adik manis di Buku Prima, melayan saya sebaiknya - seperti kebiasaan mereka. Meraka memang ramah dah berbudi bahasa. Melihat pada santun mereka, teringat zaman saya seusia mereka. Kita hampir serupa adik2. (hehehe). Nampaknya masih ujud golongan remaja seperti itu, (bersopan santun & ramah). Tahniah ibu bapa mereka dan Buku Prima juga kerana memiliki pekerja begitu.

Berbalik kepada cerita tadi, Aishah sudah berlalu, mahu mengambilkan naskah contoh yang di maksudkan. Nak tahu bagaimana perasaan saya bila melihatnya? Terperanjat beruk! Sungguh tidak disangka2. Rupa2nya novel yang diulang cetak itu bukan novel pertama saya di Buku Prima, tapi novel terkini. Baru hampir 4 bulan di pasaran, sudah diulang cetak? Sungguh menatjubkan, benar2 memeranjatkan.

Sepanjang perjalanan pulang saya terus berfikir2 sendiri, di mana keistimewaan QASEH QAISY? Pada gambar kulitnyakah? Atau pada ceritanyakah? Atau kerana Buku Prima sudah di sedari keujudannya oleh penggemar buku tanah air? Di lampu isyarat merah, saya mengeluarkan novel itu dari dalam bungkusannya. Saya belek2 depan dan belakang, ya! Covernya menarik. Komen saya sendiri. Saya layangkan pula helaian naskah itu dari muka hadapan sampai ke penyudahnya. Mungkin ceritanya juga. Bisik saya tersenyum sendiri (malu pada komen sendiri). Saya letak semula naskah itu lalu meneruskan perjalanan. Mungkin juga promosi Buku Prima sudah semakin hebat. Sudah ramai yang mempercayai mutu produknya. Saya mengangguk pula, juga sendiri.

Dan, bertolak pada kegembiraan siang tadi, saya jadi takut pada sambutan novel seterusnya dari saya. Apakah mampu ianya menyaingi QASEH QAISY? AKU CINTA KYRA! akan muncul di pesta buku 2008 nanti. Bagaimana sambutan pembaca padanya? Apakah sehebat QASEH QASIY atau sebaliknya? Harap2 ianya mengikut jejak alangnya (novel ketiga itu) Besarlah harapan saya agar AKU CINTA KYRA! juga diterima dan mendapat maklumbalas istimewa dari semua. Dan jangan sekali2 melupakan SARA KIRANA (buah tangan khas saya untuk kaum wanita / isteri) Dan... TAK KUDUGA (khas buat remaja yg sedang meningkat dewasa).

Dan, dalam kegembiraan serta kebimbangan itu, saya akhirnya tidak mampu menyudahkan novel terbaru saya yang sedang 60% dikarang. Saya ingin mencari kelainan. Kelainan yang bagaimana? Entah. Tapi yang pasti biar menjadi duri dan bunga di jiwa pembacanya. Agar berjaya memaku pembaca, melekat menyudahkan pembacaan. Serta apabila khatam, mereka masih teringat2 dan memberi sebanyak mungkin pendidikan moral. Jangan buat begitu kerana akibatnya begini. Buat baik begitu, agar ganjarannya begini. Itu yang saya harapkan dari novel itu nanti.

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix