Ha... pesta buku bermula lagi. Dari 4 April -13 April 2008. Seperti di tahun2 lepas, seluruh Malaysia akan menyerbu PWTC. Bersesak2. Lelah, kan? Jalan sana, jalan sini, satu buku pun kita tak beli. Kenapa? Rambang mata. Semua buku nak beli, semua gerai nak singgah. Akhirnya berpusing di tempat yang sama berjam2.
Untuk mengelakkan rasa lelah berpanjangan, rancang dulu perjalanan anda. Pertamanya waktu puncak cuba elakkan. Contoh, untuk yang tidak berkerja di waktu2 pejabat (8 pagi-5 petang, Isnin - Jumaat), boleh datang waktu2 itu, elakkan ke pesta buku hari Sabtu & Ahad serta hari Jumaat - jam 12.45 tengah hari hingga 2.45 petang. Dan, elakkan di saat akhir (13 April). Memang melemaskan.
Bagi yang berkerja di waktu pejabat di atas, curi2lah masa. Jika cuti tahun masih banyak berbaki, tak salah jika anda mengorbankan satu ke dua hari demi bersantai di pesta buku. Elakkan membawa anak kecil, bimbang terpijak, hilang atau meragam.
Selain merancang perjalanan, kalau boleh, rancanglah tempat yang anda utamakan. Semak dulu di pintu masuk, gerai2 pilihan anda, catatkan nombor lot gerai. Ikut peta yang tersedia. Dari rumah, catatkan dahulu gerai keutamaan anda atau buku yang mahu dicari. Atau mungkin mahu menemui penulis idaman. Tak perlu tercari2 penulis di gerai jika tidak kelihatan mereka di meja penulis, hanya tanyakan pada pekerja di gerai tersebut mereka akan membantu anda.
Bagi isteri yang suami mereka tidak gemar bersesak2, minta perlepasan satu hari untuk anda bersama kawan2. Untuk mengelakkan bebelan dan suami naik angin bila letih bersesak2. Minta mereka menunggu di rumah tapi selesaikan dahulu kerja rumah, masak lauk kegemaran suami serta sediakan sekali kacang dan kuaci. Rasuahlah suami anda menjaga anak, janji pada suami, anda akan membelikan majalah kartun untuk mereka. Bisikkan kata cinta pada mereka dan pujilah melambung. Katakan pada mereka, 'abang suami yang benar2 memahami'. Rasanya kaum lelaki mudah terpedaya. Tapi jika suami juga seperti anda, gila buku dan peminat pesta ilmu itu, tidak menjadi masalah. Maka berbahagialah anda sebagai isteri. Sayangilah suami anda, katakan padanya, anda mencintainya dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment