Thursday, October 30, 2008

MARI KITA RENUNG & FIKIR2KANNYA...

entry-content'>

PLAINTIF : Saya mohon mahkamah mengesahkan lafas cerai yg di lakukan suami saya setahun lalu
HAKIM : Sudah diserahkan surat perintah mahkamah kepada defenden?
PLAINTIF : Mengangguk (takut)
HAKIM : Kena jawab terang puan! angguk / geleng tidak dikira jawapan.
PLAINTIF : Sudah
HAKIM : Oleh sebab defenden tidak menghadirkan diri maka mahkamah menangguhkan kes ini ke tarikh lain.
(PLAINTIF MENINGGALKAN GELANGGANG PERBICARAAN - TARIKH BARU DIBERI)

SEBULAN KEMUDIAN .....
Perbicaraan yang serupa - defenden tidak juga hadir. Tarikh baru diberi, pun yg diharapkan muncul tidak juga kelihatan.

TARIKH PERBICARAAN KE 4 (SETAHUN LAMANYA)
Hakim memerintahkan plaintif menutup fail dan membuka fail baru (tuntutan fasakh / takliq)
Apa yg mahu saya ceritakan di sini (bukan memperlekehkan undang2 syariah di negara kita, tidak sama sekali, saya sanggup bersumpah, bukan itu maksud saya. Tapi sy tak faham langsung.)

Isteri teraniaya diceraikan selepas dipukul dan dilepaskan talak lalu ditinggalkan tanpa nafkah zahir & batin, lalu minta mahkamah menjelaskan kedudukannya sama ada talak sudah jatuh dgn seorang saksi (anak bongsu berusia 7 tahun ketika itu). Hanya kerana lelaki (suami jahil) sengaja tidak hadir, maka mahkamah memerintahkan ditukar kpd tuntutan lain.

Nak tahu apa perasaan wanita malang itu? Menangis teresak2 & saya menenangkannya. Katanya: Saya bukan nak tuntut cerai, saya bukan jenis wanita begitu, saya cuma nak tahu kedudukan saya... (sewaktu bertenang di luar mahkamah)

Saya : Sabar, kita rujuk pada yg lebih arif. (Saya call beberapa kenalan yg dipercayai ilmu & amalnya - lelaki. Mereka jg tergamam. & mereka jg menegaskan tujuan mereka menyarankan wanita itu ke mahkamah bukan untuk menuntut cerai, tapi hanya pengesahan!)

Saya dan kenalan di atas talian gagal membuat sebarang keputusan, saya pujuk wanita itu pulang. Setahun lagi berselang, wanita malang itu masih rasa ragu dgn kedudukannya. bukan wang ringgit / nafkah batin yang dibutuhkan, tetapi pengesahan siapa kita di bumi Allah ini? Jika bersuami, harus meminta izin meski setapak meninggalkan rumah. Jika janda, mana surat cerainya. Suami jahil itu ada di kota ini & sering jg menelefon anak2nya, bila terjumpa di KL, dihulurnya $10 ke $20. Pulang ke rumah tidak juga, nafkah zahir & batin kosong juga.
Si isteri malang mengadu lagi ke mahkamah, kini memfailkan fasakh dgn alasan suami tidak menjalankan tanggungjawab zahir & batin, sudah beristeri lain dan sewaktu bersama sering menyakiti fizikal & mental isteri.

Ulang alik-ulang alik lagi si isteri setahun lagi dgn bantuan biro bantuan guaman. Asalan yg serupa, defenden tak hadir ke mahkamah. Pelik tetapi benar, mahkamah tidak dapat melakukan apa2. Saya berharap waran tangkap dikeluarkan dan saya nak tengok lelaki jahil itu digari, disumbat ke lokap. Biar dia dapat belajar sedikit ilmu agama. Tetapi yg saya hairan, si isteri malang sedih mendengar saya berkata begitu.

SAYA : Kenapa? Awak masih sayang dan berharap dia kembali?
PLAINTIF : Sekian lama saya bersamanya, saya tak sampai hati dia dipenjarakan...
Saya tersenyum sumbing. Marah, lucu & hairan berbaur. Begitu rupa2nya perasaan isteri yg dianiaya? Dia sudah pasrah, tidak lagi mengharapkan pengesahan lafas cerai. Katanya dia lebih senang hidup sendiri dari bersuaminya lelaki itu. Makan duit isteri, kaki perempuan & kaki pukul isteri. Tetapi di masa yg lain dia tak sampai hati lelaki itu direman. Anih kan? Seanih mahkamah yg tidak mampu melakukan apa2 pada lelaki yg ingkar perintah mahkamah selepas berhelai2 saman diserah terus ke tangannya. Siap bertanda tangan penerimaan & nombor kad pengenalan sekali.

Cerita di atas baru kisah menuntut pengesahan lafas cerai yg bertukar kpd tuntutan fasakh, sebegitu punya susah hinggakan cuti tahunan si isteri langsai. Kena tunggu pula cuti tahun depannya. Belum lagi tuntutan nafkah edah, harta sepencarian & nafkah anak2. Kata wanita itu: SAYA HALALKAN SEMUANYA, ASALKAN DIA BERSEDIA MENGESAHKAN STATUS SAYA DI BUMI ALLAH INI. KEADAAN SAYA BEGINI BAGAIKAN DIGANTUNG... SETIAP LANGKAH DICATAT DOSA. BIAR SEBANYAK MANA PUN AMALAN SAYA, SAYA RASA TAK PUAS HATI.

Saya melengu sendiri, memikirkan bagaimana kita jika ditempatnya? Apakah mahu dibelasah / dibunuh lelaki begitu? Atau dipujuk dia agar ke mahkamah? Atau... biarkan saja, halalkannya...
Bila bercakap pasal hak wanita, semua berketak, kata undang2 ada..., usah takut menuntut hak. Malah isteri punya hak itu, hak ini. Bunyinya mudah saja proses undang2 mahkamah syariah, rupa2nya punyalah payah. Dengan lutut menggeletar menghadap hakim yg tak pernah senyum, suasana mahkamah yg dingin, sepi. Malu lagi, melangkah ke perkarangan mahkamah yg pastinya hanya yg bermasalah ke sana. Masa & wang kena ambil kira.

Lelaki? Tak mengapa... lafas cerai, tinggal isteri, pukul isteri, hina isteri. Aku tetap begini juga, apa mahkamah boleh buat kalau aku tak datang? Hatta aku gantung kamu tak bertali! ke mana kamu nak mengadu, mengadulah... talak di tangan aku, kuasa di tangan aku.
Jika ada bakal peguam, peguam atau bekas peguam ke sini, cuba catatkan sesuatu yg boleh merungkai permasalahan begini. Atau ada wanita yg senasib wanita malang ini, bagaimana motivasi yg sebaiknya untuk yg senasib dgn anda.

Wallahualam...


4 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum Kak Ila,

Sedih dan kesal! Begitu rupa-rupanya perjalanan mahkamah di negara tercinta ini ya.

Moga dia tetap tabah sabar, kerana di sebalik semua ujian ini pastinya mengandungi kebaikan yang tak terduga.

Anonymous said...

Sesuatu yg dibenci Allah akan melalui jalan yg payah. Mintak2lah kaum Adam lebih peka tentang isu cerai dn talak.

Unknown said...

Saya pernah dgr cerita seorang isteri mengugut keluar Islam jika mahkamah tidak selesaikan kesnya yang sudah tertangguh berkali-kali. Kadang2 sikap org yg di atas begitulah. Bila kena pada diri mereka cepat pula mereka bertindak.

Anonymous said...

zalisa, jgnlah hendaknya kita sampai menukar agama... msh banyak salurannya utk wanita menang kes. bercerai saja sdh dimurka Allah, murtad - terus menjadi kayu api. tp apa yg kita harapkan agar masyarakat memberi sedikit kemudahan kpd kaum lemah (hawa) lagi teraniaya.


Free shoutbox @ ShoutMix