Saturday, October 11, 2008

Melepas rindu tertunam

entry-content'>

Hai, salam aidilfitri, salam syawal dan salam ketemu...
Aduh, lamanya tak bersua di sini ya? Sampai ada sahabat yg bolos di email saya, bertanya khabar, seakan rindu benar pada saya. Kekadang menyepi itu baik juga, untuk menguji sejauh mana saya di hati sahabat. ternyata ramai yg merindui... hehehe... perasanlah pulak. saja nak bersenda di hari lebaran ini. harap tidak ada yg berperasangka lain. Amin...
Ha, untuk kali ini, tidak ada yg berat mahu saya kongsikan dgn sahabat maya, cuma salam rindu di angin lalu selain salam aidilfitri dan salam lebaran. Tangan dihulur dari kejauhan namun hati saya dekat. Keikhlasan menjadi jambatannya. Jika ada sesiapa yg tersinggung di atas kekasaran senda saya, Ramlah Rashid - memohon beribu kemaafan. Harapan saya semoga selepas ini antara kita sama2 tidak berhutang lagi dan seandainya salah seorang dari kita pergi menemuiNya atau terlantar tidak lagi mampu berkata2 seperti seorang dari rakan penulis kita (penulis Buku Prima - Haron), sekurang2nya kita sudah saling bermaafan dan tidak ada yg menyimpan rasa terkilan. Untuk sahabat sekelian, anda semua tidak bersalah apa2 pada saya. Semuanya sudah saya maafkan sebelum anda memohon kemaafan.
Untuk penulis sebumbung saya - BUKUPRIMA dan rakan2 penulis lain amnya, salam karya juga saya hulurkan. Semoga tahun ini lebih memberi cahaya cerlang untuk semua.
Kepada yg tertanya2 apa erti sepi saya? Saya sedikit sibuk menyiapkan beberapa projek yg tergendala dan Ramadhan menuntut saya melepaskan satu dari rutin yg dirasakan kurang penting. Itu sahaja sebabnya. Saya masih saya, mesra dan merindui rakan taulan meski ada di antara kita yg tidak langsung pernah bertentang mata. Dan kepada penggemar novel, apakah anda sudah menghayati AKU CINTA KYRA? Jika sudah, alhamdulillah dan terima kasih. Selepas ini SEHARUM CINTA LESTARY akan menemui anda, juga di BUKUPRIMA. Bila? tidak dapat saya pastinya. Tunggu....

2 comments:

MYA MARJA said...

Salam Syawal. Salam puasa enam. Rindu :)..Sibuknya novelis yang ini ya. Karya pun tak cukup tangan penerbit nak terbitkan. Saya baru beli Aku Cinta Kyra dan Tak Kuduga, tapi belum sempat baca. Kabus Senja yang sudah lama beli pun belum habis baca. He he.. menang membeli, alah membaca. Belek-belek sahaja dulu. Sementara nampak di kedai buku tu, beli dulu.. :) Teringin nak tulis emel, tapi tak tahu alamat emel akak, nak berguru ni. Eh, boleh ke?

Rasha_rz said...

Salam syawal mya marja.Sibuk dik. tapi tidaklah sampai penerbit tak menang tangan... ah. marah nanti editor. hehehe. adik nak email kak ila? boleh je... :
rasha_rz6@hotmail.com
rasanya di blog kak ila ada add email, kan?ramai jg pengunjung dari singapore, brunai dan Indonesia yg menghantar email kat akak.pastinya mereka mengambil dari blog.okeylah salam syawal...


Free shoutbox @ ShoutMix