Saturday, November 15, 2008

Kini Aku Cinta Kyra kembali

entry-content'>

- Sepatutnya aku gembira dengan kebahagiaan Kyra, sepatutnya aku bahagia dengan kegembiraan ibu. Tapi kenapa tiba-tiba jiwaku jadi kosong, sekosong langit malam tanpa bulan mahupun bintang, gelap! pengap! Bahang! - Kyrul Idham

- Abang baik sangat pada Kyra. Sejak kecil Kyra berangan-angan nak kahwin dengan abang. Namun itu dulu, zaman budak-budak. Kyra ingat ayah dengan ibu adik-beradik sebelum jadi suami isteri. jadi Kyra pun berangan-angan begitu. Tapi kan baik kalau abang bukan abang Kyra? - Kyra Idora

- Tapi cintakah Kyra pada aku? Sedangkan selama ini dia seakan mencintai abang. - Hairee.
Namun kita hanya merancang, Allah penentu segala. Cinta yang wujud tanpa diduga. hadirnya tanpa disengaja, berakhir juga tanpa dijangka.

Itu adalah petikan di belakang novel ACK yang dicopy editor dari sebahagian dialog di dalam novel itu sendiri.

Saya berharap tidak ada yang bosan membacanya. Saya hanya ingin mengungkap terima kasih kepada penggemar novel yang turut terpanggil membaca novel saya ACK khasnya dan mereview serta komen di internet amnya yang telah sudi memberi komen serta menreview ACK dan beberapa novel saya yang lain. Dan terima kasih juga kepada pengulas aktif di blog : http://novelcinta.multiply.com/reviews. Sebenarnya sudah lama saya terjumpanya di situ, selepas saya mendengarnya dari rakan yang lain.

Rinn's Site begitu aktif memberi ulasan novel2 yang dibacanya. Begitu ikhlas dan telus. Walaupun penulis tidak dikenali beliau namun sikap ikhlas terpancar dari cara beliau mengulas. Terima kasih sekali lagi.

Tetapi apa yang lebih menarik perhatian saya adalah cara beliau menghayati novel ACK. Beliau nampaknya benar2 memahami perasaan saya dan apa yang cuba saya sampaikan. Walaupun ada rakan2nya yang memanjangkan muncung kerana tidak berpuas hati dgn anding cerita, tapi beliau nampaknya cukup memahami. Terima kasih sekali lagi. Sebenarnya itu yang ingin saya sampaikan. Iaitu kasih sayang dalam keluarga, persahabatan dan cinta suci selain sedikit info kesihatan - penyakit bawaan darah - talesemia.

ACK bukan sekadar kisah cinta Uda dan Dara, Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet yang mungkin diakhiri dengan apa yang diimpikan pembaca khususnya tetapi lebih dari itu. Masalah talesemia ini sudah menjadi masalah global, bukan sahaja melibatkan negara tetapi juga dunia. Saban hari semakin meningkatkan kanak2 yang menghidap penyakit ini, akibat dari ketidak fahaman ibu bapa. Saya bukanlah pengamal perubatan sama ada moden mahupun tradisional tetapi sekadar seorang ibu dan penulis biasa. Rasanya bertolak dari dua status ini, saya bertanggungjawab mengingatkan bakal2 ibu dan bapa betapa pentingnya mengenal pasti kedudukan masing2 sebelum membuat keputusan memeterai cinta suci dgn perkahwinan.

Teringat saya pada 1 kisah, perbualan saya bersama ibu yang sedang bersedih melihat anak ke3nya melalui detik payah apabila penyakitnya sudah ditahap terakhir. 2 anak sebelumnya juga sudah pergi, akibat penyakit yang serupa. Katanya :"Kalau kakak tahu begini jadinya, kakak tidak akan berkahwin dengan suami akak."
Apa yang dapat saya katakan? Hanya memintanya bersabar dan berserah pada Allah. Dan kita dilarang sama sekali menyesali takdir. Pasrah dan berserah. Saya tahu, kata2 saya tidak dapat mengubat kekecewaan malah penderitaan ibu malang itu...

Memang jodoh dan pertemuan ketentuan Allah tetapi adalah baik jika kita menerima nasihat dari pakar2 di bidang itu untuk membentuk kehidupan yg bahagia. Allah menurunkan penyakit dan Allah menurunkan penawarnya serta sebanyak mungkin ilmu. Dan pepatah ada mengatakan : Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Risiko 70% kemungkinan talesemia meja bakal dihidapi anak2 yg ibu dan bapanya pembawa, adalah tinggi. Dan adalah tidak adil jika kita mengorbankan 70% itu dengan beralaskan cinta kita dan takutnya kita pada kekecewaan.Selain masalah itu, saya turut mahu pembaca memikirkan pergaulan bukan muhrim yg berlainan jantina dalam sesebuah keluarga Islam dan menghakkan anak angkat sebagai anak sendiri khususnya di dalam Islam. Serta tanggungjawab ibu bapa dlm mendidik anak2.

Sebenarnya saya juga kesal cinta tidak kesampaian, tetapi apa yang diharapkan, Hairee yang wataknya saya garap selicin mungkin, dapat menggantikan tempat Idham. Rupa2nya masih ramai yang tidak dapat menerima kehadiran Hairee, masih mahukan Idham. Maafkan saya. Benarlah kata orang, cinta pertama terlalu sukar dilerai dari ingatan meski beratus pengganti menanti di penghujung jalan.


Free shoutbox @ ShoutMix