Thursday, December 4, 2008

Dunia Penulisan & Penerbitan Novel

entry-content'>

Assalamualaikum.
Saya kembali ke pondok ini, sekadar selembar coretan buat pengetahuan & ilmu bantu kepada penyinggah yang bersempatan singgah dan sudi singgah. Catatan kali ini lebih ditumpukan kepada mereka yg berminat menulis novel & berminat menerbitkan novel. Storynya begini :
Beberapa hari lepas, email saya dikunjungi seseorang yang pernah menyinggah di blog saya dan katanya banyak juga blog penulis lain dilawatinya. Ada satu yang memusykilkannya :
Pengunjung : tak buleh ke kita sendiri tulis, kita hantar sendiri kedai cetak, lepas tu jual sendiri kat kedai2 buku...kalau takde penerbit tak buleh ke..sebab rasa-rasa macam penerbit ni yang dapat banyak..
Jawapan Saya : boleh je. kalau yakin, kuat kerja dan ada modal, boleh je... tulis, cetak, publish dan kira untung. Malah ramai novelis yang sudah membuka syarikatnya sendiri, mereka masih jg mengarang. Di antaranya : NORHAYATI BERAHIM, FAUZIAH ASHARI, NOR SURAYA, LIANA AFIRA MALEK, AINA EMIR (sekadar menyebut beberapa nama besar) Mereka ini bukan hanya menerbitkan novel sendiri malah novel penulis lain juga. Novel2 mereka meletup dan letupan itu menempias sekali novelis yang dinaungi mereka. Saya tidak ada ilmu. Dan dalam keadaan saya ini penjawat awam, isteri dan ibu, agak mustahil utk saya melunaskan kerja2 seperti mereka. Selain itu, saya tidak ada bakat menjadi usahawan. Itulah jawapan saya pada penanya itu. Harap dia faham dan tidak lagi beranggap buruk pada penerbit. Kita sama2 saling bertautan. Umpama aur dan tebing.
Untuk pengunjung2 lain yang ke sini, ini pula pesanan saya jika kemushkilan berlebihan muncul di hati mereka : Menerbit sendiri perlukan bermacam2 dalam satu. Perlu mengarang, mengedit, mencetak, memasar dan mengira untung rugi. Kerja pengeditan bukan mudah, mereka perlu ada ilmu mengintai kesilapan di dalam penulisan. Yang pincang diperbetulkan, yang hodoh dicantikkan. Pengarang hanya menaip di atas kertas putih. Dari kertas A4 dikecilnya menjadi buku. Mereka itu adalah editor yang ada ilmu pengeditan. Tanpa editor yang bagus, manuskrip yang baik boleh jadi hancur. Maka jadilah ia sebuah karya 'syok sendiri', yang layak dibaca penulis sendiri. Penulis hanya menulis apa yang difikirkannya sendiri, apa yang digemarinya dan apa yang diangankannya. Editor pula membaca idea yang penulis ceritakan. Sama ada suka atau benci dia pada cerita itu, dia tetap sabar membaca. Yang tidak sesuai, akan dicantas. Begitulah rumitnya kerja editor demi menjadikan cerita itu layak bergelar novel. Setelah selesai kerja pengeditan, ia akan dicetak pula, jika penulis berjaya menjadi editor untuk novel sendiri, kini penulis perlu pula turun padang melakukan kerja2 pemasaran. Tanpa promosi, khalayak tidak akan sedar adanya novel baru di celah2 novel yang banyak bergerak di pasaran. Akhir sekali, penulis perlu menjadi usahawan dengan mengira untung rugi dalam perniagaannya. Jadi jika penulis punya bermacam2 itu di dalam diri, anda layak menyayingi wanita2 yang saya bariskan di atas. Yang saya tulis di sini hanya sebahagian kecil nama penulis wanita, ada ramai lagi termasuk juga novelis lelaki. Mereka memang hebat, saya angkat tabit di atas kebolehan mereka.
HIDUP NOVELIS WANITA!
lelaki juga..........

11 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Hidup dan terus berjuang! :) Serupa juga halnya dengan si pembuat kuih. Apa-apa jenis kuih misalnya. Kita boleh sahaja menjadi pembuat kuih, jadi pengedar kuih, dan jadi penjual kuih di kedai atau di gerai-gerai, itu pun sekiranya mampu. Andai tidak mampu, tumpukan sahaja pada pembuatan kuih banyak-banyak. Barulah kerja ada skop, ada fokus.

Rasha_rz said...

Ya cikgu. ukur baju di badan sendiri. Eh, betul ke pribahasa kak ila ni? kalau salah tolong cikgu perbetulkan.
salam aidiladhar untuk cikgu sekeluarga

puteri said...

hehe,/psl kira2 tu.. tak apalah.. =)

Najwa Aiman said...

Weh... weh... Ni diskriminasi jantina ni... NOVELIS WANITA huruf besar tetapi lelaki juga kecil je... weh... weh...

Rasha_rz said...

puteri, semakin dikira, semakin pula gelisah, kan? semakin tak puas hati & semakin tak percaya.
hem... jadi sedikit lebih kuranglah kan...?

Rasha_rz said...

Najwa... lama tak ke sini? sebab itulah NOVELIS WANITA huruf besar dan lelaki huruf kecil...
hehehe... sorry ha, gurau je. saja nak bersenda dengan novelis lelaki yg semakin... prolifik.

Khar said...

Emmm ... kalau ada modal, bila2 masa sahaja boleh buat. : )

sf - Jemput ke blog Pekan Ilmu kak...

kak ila said...

kak ila dah pegi ke pekan ilmu tu. tahniah... selamat mengira gaji ha.

en_me said...

hi akak ramlah ittewww.. salammmz

Rasha_rz said...

hai en_me. salam kenal....

kak ila said...

hai en_me. terima kasih sudi ke sini. kak ila juga dah ke blog adik. nanti kak ila kunjung lagi.
salam maal hijrah.....


Free shoutbox @ ShoutMix