Saturday, April 11, 2009

Judi & pemikiran jahil!!

entry-content'>

Assalamualaikum.

Lama saya tidak mencatat sesuatu di sini. Jika ada yang rindu, terima kasih. Rindu tandanya sayang, hehehe... adakah yang sayang?

Kita tinggalahkan soal rindu kasih dan sayang. Kali ini saya tidak akan menulis sesuatu berkenaan karya atau penulisan. Tip penulisan juga tidak. Rasanya jauh sekali menyimpang, tetapi masih boleh dijadikan modal / ilham / idea untuk rakan2 penulis memikir2kannya. Perkaranya seperti tajuk di atas. JUDI!

Tujuan saya menurunkan N3 ini bukan untuk mengumpat, mengata atau mengaibkan sesiapa, cuma untuk renungan kita bersama. Kisahnya begini,seorang rakan saya (lelaki), kerap membelanjakan wang sakunya untuk membeli nombor ramalan yang dibeli dari kedai berlesen. Sudah sering saya melihat dia membelek2 kertas2 bernombor itu, membandingkan dengan nombor2 yang mungkin terpilih untuk diberi ganjaran. Baru2 ini saya menegur perbuatannya. Tidak berniat mahu mengajar kerana tidak mungkin dia tidak tahu itu namanya judi. Namun dialog saya begini : KENAPA MASIH MAHU BERJUDI, SEDANGKAN UMUR AWAK SUDAH HAMPIR SEPARUH ABAT? TAK TAKUT KEMURKAAN ALLAH?

Jawapan darinya agak memeranjatkan saya. Katanya : SAYA MEMBELI NOMBOR2 NI DARI KEDAI YANG BERLESEN. & KALAU NOMBOR SAYA NAIK, SAYA TIDAK AKAN MENGGUNAKANNYA UNTUK MAKAN ATAU MINUM. SAYA BANYAK HUTANG. JADI, NIAT SAYA HANYA UNTUK MELANSAIKAN HUTANG2 SAYA.

Terkedu saya. Sahabat itu bukanlah lelaki remaja, kanak2 juga sudah jauh ditinggalkannya. Dewasa juga rasanya bukan. Yang pasti, dia sudah TUA. Tapi belum BANGKA. Saya bertanya lagi padanya :

KENAPA AWAK TAK NAK GUNA UNTUK MAKAN / MINUM?

Jawabnya : WANG JUDI TU KAN HARAM DIMAKAN? SAYA TAHU ITU. SAYA BUKAN BODOH.

Saya bercandar lagi : O, AWAK TAHU NOMBOR RAMALAH ITU JUDI?

Dia sekadar mengangguk. Senyum saya dibalasnya.

kata saya : BUKANKAH JUDI ITU HARAM DI SISI ISLAM? SAMA NILAINYA DENGAN MINUM ARAK, BERZIRA DAN MEMBUNUH?

Dia kata dia tahu, tapi niatnya berjudi hanya untuk melansaikan hutang piutang.

Kata saya lagi dalam bentuk gurauan : APA BEZA DI ANTARA DUIT GAJI DENGAN DUIT HASIL JUDI? KENAPA PULA AWAK HANYA MEMBELI MAKANAN DENGAN DUIT GAJI?

Rakan saya tampak bosan membicarakan hobinya. Kerlingannya saya faham, dia mula tidak senang dengan saya. Saya hanya tersenyum, memohon maaf jika menyinggung perasaannya dan meminta dia mengabaikan soalan terakhir saya.

Dengan rasa kesal, saya menggeleng. Jahil benar, itu hanya di dalam hati saya. Saya tidak layak mentarbiahnya kerana dia lebih tua dari saya. Sudah beristeri & anak2 sudah ke IPTA. Ilmu saya tidak setinggi mana & saya tidak mahu mengaibkannya jika ada yang turut mendengar dakwah saya. Rakan saya itu solat juga sesekali, nampaknya tidak menganggap solat itu perkara faudhu (wajib). Hanya apabila rakan sekerja yang lain mempelawanya ke surau atau fardhu Jumaat.

Apa yang dapat saya rumuskan di sini, betapa sedih hati saya. Betapa jahilnya penganut Islam yang hanya menganutinya kerana ia sudah diwarisi turun temurun. Ramai yang takut murtad, tetapi mereka jelas tidak faham erti murtad itu. Marah jika dituduh bukan Islam, malah akan mudah rasa terhina jika dituduh begitu, tetapi nilai keislaman langsung diabaikan.

Saya juga menyebut padanya: setahu saya, apa juga bentuk judi termasuk nombor ramalan berlesen, salah di sisi undang2 syariah. Malah orang Islam yang masuk ke premis yang menjual barang2 haram itu untuk berurus niaga akan ditangkap & didakwa. Rakan saya itu kata dia tahu & sedar akan perkara itu. Katanya, pandai2lah mengelak dari ditangkap. Dia sedar! Tapi terus mengharap ganjaran dari pelaburan haramnya. Daif benar dia. Patutkah saya bersedih di atas kejahilannya atau marah & membencinya kerana memperolokkan agama suci kita?

Dalam hati saya terus berdoa agar Allah memberinya sedikit ruang untuk bertaubat.
Astaghfirullah alazim allazi lailahailla hualhaium qaium waatu bualaih....

6 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

Salam ceria kak,
orang macam tu biarkan ajalah kak. ELok akak galakkan lagi dia membeli lagi, kalau boleh biar sampai habis gaji dia beli ekor tu. :)

Abang Long said...

Walaupun akak mengaku jahil. Tetapi dari satu sudut. Kak sudah TERLEPAS dari TUGAS yang berat di akhirat kelak. Alhamdulillah.

mohamadkholid said...

org dah kaki ekor, nasihat camna pun tak jalan punya...

kak ila said...

hai sf, abang long, kholid.dah sampai rupanya. terima kasih sudi menyumbang. betul ke kaki nombor ni tak akan pulih?kesiannya anak isteri mereka. kan baik kalau kedai2 menjual nombor2 ni ditutup terus? diharamkan perniagaannya? rasanya akibat judi bukan sahaja dirasi penganut islam, tapi bangsa & agama lain juga.jadi... kpd pengamal undang2, cuba fikir2kan? buat hanya yg terbaik untuk rakyat.
wallahualam.......

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Selamat terus menulis. Solat tiang agama. Tinggal solat, robohlah tiang.

Anonymous said...

taik judi benornya tu :D


Free shoutbox @ ShoutMix