Assalamualaikum.
Berikutan N3 saya terdahulu, pengarang ebook sendiri telah bolos membaca di sini lalu mengirim email pada saya beserta penerangan lebih lanjut serta cover ebook itu sendiri. Di sini saya perturunkan keterangan lengkap ebook kiriman Saudara Nasarudin Dasuki : :
“Terbukti berkesan!
Panduan mudah bagaimana menghasilkan novel tanpa mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkannya. Pakej lengkap ini memudahkan calun novelis mengimpikan untuk menghasilkan sebuah novel karya sendiri.”
Daripada: Muhd Nasruddin Dasuki (MND)
MND Publications & Distributors.
Salam sejahtera untuk calon novelis yang dihormati,
Saya tahu, anda berminat menulis novel tetapi sayangnya sudah dua atau tiga kali anda mencuba tetapi masih gagal. Puncanya kerana anda tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Inilah yang sering terjadi kepada mereka yang baru berjinak ingin menulis novel.
Tetapi, anda jangan risau. Kelahiran ebook Cara Mudah Menulis Novel ini akan membantu menyelesaikan masalah anda itu. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ebook ini.
Untuk menjadi seorang novelis, anda wajib mempunyai minat untuk membaca. Sudah berapa banyakkah novel yang anda baca? Mungkin sudah satu rak atau lebih? Setelah sekian banyak novel yang anda baca, apakah anda tidak teringin untuk menulis novel?
Saya yakin, anda tentu berminat menghasilkan sebuah novel. Bagaimana jika minat membaca anda itu ditukar kepada minat menulis novel? Sudah ramai penulis novel yang menikmati royalti ribuan ringgit hasil penulisan mereka.
Menulis novel juga mampu menjana pendapatan jika anda seorang yang rajin. Ramai sebenarnya yang tidak tahu mengenai perkara ini. Sudah ramai juga yang menulis novel dijadikan kerjaya sepenuh masa. Malah tidak kurang juga yang sudah memberanikan diri menjadi penerbit novel. Ini bukan perkara mustahil. Saya percaya anda mampu melakukannya.
Ebook ini akan mendedahkan kepada anda bagaimana mahu menghasilkan sebuah novel dengan cara yang sangat mudah. Anda tidak perlu membuang masa termenung berjam-jam untuk mencari idea menulis.
Apabila anda memiliki ebook ini, dengan sendirinya anda tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan idea menulis.
Inilah di antara punca anda gagal menyiapkan sebuah novel
• Sukar menulis intro
• Tidak tahu di mana mendapatkan bahan untuk menulis
• Tidak tahu mengolah bahan cerita
• Sukar untuk menguasai bahasa
• Bingung untuk menyediakan jalan cerita
• Gagal membezakan watak dan perwatakan
• Sukar menguasai plot dan sebagainya
Apakah informasi yang anda perolehi daripada ebook ini?
Sebelum anda mula menulis, anda akan viajar bagaimana mahu mengenali ciri-ciri sebuah novel. Ini penting kerana sebelum menulis, anda harus tahu langkah-langkah yang sepatutnya anda lakukan supaya tidak buntu di tengah jalan.
Anda akan didedahkan dengan tema, plot, watak dan perwatakan, sudut pandangan, gaya bahasa dan sebagainya supaya novel anda kelihatar segar, tidak menjemukan dan sentiasa mengikat pembaca supaya meneruskan pembacaan sehingga selesai.
Anda juga akan didedahkan bagaimanakah mahu mendapatkan bahan cerita. Di sekeliling kita sebenarnya banyak bahan cerita yang boleh ditulis menjadi novel, tetapi anda tidak terlintas menulisnya. Kenapa?
Sesudah mendapat bahan cerita, anda akan diajar bagaimana mahu memproses supaya kerja penulisan berjalan lancar. Anda juga akan didedahkan dengan contoh-contoh supaya anda mudah memahaminya.
Selain itu, anda akan diajar bagaimana menulis jalan cerita atau sinopsis dan rangka cerita berserta contohnya sekali. Sebagai penulis yang sudah menghasilkan beratus-ratus buah cerpen dan lebih 20 buah novel, saya akan membantu anda menggapai impian anda itu. Kami juga akan memberikan perkhidmatan seleps jualan secara percuma lepada pembeli ebook ini.
Jangan lepaskan peluang ini! Dapatkan segera.
Hanya RM 40.00 sahaja
ISI KANDUNGAN EBOOK
• Asas kepengarangan
• Tujuan mengarang dan menulis
• Difinisi novel
• Memikirkan tema novel
• Mengenali plot
• Contoh plot
• Mengenali watak
• Mengenali Latar
• Mengenali sudut pandangan
• Gaya bahasa
• Kepelbagaian cerita
• Gaya penceritaan
• Suasana dalam novel
• Panduan memilih judul novel
• Mendapatkan bahan untuk menulis
• Memproses bahan untuk menulis
• Menyediakan jalan cerita atau sinopsis
• Menulis rangka cerita
• Target menyiapkan novel
• Menyelesaikan novel
• Kelebihan menulis e-novel
• Novel yang boleh didramakan
CARA BAYARAN MENGGUNAKAN BANK IN
Akaun Maybank
Nama Muhd Nasruddin Dasuki
No. Akaun 162115976283
Selepas anda bank in ke akaun di atas, sila emailkan butiran anda.
Nama Penuh: Tarikh:
Alamat lengkap: Masa:
Alamat e-mail anda: Tempat:
Jumlah yang dibank in RM 40.00
No. Telefon Bimbit:
Emailkan butiran di atas ke alamat : mnasd_326@yahoo.com
Pilih salah satu novel sebagai bonus: Sebening Airmata/Airmata Pertama
Mengapa mesti tunggu lagi?
Setiap pembelian sebuah ebook ini anda layak menerima sebuah novel percuma daripada kami. Anda boleh memilih salah satu judul novel berikut “Sebening Airmata” atau “Airmata Pertama.”
Ini sebagai tanda terima kasih kami kepada anda.
Ingat!
Pembelian ebook dengan bonus sebuah novel percuma ini adalah terhad. Ebook ini adalah bersesuaian dengan harga yang ditawarkan dan kami mungkin akan menaikkan harga jika permintaannya terlalu tinggi.
Friday, May 8, 2009
EBOOK CARA MUDAH MENULIS NOVEL
entry-content'>
Dicatat oleh Rasha_rz di 9:50 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Assalamualaikum,
Dua hari lalu, saya telah berjaya mendapatkannya. Sekarang sedang menikmatinya, lalu cuba menghadamnya.
waalaikumsalam mya marja...
kak ila dah khatam. alhamdulillah..
rasa seronok dapat berkongsi ilmu dgn kengkawan. mya hebahkannya pada org lain ye? lagi bermanfaat ilmu kita.
salam kenal :)
niat di hati nak tanya, ada lagikah bengkel penulisan?
mengenai ebook, saya sdg fikir. semua pun nampak kabur saja.
Mak Su salam kenal...
untuk bengkel penulisan, mak su boleh menghubungi pihak Buku Prima.
BUKU PRIMA SDN. BHD.,
BILIK 101, TINGKAT 1, LOT 7 PERSIARAN SELANGOR, SEKSYEN 15, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR.
Tel: 03-55106636
Faks: 03-55106637
untuk ebook, jika mahukan lebih terang, hubungi pihak penerbit (pengarang) sendiri melalui email saudara Nasarudin Dasuki.
Salam..
Kak Am.. emi baru jer beli buku "Aku Cinta Kyra".. tgh cuti semester nih.. boleh laa membaca novel.. Abah (ayah cu) ada minta kak am buat novel kisah abah.. hehe..
hai emi. terima kasih...
hatamkan ACK tu dulu, sebab lepas ni akan terbit pulak seharum cinta lestary.emi mesti dapatkannya juga. bagitau abah emi,utk menulis cerita org yg masih hidup, susah sikit. hehehe, tapi boleh je cuba.
sama2.. insyaallah.. emi akan cuba dapatkan buku tersebut..
abah.. biasalaa.. suka minta yg bukan2.. katanya kisah dia istimewa..
layan je permintaannya, emi... ayah cu sapa tak kenal.kirim salam rindu kak am padanya
Post a Comment