Kali ini saya tidak akan bercerita tentang dunia penulisan, novel terbaru saya juga tidak. Habis, berkenaan apa? Ha... tajuk di atas :
Rancangan Mentor 3 di TV3...
Tahniah Black.
Apa yang menarik perhatian saya ialah cara pendidikan mentornya. Kesian kan? Black dirotan! Itu kata anak lelaki saya (14 tahun). Bergenang air matanya. Saya tak sangka dia mengesat mata. Saya sendiri hiba dan saat menulis ini pun air mata saya bergenang juga. Sedih sangat. Ya memang itu cara pembelajaran paling sesuai malah saya juga pernah merotan anak saya. Tapi lama dahulu. Sewaktu mereka masih bergelar kanak2 sebelum mereka menjejak sekolah menengah. Juga yang berkaitan dengan pelajaran. Saya merotan apabila anak2 sukar menurut ajaran saya (mengaji & solat). apabila berdepan dengan al-quran, ibu terus jadi singa betina (usikan suami). Suami tak berani ikut campur. Agaknya takut dirotan sama (gurau je). Tapi yang jelas, suami saya tidak gemarkannya tetapi tidak mahu ikut campur. Sering dia melarikan diri (keluar minum atau membelek kereta) apabila suara saya sudah sedikit meninggi.
Berbalik pada Black (Hanifah Hanafiah), menurut mentornya dia diberi kebenaran oleh ibu dan ayah Black, anaknya dirotan. Rupa2nya masih ada ibu bapa di zaman ini yang menyetujui cara pembelajaran begitu.Dizaman ibu bapa gemar saman menyaman - guru & pihak sekolah jika anak mereka dijentik, Encik Hanafiah & isteri belainan sekali. Tahniah pada mereka sekeluarga.
p/s : Hem... tapi berbaloikah dirotan hanya untuk jadi penyanyi?
Lain orang lain pendekatannya. wallahualam....
Wednesday, July 15, 2009
Dunia hiburan
entry-content'>
Dicatat oleh Rasha_rz di 3:31 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamualaikum,
Eloklah kalau semua ibu bapa punya pendirian sedemikian. Bab didik anak ikut garis panduan yang telah diberi. Mula-mula cakap dulu (umur 7 tahun), kalau tak jalan (umur 10 tahun), rotan. Betapa masa untuk bercakap/lisan diberi selama tiga tahun. Itu dalam bab solat; dan pastinya boleh dilakukan dalam bab lain dalam mendidik anak. Makanya, rotan menjadi simbol kepada disiplin diri.
Post a Comment