Wednesday, August 19, 2009

BAKAT ATAU MINAT

entry-content'>

Assalamualaikum.
Sudah terlalu lama saya meninggalkan rumah kecil saya ini. Saya masih ingat pada pelayar malah masih sayang pada semua. Namun pelbagai berlaku dan terjadi pada diri & keluarga dan dalam kepelbagaian itu termasuk komputer sakit dan rumah ini gagal dibuka dari dalam. Aduh... kuasa Allah, kan? Tapi akhirnya malam ini saya kembali ke sini. Mahu menitipkan sedikit pengalaman & mungkin jg boleh dianggap ilmu kepada pencarinya (di bidang saya - penulisan novel).

Perkaranya begini, beberapa orang menemui saya, bukan formal, cuma sekadar sembang rewang. Di antara mereka ada yg mengatakan berminat sangat untuk menulis (berkarya) khususnya novel tapi tak ada bakat! Contoh ayatnya : "Saya tak ada bakat mengarang, tapi saya minat sangat. Banyak rasanya cerita yg terpendam dalam otak saya. Tapi malangnya saya tidak berbakat."

Respon saya? sekadar senyum dan mengangguk. Sedikit kata2 peransang juga : "Cubalah, saudari/ra boleh mula mengarang sedikit demi sedikit. Memang memakan masa lebih, tapi berusahalah." Itu sekadar peransang dari saya, penulis kerdil yg tiada berilmu.

Selain itu, saya dikunjungi seorang remaja sewaktu berkampung di PNM yg baru lalu (penulis bersama pembaca). Luahan remaja itu yg saya anggap anak : "Saya minat sangat nak menulis macam aunti, tapi tak tahu macam mana nak mengembangkan cerita. Kawan2 kata saya berbakat. Saya sudah mencuba mengarang tetapi selalu gagal untuk memanjangkan cerita jadi setebal buku aunti." Dia menunjuk novel SCL dan menurutnya sdh menghadamnya serta sempat mengulas sedikit isi novel tersebut. tampak bersungguh2 benar dia. Saya faham perasaannya. Sempat kami bergambar, katanya untuk kenang2an.

Pembaca lain : "Saya gemar mambaca dan teringin untuk menghasilkan novel, tapi tak minat utk duduk lama2 depan komputer. Cepat bosan. Sastera bukan bidang saya, tapi ditakdirkan saya dilempar ke bidang ini (guru sastera). Sebagai guru sastera saya rasa tercabar apabila melihat ada anak murid saya berjaya menghasilkan cerpen yg baik,maka saya ingin menghasilkan novel. Macam mana caranya? Boleh bagi saya tips?"

Jadi di sini saya mahu membuat sedikit rumusan berkenaan BERBAKAT / BERMINAT.

Sebenarnya dalam apa jua yg kita lakukan (pengkhususan pada penulisan), BERMINAT adalah perkara utama. Jika tidak berminat, kerja yg dilakukan akan menjadi menyiksakan. Sementara BAKAT adalah anugerah semulajadi & perlu disusuli oleh MINAT. Tanpa MINAT, BAKAT akan terpendam kerana BAKAT hanya akan terserlah selepas kita bersungguh2 berusaha menonjolkannya. Tiada sesiapa menyedari BAKAT di dalam diri masing2 melainkan selepas mencuba melakukan sesuatu yg diminati bersungguh2. Maaf jika ada yg tidak bersetuju tapi itu yg saya fahami & yg saya temui di dalam diri saya. Saya amat mencintai dunia penulisan dari dulu hingga kini, saya rasa bahagia apabila hayut dengan karya saya & karya lain yg saya baca. Apabila fikiran saya tertekan, karya2lah yang merawat tekanan itu. Saya bahagia dengannya. Jarang saya bermenung dirundung muram, sebaliknya buku2 & karya2lah teman setia saya. Itulah contohnya bahawa saya begitu berminat dan berbakat juga, apabila saya berjaya menyudahkan hasil karya saya. Ramai pula yg tertarik & saya berjaya berkongsi rasa bersama pembaca.

Jadi, rumusan kepada permasalahan sama ada BERMINAT / BERBAKAT, segalanya ada diri kita sendiri. Jika benar2 berminat tetapi kurang ilmu, carilah dari mereka yg berpengalaman. Luangkan seberapa banyak masa untuk mencurah minat itu. Anda pasti BERBAKAT.

ALLAH TIDAK AKAN MENZALIMI / MENDERA HAMBANYA YG BERSUNGGUH2, PASRAH & KEKAL MEMOHON DARINYA. Wallahhualam.........

10 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Berbakat walaupun hanya sedikit, menjadi perkara utama dalam apa-apa jua bidang yang diceburi. Bakat yang sedikit itu bakal tajam dan membesar jua andai diasah dicanai digilap. Berminat andai sedikit, lupakanlah.

Dalam situasi seterusnya, bakat dan minat sudah ada, tetapi disiplin dan pengurusan masa pula lemah. Pun tidak jadi juga. Jadi, tambah lagi satu, KESUNGGUHAN! Itu pun tak cukup lagi, perlu tambah lagi satu, TANGGUNGJAWAB! :D

sf said...

Minat itu nombor 1, kalau tiada bakat boleh diasah, lama-lama jadi tajam. Kalau ada bakat, tiada minat, tiada siapa yang boleh bantu.

p/s : Apa khabar kak? Lama kita tak minum dan bersembang. :)

zahida zarkasi said...

Minat saya tenggelam timbul..huhu..

Rasha_rz said...

mya marja, sf & zahida zarkasi...
terima kasih 3 org sahabat sebidang & sebakat ini. semoga buah kata anda semua menjadi penggalak rakan kita yg punya konflik di antara BAKAT & MINAT. kak ila ingin bantu mereka, tapi apa kan daya, kak ila hanya penulis kerdil. tidak punya meski segayung ilmu.

Anonymous said...

MINAT + BAKAT + KESUNGGUHAN DAN DISIPLIN = HASIL

BAKAT TAK BANYAK PUN TAK APA SEBAB BAKAT BOLEH DIGILAP.YANG PALING PENTING KETIGA-TIGA TU PERLU MENEBAL DALAM DIRI.

kak ila said...

saudara tidak bernama...
yg garapan kesemuanya baru menghasilkan kejayaan. terima kasih sudi menambah catatan.

marzhani said...

bukan saudara tapi saudari.baru pertama kalimencuba...

kak ila said...

marzhani.
terima kasih ke sini lagi. sudah sekali mencuba ke sini, harap2nya selalunya menjengah, menitipkan idea untuk khalayak pelayar. bersama2 kita menabur ilmu & mengutip ilmu.

Luqman Sempoi said...

saya ada terbaca bahawa bakat adalah lebih penting dari minat, sbb bakat akan menimbulkan minat.saya dah jadi komfius, tp saya setuju dgn penyataan kak bahawa kita xtahu apa bakat kita, jadi kita perlu ikut minat. skrg saya dah yakin dgan kputusan saya untuk sambung blajar bidang yg saya minat, bakat boleh diasah.tkasih atas ulasan dan pendapat kak :D

kak ila said...

Luqman Sempoi... dah lama N3 ni baru ini adik terjumpanya ke? terima kasih sudi geledah teratak kakak. perkara bakat & minat memang sering membuat org keliru. tapi itulah hakikatnya dik, dengan minat bakat boleh diasah. bakat kurniaan Allah yang unik, minat datangnya dari dalam diri sendiri. kita tidak akan tahu apa bakat yg kita ada melainkan kita berusaha mencarinya. tonjolkan bakat itu beserta minat yang dipupuk sentiasa. tahniah sudah berjaya memilih 1 cabang pengajian dgn pasti. teruskan usaha dik, usah sia2kan bakat yg ada.


Free shoutbox @ ShoutMix