Friday, September 25, 2009

Novel Tak Kuduga

entry-content'>

Siti Atilia tidak pernah menyangka pelariannya ke KL untuk mengelak dari penderaan ibu saudaranya telah membuka lembaran kelam dlm hidupnya. Dia terperangkam dalam sendikit pelacuran, hampir menjadi mangsa perdagangan manusia ke luar negara. Namun dia berjaya melarikan diri dengan bantuan Datuk Firzat. Dik ikhlasnya perhubungan mereka maka terbinalah ikatan tidak bernama antara ke duanya. Siti Atilia yang dahagakan kasih sayang keluarga & perlukan perlindungan orang tua dan Datuk Firzat yang dahagakan kasih sayang isteri dan anak2. Hubungan semakin akrab, hendak dianggap bapa, renungan2 Datuk Firzat berlainan benar. Hendak dianggap anak, manja & lentuk Siti Atilia menggugah iman yang cetek. Pasangan kekasih? Siti Atilia tidak tergamak mencemar rasa hormatnya pada lelaki semulia budi Datuk Firzat. Untuk dijadikan perempuan simpanan oleh Datuk, Datuk melihat Siti seperti anaknya sendiri. Seorang gadis kampung yang begitu menjaga santun & tinggi pekertinya. Keduanya bingung...

Kehadiran jejaka romantis, Farami dalam hidup Siti Atilia membuahkan cemburu di hati Datuk Firzat. Sedikit demi sedikit Datuk berusaha menyuci perasaan pada Siti. Tidak mungkin dijerat gadis sebegitu murni. Akhirnya Datuk meletak Siti sebagai pendorongnya membetulkan iman. Mahu membimbing sekali isteri yg juga hanyut sepertinya.

Siti Atilia semakin terjerut, cinta pada Datuk Firzat dan perasaan pada Farami. Dalam hatinya kuat terpahat nama Datuk Firzat, namun terselit juga sayang pada pemuda romantis - Farami.

Kasihan Datuk, Farami juga....

8 comments:

Abang Long said...

Salam Lebaran.

SELAMAT HARI RAYA.

Jangan lupa malam ini ... di Blog Abang Long :)

wan salmah said...

Salam Ila,
Tak Kuduga akak dah baca,mcm akak pernah kata dulu, sebuah pengakhiran yg bagus..
Jeriji Kasih akak dah beli di kedai DBP Tampin..walaupun blum habis baca tapi bahasanya cukup segar..tahniah!

Ila said...

Salam kembali Kak Wan.
Salam aidilfitri dan salam sayang.
Terima kasih sudi membaca novel ila. Dah habis baca Jeriji Kasih nanti, komenlah sikit. harap2nya pelajar sastera tingkatan 4 & 5 tahun 2010, tak ada masalah memahaminya.

kak ila said...

Abang Long. kekanda sudah berkunjung ke sana...
tahniah, nampak Abang Long & keluarga bahagia sangat.

Marzhani said...

Salam lebaran Kak Ila.Nampaknya saya mesti beli jERIJI KASIH sebab saya guru sastera.

Rasha_rz said...

o, ya? cikgu guru sastera? syukur.. dapat juga kenalan celik sastera. kak ila ni rabun sastera. tak berapa bijak.

tapi kan, kak ila tak tahu buku tu untuk kajian sekolah mana. Mar mengajar sekolah mana?

Marzhani said...

Sekolah kat Sg.Buloh..

Rasha_rz said...

marzhani, tak pastilah di sekolah mana jeriji kasih akan di tempatkan.


Free shoutbox @ ShoutMix