Thursday, September 10, 2009

PEMBACAAN NOVEL

entry-content'>

Assalamualaikum.

Saya ke sini lagi walaupun waktu terhad benar namun demi memenuhi permintaan beberapa orang penanya berkenaan tip menjadi pengarang, saya selitkan juga sedikit waktu di celah2 kesibukan ini. Saya tidaklah bijak sangat, pandai jauh sekali, ilmu langsunglah, kosong, pengalaman juga kurang. Saya ibarat kanak2 yg baru pandai mencecah lutut ke lantai. Belajar merangkak dalam bidang penulisan khususnya novel. Baik, untuk tidak memanjangkan bicara, saya akan mengupas berkenaan tajuk di atas.

Persoalannya, bagaimana memilih bahan bacaan khususnya novel yg baik untuk dijadikan contoh untuk mengarang. Lebih tepat untuk menjadi novelis yg baik.

Menurut beberapa guru saya, tidak perlu disebut namanya, membaca / pembaca ada klas tertentu. Iaitu membaca novel kerana memang hobinya membaca, lebih tepat lagi untuk hiburan santai dan mengisi masa lapang. klas ke dua, membaca untuk menimba ilmu. Kumpulan ini memang gemar membaca & menjadikan buku2 & novel sumber rujukan untuk mereka meningkatkan ilmu mengarang sama ada memang ianya penulis / baru berjinak2 untuk menjadi novelis.

Bagi kumpulan pertama, mereka ini membaca apa sahaja. Mutu novel tidak penting, asal boleh bergembira, melupakan seketika masalah yang ada, dapat mengisi masa terluang, sudah mencukupi. Biasanya golongan ini gemar pada novel yang mudah, yg membuai perasaan, yang tidak memerlukan mereka berfikir, membacanya dapat menghanyutkan emosi. Bagus cara mereka memilih bahan hiburan, saya sokong cara itu malah saya juga pernah di golongan itu sewaktu remaja dahulu. Tetapi masa berlalu, sedikit demi sedikit saya masuk ke kumpulan / golongan ke dua. Mula memilih sedikit. Mencari novel2 yg boleh memberi ilmu bagaimana untuk memantapkan gaya penulisan.

Baik, untuk menjadi novelis / penulis yang baik, bakal2 penulis perlu membaca novel2 yang ada ilmu di dlmnya. Yg tinggi bahasanya, yg kukuh susunan plotnya. Pendek kata yang ada jiwa. Lebih banyak membaca, lebih indah novel yang kita hasilkan. Bukan tujuannya meniru gaya penulisan penulis lain, tetapi membina mood & melihat bagaimana novelis itu bermain dengan bahasa, watak & plot. Banyak novel2 yg bagus berserakan dipasaran, tidak perlu saya perturunkan satu persatu. Yg penting, 'hanya mutu mengenal maknikam'.

Itu sahaja tip dari saya kali ini. Lain kali akan saya perturunkan pula tip yang lain. Insyaallah.

2 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Salam ramadan dan lailatul qadar. Tenang dalam kesibukan. :D Klas yang ketiga, baca novel pun malas dan terlalu perlahan, tetapi mahu jadi novelis. (Contohnya seperti saya. :p)

Rasha_rz said...

mya... hehehe. jangan cakap kuat2 soal malas membaca. kang anak murid dengar. cikgu menjadi ikutan. cikgu kencing berdiri, murid kening berlari....
salam menyambut aidilfitri dik.


Free shoutbox @ ShoutMix