Friday, November 20, 2009

entry-content'>

Assalamualaikum.

Hari ini dan saat ini baharu saya ada idea untuk berkongsi sedikit pengalaman khususnya yang berkaitan dengan penulis dan aktiviti penulisan khususnya novel, di sini. Sebelumnya saya hanya menyalin semula N3 lepas - bekaitan promo novel yang sudah terbit. Pengalaman penulisan novel kali ini berkenaan tingkah laku penulis yang...

1) dianggap aneh
2) menyendiri
3) membawa beg sandang (laptop) kemana sahaja
(semua di atas adsalah pandangan sesetengah orang).

Sebenarnya ke tiga2 di atas disebutkan seorang rakan lama saya, kebetulan kami berjumpa secara tidak sengaja. Sudah lama benar tidak bersua, rupa-rupanya dia baharu sahaja mengetahui saya seorang penulis (novelis novel Melayu).

Rakan itu mengamati saya, katanya : kamu masih macam dulu, tidak berubah.
Saya sekadar tersenyum. Katanya lagi, bukankah seorang penulis nampak aneh? selalu menyendiri dan selalunya akan menyandang beg lusuh? diamantinya saya dari atas ke bawah.

Ha? begitu sekali persepsi dia pada penulis? Di manakah dia melihat penulis begitu?
tawa saya masih berbunga malah tika ini juga masih tersenyum. Apakah penulis perlu begitu? Penulis juga manusia biasa, tidak ada yang aneh, tidak perlu menyendiri dan ada masanya tidak perlu menggalas beg laptop. Cuma penulis perlukan sebuah komputer untuk mengarang kerana penerbit tidak akan menerima manuskrip yang ditaip dengan mesin taip atau ditulis tangan. Memang perlu menyendiri sewaktu berkarya. Jika tidak berkarya tidak perlu si penulis bersama laptop atau komputer, cukup sekadar seketul kepala berotak atau paling kurang, sebuah buku catatan dan sebatang pen (itupun jarang2 diguna). Yang penting ada di dalam beg penulis adalah buku bacaan / manuskrip yang sedang ditangani dan sudah dicetak. Itu adalah untuk bacaan santai di waktu senggang. Memandangkan saya sering berperang dengan waktu, maka setiap detik yang lompang perlu saya penuhi dengan aktiviti membaca.

Saya rasa ramai teman penulis berpendirian seperti saya dan saya sering ketemu mereka, terutama wanita, kami hanya membawa beg sandang sederhana besar. Di dalamnya di isi keperluan wanita dan kami adalah seperti wanita2 lain, kadang2 pergi window shopping di kompleks dan kedai buku. Pulang ke rumah, menguruskan kerja2 rumah tangga, disulami kerja penulisan.

Oleh itu pandangan masyarakat yang menganggap seorang penulis perlu sakit bahu memikul beg laptop, mencari tempat untuk menyendiri dan berperangai aneh adalah salah. Usah takut untuk menjadi penulis, yang penting : gemar membaca, merakam dalam kotak ingatan gelagat orang yang ditemui dan disiplin diri dalam berkarya. Yang lain2penulis bebas menjadi manusia biasa. Tidak perlu kita mencanang kepada semua orang bahawa kita ini penulis.

Wallah hualam

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix