Monday, February 1, 2010

SEHARUM CINTA LESTARY (SCL)

entry-content'>


Gelodak perasaan Lestary yang mengalami kepayahan hidup sejak kecil. Ibunya dianggap orang asing dan tidak diterima ibu mentua sebagai menantu. Namun kerana cinta Hanan Alaa (gadis Dubai) yang hidup dalam kemewahan rela meninggalkan keluarga demi cinta pada Daud - jejaka yang dicintainya. Demi kasihnya Hanan rela bersusah dan senang bersama meski dicemuh dan dicaci mertua. Pengorbanan Hanan Alaa cumalah sia-sia dan berakhir dengan suatu trajedi yang tidak mungkin dapat dilupakan Lestary. Hanan Alaa dicerai talak 3 sehari sebelum ditembak mati suami sendiri.

Setiap trajedi yang berlaku begitu menyayat hati dan tersimpan kemas di dalam diri Lestary. Tidak mudah Lestary melupakan semua itu, dia terkenangkannya sehingga membuatkannya patah hati pada rakyat Malaysia. Namun demi rindu pada ibunya, Lestary pulang menjejak kesan peninggalan setelah bertahun-tahun berkelana di Jordan (menuntut dan bekerja).Dengan semangat yg sedikit, Lestary berusaha memadam dendam pada ibu mentua ibunya. Dengan memori indah bersama ayahnya juga, dia kembali menyemai rindu pada lelaki itu meski pernah satu ketika cukup membencinya.

Malangnya setiap ruang di dalam rumah Wan Bada, setiap inci tanah di halaman rumah Wan Bada mengungkit semua kenangan pahit dia dan ibunya. Sungguh sakit jiwa Lestary dalam usaha menanam sayang pada neneknya yang ternyata menyesal di atas apa yang dilakukannya pada Hanan Alaa dan Lestary sendiri.

Dalam usahanya menjejak kenangan silam, bertemu pula Lestary dengan Razrim - duda yang menceraikan isteri kerana terpaksa. Dipaksa bekas isterinya yang mengejar hujan emas di negara orang. Demi mengenangkan jasa Mak Liah dan Pak Hasnol yang telah menjadi keluarga angkatnya sewaktu tinggal di rumah anak2 yatim, Lestary menerima Razrim.Dalam waktu yg singkat ke duanya menjalin ikatan pertunangan.

Lestary memulakan kerjaya di Tanah Tinggi Camaron Highland, sebumbung Dafiezudin. Buat pertama kalinya hati Lestary diganggu gelisah. Ada sesuatu di dalam diri Dafiezudin yang membuatkan kasih yang cuba disemai untuk Razrim, mejadi racun pula. Dafiezudin sendiri kembali bersemarak cinta. Hati yang terluka sejak ditinggalkan kekasih, sudah sembuh sebaik bersahabat dengan Lestary. Namun dia terkecewa lagi apabila mengetahui Lestary sudah bertunang dengan kawannya sendiri. Dafiezudin pernah tewas dalam percintaan apabila Sharlene memilih Razrim. Namun kini Dafiezudin tidak mahu mengalah lagi. Dia sudah nekat akan mempertahan cintanya, sekaligus merenggut Lestary.

Rasa cinta mereka rupa2nya kerana ikatan oleh hati dan jantung Hanan Alaa dlm diri Dafiezudin. Sungguh tidak terduga, Dafiezudin adalah kanak2 lelaki, penerima organ yang didermakan Hanan Alaa sebelum kematiannya. Secara tidak langsung Lestary merasa begitu dekat dengan Dafiezudin dan Dafiezudin sendiri berasa sesuatu ada di dalam diri Lestary yang membuat dia sering merindu dan terkenang sesuatu. Sudah puas difikirkan apa ada di dalam perhubungan mereka namun hampa. Akhirnya terjawab juga apabila kebetulan orang tuanya menemui Lestary di pusara Hanan Alaa dan berjaya dipujuk pulang ke rumah mereka. Di sana Dafiezudin dan Lestary dipertemukan dan cinta ke duanya semakin mekar, terlalu sukar dilerai lagi.

Menggantikan Razrim dgn Dafiezudin, bakal mengecewakan banyak jiwa. Bukan sahaja Razrim akan kecewa sekali lagi, abang dan kakak ipar lelaki itu juga anak gadis mereka yang menyimpan perasaan pada Dafiezudin sekian lama. Lestary bingung. Pada Tania, Lestary menceritakan segala kemelut hati tanpa menyedari si Tania juga menyimpan perasaan terhadap Dafiezudin. Ini yang dikatakan cinta yang terlalu banyak cabang dan ranjaunya.

Keadaan menjadi kecoh, Lestary diculik keluarga ibunya dari Dubai. Usaha menjejak dan mecari Lestary langsung tidak berjaya. Razrim dan Dafiezudin masing-masing berendam kecewa. Tetapi dalam kesakitan itu telah merapatkan kembali persahabatan Razrim-Dafiezudin. Masing-masing cuba untuk menguatkan semangat antara satu sama lain. Razrim cuba mengubat kecewa Dafiezudin dengan menggalakkan Zaliya mengisi kekosongan. Dalam masa sama, Tania cuba mendekati Dafiezudin. Melihat geruhnya Dafiezudin menahan rindu pada Lestary, jiwanya menjadi syahdu. Sebagai isteri yang pernah dideritai zahir dan batin, Tania mahu menjadi penyembuh luka hati Dafiezudin.

Kekecewaan yang ditanggung membawa kesan pada jantung Dafiezudin yang semakin merosot daya tahannya. Dia dimasukkan ke hospital selepas pengsan di tempat kerjanya. Dalam kritikal Razrim memberi semangat supaya dia bertahan. Dalam diam dia berjanji untuk menyerahkan Lestary sekiranya Lestary kembali walaupun hatinya sendiri hancur. Demi Dafiezudin dia sanggup berkorban.

Tania yang selalu setia berada di sisi Dafiezudin memberi semangat supaya Dafiezudin terus cekal melawan penyakit. Kata-kata perangsang bahawa Lestary akan kembali itulah satu-satunya yang menjadi penguat semangatnya. Walaupun menyintai Dafiezudin Tania faham, hadirnya dia sama seperti melukut di tepi gantang.

Dafiezudin menerima emel Lestary, dia menceritakan keadaan sebenar dirinya di Dubai. Dafiezudin disiram wangian mawar, kembali menyemai angan2 bersatu dgn gadis pujaannya. Mahu mengabadi kasih di hati milik Hanan Alaa.

Bagaimana akhirnya kisah cinta mereka? Siapa yang dipilih Lestary? Mahu mengabadi kasih di hati dan jantung peninggalan ibunya, atau merawat luka di hati Razrim sebagai membalas budi sekeluarga itu memberi kasih sayang selama dia membesar. Apakah bersedia Tania menyerah semula Dafiezudin yang sudah dirawatnya selama lelaki itu terlantar sakit kepada Lestary - ketuanya di tempat kerja. Bagaimana pula keadaan Dafiezudin yang geruh di katil pembedahan? Semua jawapan akan anda ketahui di dalam SEHARUM CINTA LESTARY...

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix