Saturday, May 29, 2010

Khas untuk yang bergelar guru.

entry-content'>

UNTUK MU GURU

Guru,
Engkaulah figura di hati kami
Mendidik, mengasuh, membersih hati
Menjejak yang pasti,
Menangkis fata morgana tidak bererti

Lilin membakar,
Menebar selengkar sinar
Menerangi kegelapan, mencair perlahan
Panas diri ditelan, bagaikan tidak berperasaan
Namun wahai guru….

Kini kau menjadi bintang, tekal berkelip,
Menjadi mercu tuju pelayar samudra
Tidak pernah jemu terus mengerdip
Senyum terus menghias angkasa
Menyah lara di jiwa semua.


Mulianya hatimu kutahu,
Keringat diseka, bertalu-talu juga kutahu
Tidak pernah jua engkau berlagu ragu
Terus tersenyum menebarkan ilmu
Tanpa pernah berasa sekelumit jemu

Kini…
Di usia yang begitu, guruku masih di situ,
Di landasan kerjayamu,tanpa sekelumit rasa jemu
Terus juga menabur ilmu
Ikhlas untuk anak bangsamu

Generasi silih bertukar, nama guru kian mekar
Semakin utuh, bertambah segar,
Puluhan tahun berlalu tegar
Namun jasamu guru, abadi segar
Bak lautan tidak bertepian, bak ladang tiada berpagar…

7 comments:

Koleksi Film said...

sip, pertamax..

Teddy said...

saya ada membaca novel anda bertajuk usang. bagi saya novel itu merupakan antara novel sastera melayu terbaik yang pernah saya baca selepas karya samad said. saya sentiasa mendoakan anda berjaya mengeluarkan novel2 sepertinya yang menekankan aspek nilai hidup mulia yang wajar dicontohi. tahniah dan selamat maju jaya.

kak ila said...

Teddy, terima kasih dik. Terharu dengan komen adik. akak penulis baru dik, walaupun usia tak lah baru. bila ada yang komen membena begini, akak rasa teruja & terharu. terima kasih banyk2.

Teddy said...

jika ada masa insyaAllah saya suka untuk berjumpa dan berbual panjang dengan kak ramlah. saya bertugas di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur sebagai penganalisis keselamatan. jika perlukan apa-apa, hubungilah saya, saya suka membantu terutama org seperti kak ramlah! salam persahabatan.

Ahmad syah @ teddy

kak ila said...

salam persahabatan juga, terima kasih di atas perhatian adik. untuk berjumpa & berbual berkenaan penulisan tak jd masalah. tp jgn kecewa kalau akak tak spt adik sangkakan. akak penulis yg baru bertatih & tak berilmu besar, kebetulan sahaja karya2 akak diterima ramai. semua itu rezeki yg menjadi rahsia allah.

Teddy said...

sebenarnya kak, apa yang menentukan kejayaan seseorang adalah nilai hidup yang dipegang. bukan tahap pendidikan, keturunan mahupun harta yang dipunyai. sukar untuk saya terangkan pada kak ramlah, tetapi Allah telah tunjukkan saya ttg perkara ini walaupun usia saya sangat muda. bilamana terbaca novel usang kak, maka ia lebih menguatkan hujah tersebut. perkara ini berlaku di dunia realiti kepada diri saya dan saya percaya kepada semua manusia. kerana itu saya sangat berharap akak utk kekal mengeluarkan novel2 yang menekankan nilai mulia seperti usang.

rezeki Allah akan datang kemudian. samada penulis baru atau lama itu tidak penting, yang penting nilai hidup yang dipegang, dan saya percaya kak ramlah mempunyai banyak nilai yang mulia seperti yang akak simbahkan warna nilai itu di dalam novel akak.

kerana itu, selepas ini saya akan mencari jeriji kasih. saya doakan yang terbaik buat kak ramlah.

ahmad syah

kak ila said...

terima kasih adik.tingginya falsafah adik, terima kasih sekali lagi terpanggil menjejak karya2 akak.


Free shoutbox @ ShoutMix