Saturday, January 15, 2011

SINOPSIS LARA DI JIWA AJYM

entry-content'>

Lara kecewa sebaik mengetahui siapa Najymi, ketidak mungkinan mereka bersatu, membuatnya nekat berkeputusan. Lara bersama sahabat karibnya, Fawis berangkat ke luar Negara demi melupakan Najymi. Lara juga bersedia bertunang dengan Fawis. Selepas 4 tahun, Lara dan Fawis pulang membawa kejayaan masing2 namun Lara enggan melepas Najymi meninggalkan Tegap Holding. Dalam hatinya masih segar rasa cinta pada Najymi dan Fawis turut memberi galakan. Fawis sendiri bersimpati pada nasib Lara dan Najymi yang terpaksa mengkubur cinta masing2 hanya kerana kisah silam. Fawis langsung tidak mencintai Lara, dia bertemu jodoh dengan wanita lain dan berkahwin sewaktu di luar Negara.
Sebagaimana Lara, Najymi juga berperasaan yang sama. Semakin dicubanya melupakan Lara, semakin pula kuat rasa cintanya. Sesekali dia seakan dibawa rentasan waktu lalu melayan Lara selayak seorang kekasih yang amat dicintai. Sebaik tersedar dari sikapnya, Najymi berusaha pula menyubur rasa benci dan dendam pada bapa Lara dan kekejaman ibu Lara yg menjadi penyebab dirinya digelar begitu. Nenek angkat Najymi juga sedar kesakitan perasaan Najymi tetapi demi amanat, relahlah dia membiar Najymi lara sendiri.
Sudin, bapa saudara Najymi menderitai penyakit jiwa selama 20 tahun. 20 tahun Sudin bergelar orang gila di luar Negara. Dengan tipu muslihat & kepintaran akal cerdik bercampur tidak siuman, Sudin berjaya pulang ke tanah air. Kembali dia menjejak silamnya. Kenangan kepayahan kehidupan, ditambah penipuan orang tua Lara, menjadikannya si gila yang ganas. Lara diperdaya, dikahwini dgn cara tidak sah, disembunyikan lalu diseksa zahir dan batin.
Tidak ada sesiapa menyedari Lara sedang hamil muda sewaktu berlepas ke luar negara malah Lara sendiri mengetahuinya apabila dia mengalami keguguran. Menurut doktor, kegugurannya adalah akibat dadah yang diberi Sudin. Lebih teruk lagi, rahimnya mengalami kerosakan teruk dan terpaksa menjalani pembedahan pembuangan rahim. Apa yang dialami Lara hanya diketahui Fawis dan dia bersetuju merahsiakan kekurangan diri Lara lebih2 lagi dari Najymi. Lara tidak mahu Najymi tertekan dan berasa bersalah atas perbuatan Pak Longnya, memandangkan Najymi terlalu menyayangi Sudin.
Sejak sirah keluarga diketahui semua, Najymi nekat untuk menjauhi Lara bukan sahaja kerana perintah datuk angkatnya tetapi juga kerana rasa kasihnya pada Sudin, satu2nya waris Sumaiyah yang masih tinggal. Dia berusaha menanam kebencian pada Lara malangnya  benci disemai, sayang pula biak tumbuhnya.
Demi membuang rasa itu, Najymi menjalin perhubungan dengan rakan sekerja, Rica. Rica yang memang menaruh hati pada Najymi, tidak mahu memikirkan apa sebenarnya muslihat Najymi, bersetuju sahaja dia menjalin pertunangan dalam waktu singkat meski terselit rasa curiga.
Fawis orang pertama diberitahu keputusannya mahu mengahwini Rica, lantas dia mengkhabarkan pada Lara dan mengerah Lara mempertingkat usaha menggoda Najymi bagi menggagalkan perancangan Najymi dan Rica. Berlakulah pelbagai perlakuan Lara dalam usaha memancing cinta Najymi dan di satu2 masa, Najymi seakan benar2 tergoda. Najymi di kedudukan yang celaru, keliru sungguh dia sehingga Rica berulang kali berasa cemburu. Kesangsiannya disampaikan pada Fawis demi menyedarkan Fawis, Lara dan Najymi mungkin menjalin hubungan intim di belakang mereka. Najymi menerima dengan berlapang dada.
Selepas 3 tahun Sudin dirawat di hospital sakit jiwa dalam negara, dia dianggap sembuh namun masih perlu rawatan susulan, ubatan dan sesekali perlu menjalani pemeriksaan di hospital. Sudin nampak sudah sembuh tetapi perlahan-lahan, menjejak silam yang melukakan. Sering dia dikunjungi Sumaiyah, meski kematian gadis itu dipercayainya, diterima juga dengan berlapang dada namun sesekali ia muncul, mendesaknya mendapatkan semula maruahnya yang renggut Tuan Ariffin sehingga lahir anak tanpa sah taraf & harta pusaka orang tua mereka yang diperdaya lelaki itu.
Perubahan Sudin bukan sahaja disedari Najymi tetapi juga nenek angkatnya. Najymi bimbang Sudin kembali mengganas dan kembali menyusahkan Lara. Demi itu, Najymi berusaha agar pusaka yang dibeli Tuan Ariffin dengan harga hanya RM 10,000.00, dikembalikan waris Tuan Jaafar. Dalam usaha itu, berlaku perbalahan dan beberapa kali Najymi telah menyinggung perasaan Lara yang berusaha melupakan peristiwa pahit selama bersuamikan lelaki tidak siuman. Najymi pula berasa marah apabila Lara menuduh Sudin lelaki gila.
Pertengkaran itu membuat Lara benar2 terluka dan sering bermimpi ngeri, Sudin kembali mengganas dan menyakitkannya. Akhirnya menemui geran yang tersimpan lalu serah milik. Najymi berharap dengan penyerahan geran itu kembali ke pangkuan Sudin, Lara dilenyapkan dari ingatannya. Biar Lara di hari esok, bukan Lara di waktu semalam. Itu impian Najymi.
Lara pula membuat keputusan berhijrah, meninggalkan negaranya berserta silamnya demi menghaibkan Najymi dari ingatannya. Tidak disedarinya hati Najymi kian berbunga & berazam menempatkan dia di kelopak bunga itu. Bagaimana Rica, bagaimana juga Lara? Berjayakah Sudin menebus aib keluarganya?

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix