Sunday, July 31, 2011

Kasihan Ashraf @ Aleesha ...

entry-content'>


Usah hina Ashraf
Oleh Faiza Zainudin, Shaarani Ismail dan Nadia Hamid
bminggu@bharian.com.my
2011/07/30

MAK Yah (kiri), ibu Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (kanan) ketika menunggu jenazah di luar Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan
Kematian lelaki tukar jantina jadi iktibar

KUALA LUMPUR: Masyarakat diingatkan supaya tidak melemparkan hinaan, cercaan serta mengaibkan jenazah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, pemuda berusia 26 tahun yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini selepas memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana tetapi ditolak mahkamah.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata orang ramai juga tidak wajar menghina keluarga pemuda terbabit yang meninggal dunia semalam kerana segala yang berlaku ada hikmah tersendiri dan secara tidak langsung memberikan pengajaran cukup besar kepada masyarakat.

Urusan memandikan jenazah yang sudah berubah fizikal kepada wanita dengan perubahan alat kelamin dan buah dada, saya berpandangan sebaik-baiknya jenazah diuruskan perempuan kerana bimbang apabila ia diuruskan lelaki, akan timbul fitnah dan prasangka negatif. Hassan Din Al-Hafiz Pendakwah bebas
Mengenai urusan pengebumian jenazah, beliau berkata, jenazah umat Islam perlu disempurnakan dan diuruskan mengikut jantina ketika mereka dilahirkan walaupun kemudian sudah berubah keadaan fizikal, sama ada lelaki mengubah fizikal menjadi wanita atau sebaliknya.

Untuk berita lanjut, dapatkan akhbar Berita Minggu, di pasaran

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix