Wednesday, November 16, 2011

Vitamin C tanpa suntikan

entry-content'>


ARKIB : 02/02/2010

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

ZALINA IBRAHIM



TIDAK perlu menahan kesakitan kerana jarum suntikan. Paling penting ialah tidak perlu mengeluarkan belanja beratus ringgit setiap kali datang untuk mengulang rawatan vitamin C.

Kini, terdapat pilihan di mana pengguna hanya perlu mengoleskan sahaja serum vitamin C ke muka dan dapat dilihat hasilnya dengan ketara.

Kebaikan vitamin C dalam dunia kecantikan tidak boleh disangkal lagi. Ia umpama 'emas' yang menjadi rebutan wanita yang mementingkan kecantikan.

Ramai yang telah mencubanya dan mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Tetapi ada yang menerima kesan sampingan sebaliknya selepas suntikan itu dilakukan.

Antara kesan ialah jika tersalah suntik boleh menyebabkan ptosis di mana muka menjadi tidak kenyal dan jatuh akibat kesan lumpuh yang teruk dan boleh menyebabkan alergi.

Sebab itulah pemilik Spa D'Daun, Zalina Ibrahim telah membuat penyelidikan dan mendapati penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti buah-buahan yang kaya dengan vitamin C boleh memberi kesan yang sama dengan suntikan vitamin C.

"Saya sebenarnya telah lama menggunakan bahan-bahan ini dalam rawatan muka di spa tetapi tidak dikomersialkan. Melihatkan perubahan yang ketara pada wajah-wajah pelanggan yang terdahulu, maka saya mengambil keputusan untuk mengkomersialkannya dan memberi nama Natural Vitamin C Plus.

"Cara penggunaannya cukup mudah. Hanya oleskan di sekitar muka dan urut supaya bahan itu meresap ke dalam kulit.

"Ia agak selamat berbanding dengan suntikan di mana tidak boleh diambil sebarangan atau dengan orang yang bukan pakar.

"Sebelum mengambil suntikan, perlu mendapat nasihat doktor dan membuat pemeriksaan serta penelitian adakah kita benar-benar memerlukan suntikan vitamin C kerana pengambilan dos yang tinggi tanpa kawalan akan menyebabkan kesan sampingan yang mungkin akan membahayakan.

"Ini kerana suntikan akan masuk ke dalam salur darah dan memberi kesan kepada organ dalaman,'' katanya ketika ditemui di spanya di Gombak baru-baru ini.

Menurut bekas eksekutif sumber manusia Institut Jantung Negara, produk Natural Vitamin C Plus mengandungi buah-buahan seperti oren, beri, strawberi di samping emulsi dan minyak jojoba bagi melembapkan muka.

"Ia mencerahkan dengan segera tona kulit yang gelap dan kusam dan sekali gus menghilangkan tompok-tompok hitam. Struktur kulit juga halus dimana pori-pori kulit mengecil serta menggalakkan pembentukan sel-sel kolagen dan menganjalkan kulit.

"Di samping itu, memberi kelembapan yang berpanjangan pada kulit serta istimewanya menegang, mengecilkan kulit wajah yang kendur dan menggelebar,'' jelasnya yang telah lama berkecimpung dalam bidang kecantikan terutamanya berkaitan dengan bahan semula jadi dan tradisional.

Menurut wanita yang berasal dari Teluk Intan, Perak ini, produk Natural Vitamin C Plus sesuai untuk remaja dan wanita dewasa.

"Elok dipakai sebelum tidur selepas mencuci muka tanpa perlu memakai bersama krim malam.

"Kesannya jelas nampak dalam masa tiga hingga empat hari di mana tekstur kulit semakin halus dan anjal serta berseri secara spontan.

"Sehubungan itu, tidak lagi akan rasa kesakitan akibat suntikan, tetapi hanya sapukan sahaja vitamin C yang dapat membantu membaikpulih dan memberi kesegaran yang maksimum pada kulit,'' katanya.

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix