Saturday, November 12, 2011

WACANA KARYA BERSAMA NOVELIS RAMLAH RASHID

entry-content'>


Khamis = 3 Nov 2011 (8.30 pagi) saya sampai di SMK Sultan Murzafar 1 Lambor Kanan Parit, Perak bagi menjayakan program ilmu / pengalaman (WACANA KARYA BERSAMA NOVELIS RAMLAH RASHID). Idea mengadakan program itu dicetuskan guru Penolong Kanan sekolah tersebut pada hari raya aidilfitri yg lalu. Melalui panggilan telefon beliau bertanya, apakah saya sudi menemui anak-anak didiknya di sekolah tersebut. Saya bertanya pertemuan dalam bentuk yg bagaimana. Katanya, utk membuka mata pelajarnya, selain kerjaya besar yang sering dicita2kan semua pelajar sekolah rendah & menengah, ada kerjaya penulisan yg tidak ramai mengetahui keujudannya. Saya bersedia menyambut undangannya meski belum terfikir apa tajuk program & apa yg akan sy beri kpd para pelajar.

Pada jam 3 ptg 7 Okt 2011 (Jumaat), saya dijemput bertemu Pengetua & Penolong Pengetua berserta Ahli2 Teringgi PANTAS (Persatuan Bekas Pelajar) di KL ini bagi membincangkan program. Saya cadangkan, sbg kunjungan pertama saya, bukan bengkel penulisan kerana saya tidak mahu menyusahkan para pelajar yg baru menamatkan peperiksaan akhir tahun. Selain itu, bengkel penulisan memerlukan penumpuan & peserta yg benar2 berminat mengarang & ingin menambah ilmu bagaimana menjadi pengarang. OLeh itu sembang2 karya adalah lebih bersesuaian. Dalam sembang2 itu, saya berharap dapat membuka mata & minda para pelajar berkenaan karya & karjaya penulisan khususnya novel. Pada dasarnya semua ahli mesyuarat kecil itu bersetuju. PANTAS bersedia menghulur sedikit sumbangan buat saya, meski saya menolak, namun demi tidak memperkecilkan persatuan yg baru setahun jagung itu, saya menyarankan persatuan PANTAS membeli buku2 sy mengikut jumlah bayaran yg mereka peruntukkan buat saya. Jurucakap persatuan - Encik Harun (Pak Tam) bersetuju & saya menyediakan buku yg sesuai didermakan.

Pengalaman saya selama 2 jam berwacana di sekolah tersebut yg dihadiri lebih 150 orang pelajar tingkatan 3 & 4 sgt menarik. Semua menunjuk minat meski ada di antaranya yg mengaku belum pernah membaca sebarang novel sepanjang hayatnya selain novel wajib (KOMSAS). & apabila saya bertanya berapa ramai sudah pernah menemui karya saya & berapa ramai pula sudah pernah membacanya, rata2nya pelajar perempuan yg mengangkat tgn, pun begitu msh kedapatan pelajar lelaki juga. Alhamdulillah.

Selesai wacana, seperti biasa, di mana2 saya pergi dgn membawa nama Ramlah Rashid & novelis, ramai yg minta saya menandatangani buku catatan mereka utk tujuan menambah semangat barangkali & ramai jg yg mahu bergambar kenangan. Dalam hati saya, tidak ada bedanya mereka itu dgn saya sewaktu dahulu. Saya juga begitu teruja jika dapat ketemu penulis (novelis) tetapi bedanya, sewaktu seusia mereka, saya tidak pernah berpeluang begitu selain berpeluang bersua artis. Pihak sekolah tidak pernah terfikir mahu membawa penggiat buku utk diperkenalkan kepada para pelajar. Jelaslah, para pendidik masa kini lebih terbuka mindanya, sgt memahami perasaan pelajar. Tahniah para pendidik terutama guru2 SMK Sultan Murzafar Shah 1, Lambor Kanan.

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix