Tuesday, December 9, 2014

tonton-home-channels-tv9-terlewatkah cinta kita-episode 0 - Terlewatkah Cinta Kita - Episode 0

entry-content'>


tonton-home-channels-tv9-terlewatkah cinta kita-episode 0 - Terlewatkah Cinta Kita - Episode 0



Monday, November 10, 2014

KEMBALI KE SINI

entry-content'>

Lamanya sudah saya tidak membersih apa-apa di sini, rumah yang kian sepi tetapi tetap dirindui.


Mengapa saya terpanggil ke sini lagi dan mengapa saya menyepi?
Sebab saya kepingin mencatat sesuatu momen di sini, perjalanan kembara ke 15 saya bersama bahtera bernama TERIMA KASIH SAYANG... dari bermulanya ia hingga sampai ke destinasi tetapi malangnya rumah Salam Kenal Salam Sayang ini gagal dibuka setelah beberapa kali dicuba. mungkin faktor usia atau kecanggihan siber yang semakin melangkau zaman sedangkan saya masih membukanya mengguna kunci lama, akibatnya saya yang kesal sendiri. Tetapi hari ini melalui emel saya, saya diberitahu rupa-rupanya ada seseorang sudah meninggalkan komen pada catatan lama saya (2007) berkenaan tips penulisan novel. teruja juga saya, rupa-rupanya masih ada yang sesat ke sini, menyelongkar 7 tahun ke belakang. Alhamdulillah dan terima kasih. dari situ saya masuk ke bilik ini mencatat sesuatu untuk diri sendiri dan kepada yang terjatuh di sini.

Sekarang saya sedang sibuk menyelesai tugasan untuk karya genre novel yang ke 15 dan baru sampai beberapa bab. Memang jerih tetapi saya harung juga demi cita-cita ini dan tanggungjawab ini.

Terima kasih sayang...
itulah judul yang saya fikirkan untuk karya terkini, berharap agar judul itu menepati citarasa penerbit dan editor.

Selepas Sakitnya Cinta, akan muncul TERIMA KASIH SAYANG...


Tuesday, March 25, 2014

MH 370...

entry-content'>

Sekiranya ada di laut, timbulkan ia
Sekiranya di langit, turunkanlah
Sekiranya di darat, tunjukkanlah.
Sesungguhnya tiada tempat lain
Untuk kami memohon dan meminta
Salain KAMU…
ALLAH SUBHANAHU WATAALA

Friday, March 21, 2014

MH 370...

entry-content'>














MH 370

14 hari berlalu sudah ...
tidak pernah berasa jemu
menitip doa sebuah harapan
meski seakan terkunci oleh alam.

jika ditanya siapa antara kita
sesungguhnya kita bukan siapa-siapa.
perkenalan setelah musibah menimpa
namun, terasa mesra benar, sayang benar, kasih benar...
MH370 sudah penuh di hati, itu juga benar.

tidak pernah dipaksa air mata titis kerananya
namun, mengalir acap kali terkenang dia
Kapten Zaharie Ahmad Shah, tuan di mana?
nama tuan dijaja keseluruh dunia
apakah tuan dengar kata-kata mereka?
abaikan saja. biarkan mereka
yang penting doa dan usaha kita
kerana Allah Maha kuasa, Penyayang, Penuh Cinta
mengetahui segalam.

Keluarga, rakan-rakan  penumpang dan anak kapal semua...
andalah perwira, kekal perkasa
teguh berdiri menanti setia, menunggu berita.
sesungguhnya anda tidak sendirian di bumi Malaysia
seluruh negara ini bersahabat dan sekeluarga
sedih anda, kami turut merasanya walaupun tidak seberapa
percayalah, kami setia...

Perwira-perwira yang sentiasa bersengkang mata
mencari dan memikir, berbincang dan merencana
bakti dan jasa semua, Allah akan beri ganjarannya
tutup telinga, buka mata. usah peduli, teruslah berusaha
ramai berdongeng berandaian songsang berbanding lurusnya
Ada juga menjadikan bahan lawak serta jenaka,
Usah peduli belaka
Kami yakin... 
Usaha anda semua akan berjaya
percaya dan yakin, Allah pasti membuka hijabnya.

Ramlah Rashid 21 Mac 2014 

Saturday, November 23, 2013

SINOPSIS NOVEL SAKITNYA CINTA

entry-content'>

SAKITNYA CINTA
Neor pelakon, penyanyi dan pemuzik kelahiran rancangan reality tv sedang meningkat naik, menjadi kegilaan peminat sering pula dilanda kontroversi menaik dan menjatuhkan namanya. Dalam senyum tawa, ramah dan mesra melayan peminat, Neor (Meor Rezamudin) sering rasa terasing, sepi sendirian. Di usianya mencecah 30 tahun, dia impikan sebuah keluarga yang lengkap, beristeri dan punya anak.  Namun apabila ditanya, apakah dia tidak mahu menamatkan zaman bujang, soalan itu dijawab santai seakan langsung tidak mengusik jiwa.
Neor bersahabat karib dengan jurukamera wanita yang kebetulan adalah kakak kembar Mutiara, peguam syariah yang telah mencuri hatinya tanpa dia dan Mutiara sedar akan itu. Di hari perkahwinan Mutiara dan Neor di Brunei barulah masing-masing berkenalan. Kristal Ezati sudah mengagak, ayahnya tidak akan menerima Neor jika dia mengetahui Neor adalah penghibur. Kerana itu dia berusaha menyembunyikan rahsia yang tidak mungkin berjaya disembunyi kerana Brunei dan Malasyia tidak sejauh mana.  Selepas seminggu berkahwin, Tuan Jaafar mengetahui siapa Neor. Neor diperintah menceraikan Mutiara. Demi cinta mereka, Neor berjanji akan merahsiakan kedudukan Mutiara dalam hidupnya asal tidak dipaksa bercerai. Mutiara  akur status bujang tidak ditukar kepada berkahwin. Kerana Neor disebut masih bujang, gosib-gosib terus panas.
Fifie adalah ‘bff’ Neor sejak kanak-kanak tanpa sedar mereka, masing-masing sudah jatuh cinta namun kerana fitnah, Fifie menghilang. Dia  terus memerhati perjalanan seni Neor dari kejauhan. Dia  menukar nama kepada Bakawali, mengarang lagu dan lirik untuk album Neor juga lagu tema drama serta filem lakonannya. Identitinya terus dirahsiakan walaupun lagu-lagu ciptaannya menjadi siulan. Bagi Neor, sejak ditinggalkan Fifie tanpa dapat dikesan persembunyiannya, dia seakan mati hati, tertutup untuk bercinta lagi sehingga muncul Mutiara yang seiras Fifie. Sangkanya dia dapat menggantikan Fifie dengan Mutiara namun, apabila sudah menjadi suami isteri, baru disedari, sifat Mutiara dan Fifie bertentangan. Tetapi Neor berusaha meletak Mutiara di tempat yang dikosongkan Fifie sehingga dia sendiri makan hati dan sangat-sangat tertekan apabila saban hari Mutiara akan merengek memintanya meninggalkan dunia hiburan.
Neor ditangkap khalwat bersama Suzan, artis wanita, isteri muda orang kenamaan. Walaupun itu hanya perangkap, muslihat pihak musuh suami Suzan untuk menjatuhkan VVIP itu, Neor terbabit dimalukan. Di waktu itu hanya Ezeti memahami Neor, berdiri teguh di belakangnya. Mutiara tidak tahan lagi lalu memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Brunei, negara mereka bernikah. Kaki tangan mahkamah membocorkan rahsia itu, lalu heboh di Malaysia, isteri Neor menuntut cerai. Rominah, ibu angkat Neor belum sempat mengenali menantunya sangat terluka mendengar berita itu dan Neor sangat rasa bersalah. Berita itu sekali lagi mengecewakan Neor yang masih tergantung kes tuduhan berkhalwat di mahkamah syariah Malaysia.
Hampir setiap hari akhbar dan media elektronik menyebut-nyebut berita itu. Neor tiada cara lain, terpaksa mengadakan sidang akhbar. Semuanya terpaksa diluah, kecuali nama bekas isteri dan keluarga bekas mentua dilarang Neor wartawan bertanya, katanya demi menghormati bekas isteri dan keluarganya. Walaupun Ezeti terluka mendengar keburukan keluarganya namun dia pasrah. Dia faham kedudukan Neor malah dia juga sudah tidak diakui Tuan Jaafar selaku anak hanya kerana memilih bidang kerjaya yang tidak digemari Tuan Jaafar. Sebelum ke sidang akhbar, Neor sudah meminta izin Ezeti dan Ezeti merelakan.
Seperti beratnya penanggungan emosi Neor di atas berita perceraiannya, Mutiara juga terus tertekan. Dia terpaksa berundur dari firma guaman kerana reputasinya sebagai  peguam syariah terjejas selepas berita tangkapan khalwat ke atas Neor dan perkahwinan tergesa-gesa mereka di Brunei sebelum mendapat kelulusan bernikah di luar negara. Keputusan pengunduran itu sangat membebankan perasaan Mutiara kerana dia sangat-sangat mencintai kerjayanya. Dunia hiburan heboh memperkatakan perceraian Neor yang tidak disedari bila berkahwin, dunia kepeguaman pula hangat memperbincangkan Mutiara mencalar institusi penegak undang-undang syariah negara.
Selepas perceraian Neor Mutiara, Neor beralih arah, terjatuh cinta pada sahabat Ezeti, meski dalam hati masih menempatkan Fifie. Ezeti sedar, dia hanya tempat Neor meluah kesedihan namun, kerana cintanya bersedia dia membiar Neor mengenang cinta Fifie. Ezeti bertemu Fifei  sewaktu dia sedang berjalan-jalan bersama Rominah. Melihat erat dan sayangnya Rominah pada Fifei, Ezeti sedar dia hanya persinggahan sementara Neor. Ezeti  membantu menghubungkan kembali Fifei dengan Neor, malangnya Fifei sudah bertunang dengan kenalan Ezeti. Neor pula kembali diulit nostalgia, seakan terlupa Fifie adalah cerita zaman silamnya, hampir saban hari bercerita segala kebaikan dan keistimewaan Fifie.  Secara tidak sengaja, dia melukai hati Ezeti meski tidak bersedia bertemu Fifei tetapi Ezeti melihat cinta itu di dalam mata Neor.
Dalam kemelut yang tidak berkesudahan, ibu Salsabila pulang ke tanah air mencari warisnya. Salsabila, adik Tuan Jaafar yang dibuang keluarga kerana memilih pemuzik jalanan (adik ayah angkat Neor) sebagai teman hidup. Salsabila sanggup berhenti belajar kerana mahu hidup bersama teman lelakinya, penagih dadah. Neor diserah kepada Rominah sebaik lahir kerana suaminya  dipenjarakan kerana memiliki dadah. Ibu Neor menuntut cerai, berhijrah ke luar negara, menjadi penyanyi kelab malam di sana.  Neor yang berusaha melupa kisah silamnya berasa sangat kecewa kemunculan itu, dia keliru. Hanya kepada Ezeti dia meluahkan rasa.  Ezeti pula sentiasa bersedia memberi sokongan.
Neor terkena jangkitan kencing tikus pula selepas pengambaran filem lakonannya di sebuah sungai tercemar. Keadaan kesihatannya yang  terjejas, disangka Ezeti akibat tekanan perasaan yang bertimpa-timpa namun, semakin hari Neor semakin teruk lalu dirujuk ke klinik. Neor ditahan di hospital, sejurus sebelum coma, Neor melamar Ezeti, Ezeti menerima dengan hati terbuka dan berdoa Neor selamat.  Fifie muncul selepas mendengar berita Neor coma. Baru itu dia bersedia menemui Neor dan muncul memperkenalkan diri sebagai Bakawali.
Selepas pulih dari sakitnya, perhubungan Fifie dan Neor kembali rapat. Neor digosib panas semula, ada yang memuat naik foto Neor mencuba pakaian pengantin bersama Fifei di butik pengantin ke internet.   Heboh pula memperkatakan percintaan Neor Ezeti berantakan, cinta Neor beralih kembali kepada cinta pertamanya. 
Apakah kesudahan percintaan bersegi-segi ini? baca selanjutkan dalam SAKITNYA CINTA karya ke 14 Ramlah Rashid

Tuesday, October 15, 2013

Lambaian Baitullah

entry-content'>

Alhamdulillah, berhasil juga penulis menonton hasil buah tangan sulung sendiri - telemovie LAMBAIAN BAITULLAH yang diarahkah Sdr Murali Abdullah, terbitan Temenggong Pictures yang ke siaran TV9 8.30 malam pada 14 Okt 2013.
Ramai bertanya apa perasaan penulis skrip telemovie ini?
Penulis sangat terharu dengan pembawaan pendokong watak-watak yang dipertanggung jawabkan membawa cerita ini kepada penonton. Alhamdulillah, semuanya memenuhi impian pengarang. Datuk Ahmad Tarmimi sangat bersesuaian sebagai Pak Husin, senyumnya, lirik matanya, intonasinya bagaikan mendengar suara hati pengarang. Benar-benar dia seorang aktor berbakat besar. Tahniah.
Dalima Wati, Fahrin Ahmad, Intan Ladyana dan semua yang terlibat sangat-sangat menepati, tahniah juga dan syukur...

Idea tercetusnya LAMBAIAN BAITULLAH?
Sempena hari bapa, pengarang teringat abah, senyumnya, kasih sayangnya, perhatiannya, intonasinya, lirikannya membuat pengarang rindu benar. Meski pengarang tidak pernah berpengalaman melihat jerih abah mengumpul perbelanjaan untuk menunaikan haji, tetapi setelah dewasa dan bergelar ibu dan bapa pula, pengarang cuba meletakkan diri sendiri pada kedudukan dan perasaan abah dan mak waktu itu. Mungkin itu yang dirasakan abah dan mak sewaktu berkerja keras mengumpul kewangan. Mungkin mereka juga saban hari menghitung waktu merindui Tanah Suci. Maka pengarang beremaginasi sendiri, menyusun bait-bait ayat lalu dijadikan dialog-dialog untuk dituturkan. 

Alhamdulillah Dalima Wati dan Datuk Tarmimi sangat menjiwai sehinggakan sampai di saat ini pengarang masih menitiskan air mata, terkenang begitu gaya emak dan abah bila bersama. Sewaktu  masih kanak-kanak, pengarang pernah mendengar ayat abah yang begitu - 'saya sayang awak, awak sayang saya, cukuplah tu.' Entah apa tajuk perbualan, sewaktu di  bendang, abah pujuk mak begitu. Waktu itu pengarang tidak berasa apa-apa tidak juga bertanya apa. 

Benar, begitulah gaya abah apabila bersama anak-anak... senyum dan sentiasa berkata - 'tak apa, abah ada duit'. Apabila malam, abah akan melawat tempat tidur anak-anak, halau nyamuk. Abah gantungkan kelambu, selimutkan. Bagi nasihat pada anak-anak, sejukkan hati mak dan... abah panggil mak dear... waktu itu pengarang tidak faham kenapa 'dia'? sedangkan nama mak Hajah Zainun. Rupa-rupanya 'dia' itu adalah 'dear'. Macam tak percaya kan? tapi itulah kenyataannya. Tidak pernah abah meninggi suara tapi anak-anak sangat menghormati abah dik tingginya pekerti dia.

Al-fatihah abah - Allahyarham Haji Abdul Rashid bin Haji Ahmad dan Hajah Zainun bte Haji Yeop Majlis. semoga Allah memelihara mereka dari sebarang bentuk kepayahan di Sana.

Sunday, October 13, 2013

LAMBAIAN BAITULLAH....

entry-content'>

Assalamualaikum, sebaik selesai penggarapan skrip Lambaian Baitullah selepas pertemuan perbincangan antara  stesyen tv, production, pangarah n penulis,   Ogos 2013 lalu dan  pengambaran bermula kemudian berakhir, penulis bernafas lega, maka bermula perasaan tidak sabar, ingin melihat hasilnya. maka bermula promo demi promo di tv n internet tentang tayangannya, penulis rasa bersemangat, semakin tidak sabar, ternanti-nanti,tarikh siaran  - 14 Okt 8.30 malam di tv 9. Tetapi hari ini 13 Okt 2013, penulis berasa lain benar. rasa debarannya membuat diri berpeluh dalam dingin. perut lapar tetapi selera sesat entah ke mana. Mengapa diri jadi begini?

Sebabnya,  penulis terlalu berharap baby itu sematang mungkin, lahir tanpa sebarang cacat yang boleh mencacatkan penerimaan penonton. Sempurnakah baby itu nanti, sampaikah apa yang ingin disampaikan, matangkah dia setaraf temanya. Kini hanya kepada Allah penulis bergantung harap, semoga Allah memberi rahmatnya, restunya dan rezkinya.  semua pihak sudah berpeluh lelah dalam penghasilan karya sulung penulis, selebihnya berdoa dan berharap penulis kepada yang Maha Kuasa. sesungguhnya dari tiada, Dia adakan. Tiada sekutu bagiNya. Demi itu kepadanya ku berserah, kepadanya ku berpasrah. Ya Allah, perelokkan penerimaan penonton kepada pesanan hambaMu yang daif ini. Yang baik dan sempurna itu dari Dia - Allah, setiap kelemahan dan kepincangan itu adalah dari kelalaian dan kenaifan manusia biasa yang sering alpa...

Al-fatihah buat aruah mak Hajah Zainun bte Haji Yeop Majlis, Haji Abdul Rashid bin Haji Ahmad dan seluruh mukminin dan mukminat.

Selamat menyambut Hari uquf, hari Raya Korban.



Free shoutbox @ ShoutMix