SAKITNYA CINTA
Neor pelakon,
penyanyi dan pemuzik kelahiran rancangan reality tv sedang meningkat naik, menjadi
kegilaan peminat sering pula dilanda kontroversi menaik dan menjatuhkan
namanya. Dalam senyum tawa, ramah dan mesra melayan peminat, Neor (Meor
Rezamudin) sering rasa terasing, sepi sendirian. Di usianya mencecah 30 tahun,
dia impikan sebuah keluarga yang lengkap, beristeri dan punya anak. Namun apabila ditanya, apakah dia tidak mahu
menamatkan zaman bujang, soalan itu dijawab santai seakan langsung tidak
mengusik jiwa.
Neor bersahabat
karib dengan jurukamera wanita yang kebetulan adalah kakak kembar Mutiara, peguam
syariah yang telah mencuri hatinya tanpa dia dan Mutiara sedar akan itu. Di
hari perkahwinan Mutiara dan Neor di Brunei barulah masing-masing berkenalan.
Kristal Ezati sudah mengagak, ayahnya tidak akan menerima Neor jika dia
mengetahui Neor adalah penghibur. Kerana itu dia berusaha menyembunyikan rahsia
yang tidak mungkin berjaya disembunyi kerana Brunei dan Malasyia tidak sejauh
mana. Selepas seminggu berkahwin, Tuan
Jaafar mengetahui siapa Neor. Neor diperintah menceraikan Mutiara. Demi cinta
mereka, Neor berjanji akan merahsiakan kedudukan Mutiara dalam hidupnya asal
tidak dipaksa bercerai. Mutiara akur
status bujang tidak ditukar kepada berkahwin. Kerana Neor disebut masih bujang,
gosib-gosib terus panas.
Fifie adalah ‘bff’
Neor sejak kanak-kanak tanpa sedar mereka, masing-masing sudah jatuh cinta
namun kerana fitnah, Fifie menghilang. Dia terus memerhati perjalanan seni Neor dari
kejauhan. Dia menukar nama kepada
Bakawali, mengarang lagu dan lirik untuk album Neor juga lagu tema drama serta
filem lakonannya. Identitinya terus dirahsiakan walaupun lagu-lagu ciptaannya
menjadi siulan. Bagi Neor, sejak ditinggalkan Fifie tanpa dapat dikesan
persembunyiannya, dia seakan mati hati, tertutup untuk bercinta lagi sehingga
muncul Mutiara yang seiras Fifie. Sangkanya dia dapat menggantikan Fifie dengan
Mutiara namun, apabila sudah menjadi suami isteri, baru disedari, sifat Mutiara
dan Fifie bertentangan. Tetapi Neor berusaha meletak Mutiara di tempat yang
dikosongkan Fifie sehingga dia sendiri makan hati dan sangat-sangat tertekan
apabila saban hari Mutiara akan merengek memintanya meninggalkan dunia hiburan.
Neor ditangkap khalwat bersama Suzan,
artis wanita, isteri muda orang kenamaan. Walaupun itu hanya perangkap,
muslihat pihak musuh suami Suzan untuk menjatuhkan VVIP itu, Neor terbabit
dimalukan. Di waktu itu hanya Ezeti memahami Neor, berdiri teguh di
belakangnya. Mutiara tidak tahan lagi lalu memfailkan perceraian di Mahkamah
Syariah Brunei, negara mereka bernikah. Kaki tangan mahkamah membocorkan rahsia
itu, lalu heboh di Malaysia, isteri Neor menuntut cerai. Rominah, ibu angkat
Neor belum sempat mengenali menantunya sangat terluka mendengar berita itu dan
Neor sangat rasa bersalah. Berita itu sekali lagi mengecewakan Neor yang masih
tergantung kes tuduhan berkhalwat di mahkamah syariah Malaysia.
Hampir setiap
hari akhbar dan media elektronik menyebut-nyebut berita itu. Neor tiada cara
lain, terpaksa mengadakan sidang akhbar. Semuanya terpaksa diluah, kecuali nama
bekas isteri dan keluarga bekas mentua dilarang Neor wartawan bertanya, katanya
demi menghormati bekas isteri dan keluarganya. Walaupun Ezeti terluka mendengar
keburukan keluarganya namun dia pasrah. Dia faham kedudukan Neor malah dia juga
sudah tidak diakui Tuan Jaafar selaku anak hanya kerana memilih bidang kerjaya
yang tidak digemari Tuan Jaafar. Sebelum ke sidang akhbar, Neor sudah meminta
izin Ezeti dan Ezeti merelakan.
Seperti beratnya
penanggungan emosi Neor di atas berita perceraiannya, Mutiara juga terus
tertekan. Dia terpaksa berundur dari firma guaman kerana reputasinya
sebagai peguam syariah terjejas selepas
berita tangkapan khalwat ke atas Neor dan perkahwinan tergesa-gesa mereka di
Brunei sebelum mendapat kelulusan bernikah di luar negara. Keputusan
pengunduran itu sangat membebankan perasaan Mutiara kerana dia sangat-sangat
mencintai kerjayanya. Dunia hiburan heboh memperkatakan perceraian Neor yang
tidak disedari bila berkahwin, dunia kepeguaman pula hangat memperbincangkan
Mutiara mencalar institusi penegak undang-undang syariah negara.
Selepas
perceraian Neor Mutiara, Neor beralih arah, terjatuh cinta pada sahabat Ezeti,
meski dalam hati masih menempatkan Fifie. Ezeti sedar, dia hanya tempat Neor
meluah kesedihan namun, kerana cintanya bersedia dia membiar Neor mengenang
cinta Fifie. Ezeti bertemu Fifei sewaktu
dia sedang berjalan-jalan bersama Rominah. Melihat erat dan sayangnya Rominah
pada Fifei, Ezeti sedar dia hanya persinggahan sementara Neor. Ezeti membantu menghubungkan kembali Fifei dengan
Neor, malangnya Fifei sudah bertunang dengan kenalan Ezeti. Neor pula kembali
diulit nostalgia, seakan terlupa Fifie adalah cerita zaman silamnya, hampir
saban hari bercerita segala kebaikan dan keistimewaan Fifie. Secara tidak sengaja, dia melukai hati Ezeti
meski tidak bersedia bertemu Fifei tetapi Ezeti melihat cinta itu di dalam mata
Neor.
Dalam kemelut
yang tidak berkesudahan, ibu Salsabila pulang ke tanah air mencari warisnya.
Salsabila, adik Tuan Jaafar yang dibuang keluarga kerana memilih pemuzik
jalanan (adik ayah angkat Neor) sebagai teman hidup. Salsabila sanggup berhenti
belajar kerana mahu hidup bersama teman lelakinya, penagih dadah. Neor diserah
kepada Rominah sebaik lahir kerana suaminya
dipenjarakan kerana memiliki dadah. Ibu Neor menuntut cerai, berhijrah
ke luar negara, menjadi penyanyi kelab malam di sana. Neor yang berusaha melupa kisah silamnya
berasa sangat kecewa kemunculan itu, dia keliru. Hanya kepada Ezeti dia
meluahkan rasa. Ezeti pula sentiasa
bersedia memberi sokongan.
Neor terkena
jangkitan kencing tikus pula selepas pengambaran filem lakonannya di sebuah
sungai tercemar. Keadaan kesihatannya yang
terjejas, disangka Ezeti akibat tekanan perasaan yang bertimpa-timpa
namun, semakin hari Neor semakin teruk lalu dirujuk ke klinik. Neor ditahan di
hospital, sejurus sebelum coma, Neor melamar Ezeti, Ezeti menerima dengan hati
terbuka dan berdoa Neor selamat. Fifie
muncul selepas mendengar berita Neor coma. Baru itu dia bersedia menemui Neor
dan muncul memperkenalkan diri sebagai Bakawali.
Selepas pulih
dari sakitnya, perhubungan Fifie dan Neor kembali rapat. Neor digosib panas
semula, ada yang memuat naik foto Neor mencuba pakaian pengantin bersama Fifei
di butik pengantin ke internet. Heboh
pula memperkatakan percintaan Neor Ezeti berantakan, cinta Neor beralih kembali
kepada cinta pertamanya.
Apakah kesudahan percintaan bersegi-segi ini? baca selanjutkan dalam SAKITNYA CINTA karya ke 14 Ramlah Rashid
1 comment:
Harus baca ni..betul2 berliku2 ni..
Post a Comment