Sunday, September 16, 2007

RAMADHAN YANG CEMERLANG

entry-content'>

Masuk hari ini, sedar tak sedar sudah 4 hari kita berada di bulan mulia ini. Syukur alhamdulillah kita masih mampu melunaskan ibadah rukun Islam ke 3 ini dengan cemerlang. Tidak membazir dan tidak juga menjadi kedekut. Ayam naik harga, kita beralih ke manu lain. Masih banyak makanan lain yang boleh dimakan. Malaysia negara kaya. Tapi apa yang menyedihkan saya?

MERCUN! Di tempat saya masih ada yang menjual mercun dan bunga api. Sewaktu umat Islam sibuk bertarawih, masa itulah kanak-kanak sibuk berperang dengan bunga apa. Taman permainan di perumahan saya menjadi medan tempur, sama seperti tahun2 sebelumnya. Syukur masih belum ada yang cedera. Janganlah hendaknya ada yang melecur seperti tahun2 lepas. Dan syukur juga saya ke hadrat Ilahi, tidak ada seorang pun anak2 saya yang kesemuanya lelaki yang terpengaruh dengan permaian berbahaya itu. Saya masih berjaya mengawal pergerakan mereka dengan nasihat2 dan contoh keburukan mercun dan bunga api. Alhamdulillah...
Yang sakit hatinya, orang yang menyumbang kepada gejala tidak sihat ini adalah orang2 dewasa macam kita. Yang tidak berperikemanusiaan dan bertimbangrasa. Mengaut keuntungan tanpa memikirkan keselamatan kanak2 dan masyarakat umumnya. Mereka inilah yang menjadi penjual. Saya pernah menghubungi pihak polis (tahun lepas - 2006), malangnya sewaktu polis sampai, mereka sempat melarikan diri (bersembunyi). Akhirnya tidak seorang pun berjaya ditangkap. Selepas polis berlalu, penjual kembali membawa bungkusan jualan, duduk di tepi taman, menunggu pelanggan cilik.

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix