Monday, September 17, 2007

NIKAH TANPA WALI - (PERLIS)

entry-content'>

Apabila membaca rencana berkenaan tajuk di atas (UTUSAN MALAYSIA), teringat saya pada satu kejadian baru2 ini yang melibatkan rakan rapat saya. Suaminya telah melafaskan talak ke atasnya hampir 3 tahun dahulu sewaktu pertengkaran kecil. Sejurus selepas kejadian itu, rakan saya merujuk kepada abangnya, maka abangnya selaku waris terdekat telah berbincang konon dari hati ke hati, lelaki sama lelaki. Seperti biasa lelaki tidak pernah mengaku kesalahan dan kesilapannya (bukan semua lelaki tapi kebanyakanya). Katanya dia tidak sengaja dan langsung tidak berniat. Bincang punya bincang, kes berlarutan hingga hampir setahun di mana suami tetap pulang dan hidup sebagai suami isteri meski tidaklah semurni rumah tangga orang mukmin yang bahagia. Akibat kesibukan kehidupan masyarakat kota, isteri terlupa kejadian lafas suaminya. Akhirnya isteri (rakan saya) semakin tertekan akibat gangguan wanita yang mengaku isteri baharu suaminya. Wanita Seberang itu mengaku mereka sudah bernikah di Utara tanah air (tidak dimaklumkan di mana) secara sah. Dia meminta rakan saya berundur.
Si isteri mengadu (kaunseling) di JAWI. Selepas menceritakan kisah rumah tangganya (hampir lengkap), pegawai tersebut membuat rumusan, katanya : 'PUAN DAN SUAMI PUAN SUDAH BERCERAI' SEBAIKNYA RUJUK KES INI KE MAHKAMAH.
Bagaikan terkulai rakan saya. Antara rasa berdosa bersekedudukan tanpa sah dan rasa terkilan diceraikan begitu sahaja. Dia lantas menangis semahunya. Menyesal sungguh-sungguh.
Pegawai JAWI (wanita) bertanya, kenapa beliau menangis? Rakan saya menyesal lalai sehingga membelakangkan hukum Allah dan kini dia dalam keadaan berdosa. Pegawai JAWI memujuknya menyatakan, bertaubat dan bangkitlah menuntut hak. Beliau menasihatkan rakan saya memfailkan kesnya ke mahkamah Syariah.
Kini selepas hampir 2 tahun berlalu berulang alik ke mahkamah, kes beliau dan bekas suaminya masih belum selesai. Hakim memberi alasan, yang dituntut(bekas suami) tidak hadir ke mahkamah meski surat sudah diserah kepadanya. Mahkamah tidak dapat mengesahkan perceraian mereka. Rakan saya dinasihatkan menutup kes dan memfailkan tuntutan lain (fasah/takliq). Rakan saya kebingungan, dia langsung tidak terfikir untuk menuntut cerai, kerana bukan itu mahunya. Dia rela diceraikan tetapi bukan memintanya. Itu alasannya. Mahkamah tidak boleh berbuat apa2, rakan saya disarankan pulang dan berfikir.
Suami rakan saya sudah tidak pulang2 lagi, berita juga tidak dikirim meski rakan saya tahu dia berada di sekitar KL ini juga. Dan anak2nya pernah terserempak dalam keadaan tidak sengaja.
Rakan saya hidup seakan ibu tunggal, masih memegang sijil nikah secara sah. Nama suaminya masih tertera selaku waris (suami) di dalam fail peribadinya di tempat kerja. Meski nafkah zahir dan batin langsung dilupakan bekas suaminya serta anak2 juga seakan anak yatim. Mereka langsung tidak menerima bantuan sara hidup dari lelaki yang masih tetap dipanggil mereka ayah. Sakit pening hanya ibu tempat bersandar kasih.
Dan baru2 ini sekitar sebulan lepas, rakan saya mendapat berita terbaru. Bekas suaminya sudah mengahwini wanita tempatan pula, di Perlis. Berita itu disampaikan anak perempuannya yang turut dibawa konon bercuti ke utara tanah air, diperkenalkan pada isteri baharunya. Dan di depan gadis cilik itu, dia melafas akad untuk entah kali ke berapa.
Yang memusykilkan kami, kenapa dia mesti bernikah di sana sedangkan pengantin perempuan rakyat Perak? Kenapa tidak bernikah di Perak atau Wilayah Persekutuan sahaja? Fikir punya fikir oleh otak kami yang tidak pernah ada basik undang2 (hanya penulis), mungkin kerana nama si lelaki terdapat di fail mahkamah. Kes perceraian mereka masih tergantung. Tapi yang peliknya bagaimana Jabatan Agama Islam Perlis meluluskan pernikahan mereka, sedangkan negeri itu masih di bawah satu pemerintahan? Pelik! Sergah saya, geram.
Saya tidak marah kerana suami rakan saya bernikah lagi dan lagi. Hatta di mana pernikahan halal itu berlaku, tetapi perlu cara yang betul. Siapa kita untuk menentang poligami dan itu juga yang saya nyatakan pada rakan saya itu. Tetapi cara dan gaya hidupnya. Sekiranya dia sudah jemu atau tiada lagi cinta, kita faham, jodoh pertemuan segalanya ketentuan Allah. Tapi lepaskan isteri dengan cara baik. Bersihkan nama di dunia dan akhirat.
Pernikahan yang berlangsung dengan cara baik, lebih 20 tahun dahulu, dan berpisah juga biarlah sempurna. Meski perceraian dibenci Allah, namun tetap dihalalkan. Oleh itu carilah rahmat Allah. Bukan dengan lari dan lari begini. Masa suka, diangkat menjadi isteri, bila sudah jemu, tinggalkan tanpa sebarang status. Apakah begitu hinanya wanita di kaca mata lelaki? Allah menjadikan wanita dari tulang rusuk lelaki, itu bererti kaum yang lemah itu perlu diberi perlindungan dan pembelaan kaum yang kuat. Kenapa lelaki tidak faham atau sengaja tidak mahu mengerti erti setiap apa yang Allah jadikan? Tak faham saya.
Tapi apa2 pun, harapan saya, mudah2an, kaum lelaki yang mendongak ke langit, sesekali renunglah ke bumi. Sekali kaki kamu melangkah, kamu adalah kalifah di muka bumi ini dan kamu akan dipertanggungjawabkan oleh Pencipta.

5 comments:

Anonymous said...

Sembang pandai la ko ni.. x kena kt batang idung ko bole la ko becakap.. kalo dh kena batang idung ko.. baru padan muka ko. Ko ingat dunia ni bulat dan ada ketika kita diatas dan ada ketika kita dibawah.. Jd masa kita diatas, jangan la sembang pandai pada orang yang berada dibawah.. Ini semua dugaan tuhan.. ko pun nanti akan diduga. Cuma tak tau jer macamana ko diduga nanti..

Rasha_rz said...

marah benar kawan kita ni. jangan terlalu emosional kawan... saya hanya bercerita dan sedikit nasihat. memang dunia ini bulat, saya tahu dan saya sangat sedar. sebab itu kita harus ingat mengingat. hari ini kita menganiaya, esok lusa kita pula dianiaya. wallahualam...
p/s kenapa tak sertakan nama? dan dari mana anda datang. salam aidiladhar.

Rasha_rz said...

Saya ingin membaca maklumbalas dari kawan kita di atas tu. Kalau beliau muncul di sini, silalah tinggalkan komen anda lagi. Saya rindu mahu mendengar kemarahannya yang berapi2...

Anonymous said...

saya ida dari IPTA tempatan

rezeki, jodoh, pertemuan, ajal semua di tangan tuhan..kalo dapat suami mcm tu, cerai jela..jangan difikirkan lagi..

perlis memudahkan urusan pernikahan pasangan tanpa perlu nikah di thailand. negeri lain patut mencontohi undang2 ini supaya tak de la lagi pembuangan anak di tepi masjid, masalah zina, tangkap khalwat..masing2 ada masalah sendiri, jangan salahkan orang lain pulak..cuba selesaikan masalah sendiri tanpa perlu menuding jari ke mula orang lain..

Islam kan agama mudah, Malaysia mempunyai undang2 perkahwinan yang terlalu ketat, sedangkan ada sesuatu perkara itu yang rumit boleh dipermudahkan..

penyokong undang2 perlis..salute perlis!!!

kak ila said...

Assalamualaikum saudari ida dari IPTA tempatan. Macam marah benar pd saya?Islam agama yg cantik dik. sgt cantik. dihalalkan poligami, membenci perceraian tp menghalalkannya... Saya tak faham, kenapa saudari marah sangat. Rasa nya sbg wanita, saya mengagak, saudari menyokong saya, tp sebaliknya. sedihnya...
apa2pun terima kasih masih sudi scroll entry ini sampai k bwh. senang2, kunjunglah ke sini lagi, boleh kita berbincang byk lagi.


Free shoutbox @ ShoutMix