Tuesday, November 20, 2007

Novel Jeriji Kasih (DBP)

entry-content'>

Siang tadi, pulang sahaja saya dari tempat kerja, mata terus tertancap sebuah bungkusan sederhana besar terletak di atas meja tulis saya di dalam bilik.
Eh, apa ni? Novel Qaseh, Qaisy dah sampai ke? detik hati kecil saya tersenyum girang.
Terketar2 saya melihat isinya. Hitam? Berkerut kening saya apabila hujung novel yang baru terjojol sedikit keluar dari bungkusan itu, berwarna hitam. Tergesa2 pula saya mengeluarkan keseluruhan novel itu (sebuah sahaja).
Ahk? tertawa saya apabila di cover novel itu tertulis JERIJI KASIH. Ya Allah... novel sayembara rupanya....
Rupa2nya novel saya yang memenangi saguhati sayembara sempena perayaan Jubli Emas hari tu dah siap.... Cantik juga covernya. Bentuk hati dikurung pagar besi. Konon jeriji kasihlah tu.... Tersenyum lagi saya. Alhamdulillah..., saya cium novel itu.
Rupa2nya nikmat dan kepuasan menerima naskah contoh novel itu lebih dari novel2 saya sebelumnya. Kenapa? Sebab itu novel yang saya karang bertungkus lumus. Setahun untuk menyiapkannya. (Lahir kembar dengan SARA KIRANA). Untuk pertandingan...? Dan, dari banyak2 penyertaan,hanya 7 buah dipilih untuk diberi pengiktirafan. Syukur Alhamdulillah kerana juri terpandang novel saya. Mungkin kerana rezeki saya dan mungkin juga pemangkin untuk saya terus berusaha dan berkarya. Bukan bagus mananya pun... pasti banyak lagi yang hebat2. Siapalah saya yang baru setahun jagong di dunia sastera ini. Cuma rezeki memihak saya. rezeki anak2 pastinya. Alhamdullillah saya bersyukur sekali lagi.

Dan, untuk pertandingan seterusnya, kawan2 usah rasa rendah diri. Cuba je. Mana tahu kalau2 rezeki anda? Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Oleh itu cuba je. Kalau novel biasa anda boleh hasilkan dalam 2 bulan. Novel untuk pertandingan, sabar2lah sikit. Lakukan sebaik mungkin sehingga 10 kali semakan dan langsung tidak ditemui kesilapan lagi. Baru hantar. Macam Sdr Faisal Tehrani. Beliau sendiri memberi sahabat karibnya menyemakkan. Terima komen jujur pembaca sebelum para sarjana membacanya. Ha, baru puas hati?


8 comments:

MYA MARJA said...

Rezeki anak-anak, ramai anaklah tu. Tahniah lagi! Dua bulan boleh siap sebuah novel? Laju tu...

Rasha_rz said...

itu sesetengah penulis. akak tak boleh. mungkin dalam 2 bulan boleh siap secara kasar tapi akak akan tunggu sampai 6 bulan untuk opret semula.bila dah lupa pada cerita tu, baru adit balik. itulah cara akak menulis. tapi pastinya 1 tahun mesti lahir 1.antara terbit / tidak, terpulang syarikat.

Unknown said...

Tak boleh jadi ni! nak lumba!

Puteri said...

teruskan perjuangan
moga kejayaan bersinar buatmu

salam ukhuwah dari puteri =)

mohamad kholid said...

naksuruh orang lain semak tu yang payah tu... macam orang suruh saya semak - mendera betul! Tahniah, ayuh kita berlumba...

Rasha_rz said...

kak ila suka Zalisa nak berlumba. tapi jangan lumba lari, kak ila mesti tewas. hehehhe....
terima kasih juga pada puteri. salam ukhuwah juga dari kak ila. rajin2lah jenguk ke sini. dan Kholid... bukan sebarang orang boleh semak karya kita. kena pilih juga. kak ila tak boleh semak karya orang, sebab tak sabar & tak pandai, juga tak berani nak komen. agaknya bukan dilahirkan untuk jadi pengkritik, guru pn bukan. lagi pun takut nanti karya orang tu jadi macam cara penulisan kita. jadi, mengikut tanggapan kak ila yang cetek ilmu ni,: mesti cari orang yang bukan penulis. maknanya, yang minat novel tapi tak minat mengarang, hanya suka membaca. ha, baru kena. jadi dia nampak di mana tak kenanya karya kita. selalunya orang begini, akan dapat membau dimana kurang atau lebihnya penulisan kita. wallahualam.

Abang Long said...

Salam hormat dari penulis BLOG. Pengalaman hidup hanya dicurahkan diatas kertas, buat renungan anak cucu sahaja.

Rasha_rz said...

dan untuk renungan diri sendiri apabila kesepian. tak gitu abang long?


Free shoutbox @ ShoutMix