Sunday, November 18, 2007

QASEH, QAISY....

entry-content'>

Selepas terbitnya novel Kabus Senja di Creative Enteprise, kini QASEH, QAISY pula menyusul. Terbit di Buku Prima. Syukur Alhamdulillah. Pun begitu, hingga saat ini saya belum lagi menanda tangani sebarang perjanjian penerbitannya dan novel contoh juga belum saya tengok... Ah, sedihnya.

Di masa sana sini orang sudah memperkatakan QASEH, QAISY dan kawan2 sudah mula mengucap tahniah di atas penerbitannya dan konon keindahan ceritanya, saya masih belum melihat cover novel itu.

Setelah 3 buah novel saya terbit di sana, prosedur hak penerbitan, mula dilupakan. Tapi macam mana pun, saya faham keadaan di Buku Prima tika ini. Buku Prima baru berpindah dari Petaling Jaya ke Shah Alam. Mungkin mereka sedikit sebuk. Sadangkan berpindah rumah pun memakan masa dan membuat kita lelah, inikan pula sebuah syarikat seperti Buku Prima di dalam Dasar Cetak. Pelbagai prosedur dan kesulitan dialami pastinya. Saya maklum itu. Tapi hati jahat ini masih berasa sensitif. Ahh! Sifat manusia, kan? Kebaikan mudah luntur dik satu kekurangan. Saya pujuk hati agar tidak menjadi manusia begitu. Buku Prima sudah menerbitkan 3 novel saya tanpa apa2 masalah berbangkit, itu sudah cukup baik.


5 comments:

Yussamir Yusof said...

Assalamualaikom kak...
terima kasih sebab melawat ke blog tak seberapa saya tu.Erm..penulisan novel terpaksa saya berhentikan sementara.Saya disaran pergi ke bengkel teknik penulisan surah yusuf anjuran PTS.Selepas itu,insyaAllah saya akan teruskan kembali.Idea-idea dan jalan cerita novel itu diterima,cumanya kemahiran menulis belum mengizinkan lagi saya untuk meneruskan.
Tapi saya sekarang menumpukan penulisan2 akademik dan keagamaan.Buku susunan doa-doa dari Quran dan Hadis Sahih yang saya usahakan sudah dihantar ke editor PTS Islamika.Sedang menunggu maklum balas dari Editor.Selain tu,saya sekarang sedang mengumpul material utk buku seterusnya.Buku kali ini lebih kepada kajian akademik.Saya membuat kajian mengenai kemunculan gologan PROTAZ dalam masyarakat Islam Malaysia.Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye kak :)..Novel akak yang baru ni nnt saya beli :)....

Unknown said...

biasa le tuuu

Rasha_rz said...

ibnuyusofaljohori... terima kasih. selamat berjaya dalam bidang penulisan pilihan adik. akak sentiasa beri sokongan.
zalisa: memang biasa perkara macam tu, tapi semakin dibiasakan pulak sekarang ni. sedih kita,kan?

Purpleheart said...

Tahniah, teruskan berkarya.. Allah dah bagi kepakaran padamu, jangan persiakan.. :-)

Rasha_rz said...

purpleheart... terima kasih. sebenarnya bukan kepakaran yang Allah beri, hanya sedikit kebolehan. hanya itu yang kak ila boleh buat, maka kak ila manfaatkan je.


Free shoutbox @ ShoutMix