Tuesday, December 4, 2007

rindu datang lagi

entry-content'>

Hendak juga mencoret di sini meski kesihatan tidak mengizinkan. Sudah 4 hari diserang demam selesema yang teruk. DAn sudah 2 hari bercuti sakit. Hari ni rasa lega sikit. Nak juga melepas rindu di sini. Paksakan hati dan diri....

Benar kata orang, sehat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan muda sebelum tua. Bila dah sakit, baru rasa bererti benar pada kesihatan. Rindu pada aktiviti harian, rindu pada tempat kerja dan kawan2, rindu pada komputer dan blog, rindu juga pada novel dan menuskrip yang sedang ditangani. Tapi insaflah diri... sakit itu kurniaan Allah. Kata para ulamak, bagi menyuci dosa2 kecil kita agar bersih apabila tiba waktunya dibawa pergi. Alhamdulillah. Wallahualam.


No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix