Ha, sana sini orang sedang heboh memperkatakan tentang Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tidak memilih karya-karya sasterawan negara (SN), penerima S.E.A. Write Awards, dan pengarang-pengarang penting Malaysia untuk teks baru Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas). Alasannya sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar. Sejauh mana kebenarannya?
Dan demi menggantikan novel2 yang sedia ada, KOMSAS bersedia menggantikannya dengan novel2 karya penulis2 novel popular. Benarkah ianya menghina dan memperleceh para pengarang/sasterawan mapan dan sastera Melayu? Entahlah.
Saya masih ingat lagi sewaktu menuntut di tingkatan 6 dahulu. Kami terdera membaca dan mendalami Novel Keluarga Gerilya karya Pramoedya Ananta Toer. Tetapi demi minat yang mendalam dan azam untuk lulus cemerlang, saya gagahi jua menyudahkan pembacaan. Bukan setakat khatam, tetapi juga turut memahaminya. Syukur alhamdulillah.
(Wah... manja benar penuntut sekarang ya? Tak nak belajar lagi, tak tahulah nak cakap apa. Yang sukar sudah dimudahkan, dihidangkan pula dengan juadah enak.)
Tetapi saya rasa elok biarkan orang2 atasan memikirkan perkara ini. Saya sebagai penulis novel popular dan turut menggemari novel2 sastera serta sudah cuba mengarang novel2 sebegitu, hanya berharap yang terbaik untuk anak2 di masa akan datang. Wallahualam.
p/s : Sewaktu saya diperingkat SPM, teks sastera kami, novel BADAI SEMALAM karya KHATIJAH HASHIM. Best novel itu. Saya khatam banyak kali dan ceritanya terus terpahat di ingatan saya sampai sekarang. Bukan sahaja ceritanya, tapi watak2nya sekali. Tahniah Puan Khatijah Hashim. Dan dengan novel itu saya telah mendapat keputusan cemerlang dalam kesusateraan Melayu. Terima kasih Khatijah Hashim.
Ha... Novel Badai Semalam novel sastera / popular ya?

No comments:
Post a Comment