Penutup tahun 2007 memberi senyuman manis buat saya. Selepas 7 novel yang terbit dan bergerak di pasaran, royalti dari DBP paling mengejutkan saya. Kenapa? Sebab paling banyak dan paling cepat. Novel JERIJI KASIH yang mendapat hadiah saguhati dalam Pertandingan Mengarang Novel Remaja Jubli Emas tempoh hari sudah diterbitkan Nov. 2007. Yang memeranjatkan, penghujung Dis. 2007 saya sudah menerima cek royalti. Bukan RM700.00, tapi beribu..... Mungkin tidak banyak pada orang lain, tapi sebaliknya pada saya. Selalunya saya akan menerima royalti selepas 6 bulan atau setahun dengan jumlah sebanyak itu.
Cuba banyangkan berapa banyak pula yang diterima pemenang hadiah pertama, ke dua dan ketiga dalam sayembara tu. Wau! Bukan sahaja boleh buat duit dengan berkarya, tetapi juga boleh jadi kaya..... Tanggapan orang ramai, menulis tak boleh cari makan, sudah lapok. Asal penulis berusaha melahirkan karya bermutu, orang yang namanya penulis / novelis pasti tidak akan mati kelaparan. Malah boleh kumpul harta.
p/s : Mesej ini untuk memangkin semangat juang untuk kawan2 juga.
p/s : Mesej ini untuk memangkin semangat juang untuk kawan2 juga.
11 comments:
Tahniah!
Moga tahun baru ini akan lebih berjaya.
Salam Tahun Baru Hijrah 1429 :-)
wow... saya belum dapat lagi lah...
bunga rampai, terima kasih doa adik. dan selamat tahun baru juga........
Kholid, awak tu bujang. mungkin rezeki orang berkahwin dan beranak ni lebih sikit. hehehe... gurau je dik.
Apa2 pun sabarlah, penulis yang terlibat tu ramai. Pasti memakan masa lebih sikit untuk selesaikan semuanya. Sabar ye? kak ila menyokong awak dari belakang.
wahh ..dah tu bila nak belaja saya minum teh (saya sorang dah le, toksah ajak orang lain ...akekekeke)
sf
eh eh. dia pun dapat...... ha, kak ila belanja awak, awak belanja akak. hehehehe...
Alhamdulillah kak, teruskan usaha akak..
TK purpleheart
Tahniah!
Benda baik mesti dikongsi... hehe
wah wah dah dapat fulusss, entri terus tak tukar2 dah kak ni ...akekekke
ya, jiwa rasa... kak ila bersedia berkongsi pengalaman dan sedikit pengetahuan pengarangan novel. tapi sikit sajalah. kak ila orang biasa, tidak ada pengetahuan tinggi dalam novel sastera.
dan sf...kak ila sebuk kebelakangan ni. banyak hal keluarga perlu difikirkan orang perempuan. sebagai wanita, isteri, ibu, pekerja dan penulis,faham2 sajalah.
Post a Comment