Tuesday, January 1, 2008

TAHUN BARU LAGI....

entry-content'>

Hari baru untuk tahun baharu (2008). 1 Jan. 2008...
Akhirnya sampai juga kaki kita ke tarikh keramat ini. Setiap tahun, tarikh ini di tunggu2 sekelian umat manusia yang masih bernafas dan bernadi. Syukur Alhamdulillah... itu yang lahir dari mulut sesetengah dari kita. Alhamdulillah jika ada mengucapkan itu. Tapi berapa ramai yang memanjatkan kesyukuran di samping titisan air mata gembira? Yang ramai adalah yang terkinja2 gembira. Gembira kerana apa? Sebab... menyambut tahun baru. Happy New Year konon.... Berpesta ke sana ke mari, berkonsert di sana sini. Riang... tanpa menoleh melihat kesukaran semalam apakah akan berbenteng atau pun berteres. Sama ada titik hitam itu turut menjejak kita melangkah ke tahun baharu? Langsung tidak terfikir, dik hebohnya berkonset. Melambai dan bersorak ria melihat letupan bunga api di udara. Alhamdulillah juga, rakyat Malaysia masih mampu tersenyum dan tertawa juga meski lewat berakhirnya tahun 2007, kita dilanda pelbagai dugaan. Konfrantasi dan perkauman di sana sini.

Sana sini rakan2 turut membina azam, bertanya azam baharu rakan2 juga. Azam saya? Ada pelbagai, tapi untuk dunia penulisan hanya 1. Iaitu : mahu melahirkan karya lebih bermutu. Biarpun hanya sebuah novel setahun, asal meninggalkan impak yang kuat pada dunia sastera dan dunia pernovelan amnya.

6 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Tulis banyak-banyak novel pun tidak mengapa. Yang penting mesej kebaikan yang hendak disampaikan itu pastinya banyak juga.

Saya mahu tahu apakah kriteria karya bermutu yang sebenarnya? Bermutu dari sudut bahasa (bahasa sastera atau Bahasa Melayu Tinggi?) atau dari sudut isi dan mesej yang mahu disampaikan.

Selamat tahun baru 2008.

Rasha_rz said...

waalaikumsalam mya marja
Selamat tahun baru dik. Karya bermutu dari segi bahasa, mesej dan moral juga. Bukan novel2 yang dianggap pecisan (w/pn akak sedih dengar gelaran itu)
Dan... akak nak tukar persepsi orang, bukan semua novel yang terbit di penerbitan novel popular itu adalah pecisan! masih ada yang baik, bermoral, berilmu dan mengangkat nilai seni dan budaya bangsa. Wallahulam...

Abang Long said...

Teruskan perjuangan. Lebih baik membaca novel yang dianggap picisan dari tidak membaca langsung.

Rasha_rz said...

hidup abang long!!! peransang begini yang akak dan kawan2 mahukan demi menguatkan semangat. Terima kasih banyak2....

Purpleheart said...

Salam tahun baru kak.. Semoga tahun ini membuahkan kejayaan buat akak sekeluarga..

Rasha_rz said...

Salam tahun baru juga buat purpleheart. Sama2 kita berusaha dan berdoa agar kejayaan mengiringi kita.


Free shoutbox @ ShoutMix