Bertolak kepada kemunculan karya ke 2 saya yang menerima hadiah sagu hati dalam pertandingan sayembara anjuran DBP baru2 ini, maka ramailah rakan2 penulis mahukan tip bagaimana mengarang novel untuk menang sesuatu pertandingan.
- Saya katakan, karya saya bukan menang, cuma sagu hati.
- Sagu hati bermakna menang, kata rakan2 penulis saya.
- Saya katakan, karya saya bukan menang, cuma sagu hati.
- Sagu hati bermakna menang, kata rakan2 penulis saya.
Baik, saya menyemak di Kamus Dewan edisi 3 m/s 1167 : SAGU HATI ADALAH HADIAH YANG DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG TIDAK MENANG (SEBAGAI PENGHARGAAN)
Dengan keterangan maksud sagu hati itu, jelaslah Novel Jeriji Kasih & Usang tidak menang dalam sayembara anjuran DBP. Tetapi demi tidak menghampakan, saya bersedia berkongsi sedikit tip / pengalaman bagaimana sebaiknya mengarang novel sesuatu pertandingan. Tapi setakat terpilih untuk ke senarai sagu hati. Nanti jika saya memenangi di 3 tempat teratas, akan saya perturunkan petua yang lain pula (insyaallah). Diantara yang saya praktikkan ialah :

1) Fahami kehendak penganjur. Tema dan persoalan yang disyaratkan, panjang karya, khalayak sasaran dan tarikh akhir penyertaan.
2) Fikirkan cerita apa yang kita mahu utarakan, mengikut tema yang diberi. Rangka sinopsis dan plot, padat dan meyakinkan. Cerita mesti mempunyai nilai dan moral yang tinggi.
3) Duduklah menulis di komputer tanpa mengira masa dan mood. Usah fikirkan berkarya untuk menang berpuluh ribu RM, tanamkan di fikiran : kita mahu berkarya sebaiknya, demi mengangkat nilai sastera negara dan mahu mencuba kepelbagaian dalam berkarya.
4) Fahami watak di dalam karya secukupnya dan kitalah watak2 itu.
5) Semak beberapa buah kamus - untuk ketepatan ejaan, bahasa dan perkataan. Hanya ejaan dan bahasa yang diluluskan Dewan sahaja diguna untuk menggarap novel sastera yang bakal dibaca para sarjana sebagai juri / pengadil.

6) Baca berulang kali sebelum bersedia untuk dihantar kepada penganjur. Juri mahupun editor hanya akan menerima karya bersih tanpa sebarang kesilapan sama ada ejaan mahupun bahasa. Cerita yang berulang2 hanya akan membuat pembaca muak dan menampakkan ketidak matangan penulis dan sikap tidak bersungguh2.
7) Cetak keluar manuskrip yang sudah lengkap bermuka surat dan tajuk karya tanpa menaip nama pengarang. (nama hanya diisi di dalam borang yang dilampirkan).
8) Baca semula manuskrip, betulkan dan taip semula di komputer. Cetak semula helaian yang dibuat pembetulan dan periksa m/s nya. Jangan berlaku perselisihan m/s. (Itu menunjukkan sikap sambilewa penulis).

9) Ikat kemas manuskrip berserta sinopsis, hantar bersama disket/c.d ke alamat yang ditetapkan. Usah ditanya pihak pengajur berkenaan penyertaan kita, berusaha melupakannya. Tunggu sahaja tarikh pengumuman yang selalunya memakan masa 1 tahun dari tarikh akhir.
10) Bersedialah menerima sebarang keputusan. Jika berjaya, bersyukurlah dengan rezeki Allah dan bersedia berkongsi pengalaman dengan rakan2. Tetapi jika sebaliknya, usah berputus asa, cuba lagi di lain masa. Karya yang tidak terpilih, tidak rugi kerana ianya boleh diperbaiki dan dihantar ke penerbitan lain untuk diterbitkan.

Semoga dengan sedikit penjelasan di atas boleh membantu rakan2 dalam menggarap karya bukan sahaja untuk menang pertandingan, juga untuk penerbitan kormesial. Ingat satu perkara: Kita menulis bukan hanya untuk santapan sendiri tetapi khalayak pembaca juga. Meskipun kita tidak mungkin mampu memberi kepuasan kepada semua orang, namun berusahalah untuk memberi semaksimumnya kepada pembaca. Oleh itu usah ikut perasaan sendiri, fikirkan sama perasaan orang lain.
Wallahualam....
21 comments:
Ada 3 novel bersama Prima ?
Rasa macam tak percaya, tapi waktu pesta buku hari tu nampak ...
ya 3 abang long. kenapa macam tak percaya?nampak macam tak berbakat ya? kesian saya...
kak ila ada 1 di RYTHM,2 di creative enterprise, 3 di buku prima dan 2 di DBP (1 masih belum terbit)
abang long ada berapa? Kalau boleh tahu le...
Assalamualaikum,
Tahniah sekali lagi! Saguhati pun kira okey apa? Orang lain ramai lagi yang gigit jari.
Terima kasih berkongsi lagi ilmu dan pengalaman menulis novel. Mesti ada banyak lagi ilmu yang mahu dikongsikan. Tak dapat kongsi hadiah, kongsi ilmu pun sudah cukup baik, begitulah...
waalaikumsalam mya marja. Kandang2 rasa malu nak terima ucapan tahniah bila hanya dapat sagu hati. tapi sudah menjadi adat kita kan? Bertahniah bila berjaya meski sedikit dan bertakziah bila derita meski sekelumit. Terima kasih banyak2. Untuk berkongsi ilmu yang sedikit, tak menjadi masalah, nak merasa hadiahnya pun tak salah. Cuma untuk berkongsi ilmu boleh di sini, untuk merasa hadiah entah di mana, kita hanya kenal di maya, tidak pernah bertemu muka. betul tak?
Betul tu, betul...
Berapa sasaran manuskrip tahun ini Kak Ila?
Ha... sasaran mskrip susah nak cakap. yang pasti sampai ke bln Feb ni, masih belum ada yg siap.masih terkial2. cerita dah ada, cuma masa tak cukup.tp w/pun, harap2 yg satu di publisher tu, dapat terbit utk pesta buku 2008.kita jumpa nanti di BUKU PRIMA.
Salam kenal Kak Ila,
Kini membalas kunjungan. Tahniah jua walau pada takrifan menurut pandangan Kak Ila, tidak menang, penghargaan juga satu pengiktirafan. Saya pula belum pernah menang apa-apa hasil penulisan kerana tidak pernah masuk pertandingan. Masa sekolah adalah sekali dapat sagu hati penyertaan esei sahaja.
Saya amat meminati penulisan puisi kini dan masih belum pernah siapkan sebarang cerpen, setakat ini.
Terima kasih dengan tip yang dikongsi. Semoga berkunjung lagi ke blog saya. Saya sudah pastinya akan berkunjung lagi membaca tips berguna di sini.
Salam kembali naz, terima kasih. minat puisi boleh himpit mya marja, dia hebat berpuisi. kak ila tak pandai...
rajin2lah berkunjung ke sini dan kenali kak ila melalui novel2 yg sudah terbit.
macam best je kalau join ni :D
tapi tak terrer dalam bidang ni mcm cik puan hehe
hai butaseni, adik nak join apa? kelab peminat tak ada. sebab kak ila tak ada peminat rasanya. kalau nak join menulis, silakan. seni dan sastera ibarat irama dan lagu...
ada le kak, sibuk skit ajer ...hehehe
i suka membaca tp tak tahu menulis
Jemput melawat blog butik perkahwinan kami:
http://serisinggahsana.blogspot.com
Adik fs... nak jadi tut... memang sibuk. bukan sikit, tapi banyak. hehehe... Insyaallah kak ila akan muncul di sana nanti. kita jumpa di majlis itu.
Untuk adik serisinggahsana, terima kasih sudi singgah di sini. bertambah seorang lagi rakan siber. kak ila dah jengah dah ke blog adik. cantik sangat.rasa macam nak ambil gambar kahwin sekali lagi,guna pakaian pengantin moden gitu. hehehhe
salam.
bukan sepenuhnya.
tapi insya-Allah selagi mana saya dpt mmbantu, sy akn cuba..
puteri_reformasi04-at-yahoo.com
Salam kembali puteri. terima kasih banyak2.lepas ni, bukalah email puteri, soalan kak ila ada di sana. tak perlu menjawab tergesa2, ambil sedikit masa jika puteri mahu. terima kasih sekali lagi.
Hai...bukan mainlagi....
Yg hai Bukan main lagi tu saja nak cuba..... maklumlah first time buka your blogs.... banyak juga novel yg dah diterbitkan.... nanti selepas ni nak cari....yg mana yg best saya suka yg jiwang habis.... cinta2 remaja la.....baru best... walaupun saya ni bukan remaja lagi tetapi jiwa raga macam remaja hehehe....cinta org dewasa dan org tua kuranmg minat....nama saya junki...
hai junki... pertama kali ke sini ya? selamat datang & salam kenal. jomlah ke pesta buku, novel kak ila ada 3 di BUKUPRIMA & 2 di creative. 1 di rhythm & 1 di DBP. pelbagai kehidupan ada, jiwa remaja, dewasa dan...
kak ila
itulah masalahnya.....waktu kerja tak ada masa terluang nak pergi, sabtu Ahad pula traffik jam teruk sgt. Selain daripada kat pameran buku kat kedai mana yg ada jual.... Lagi satu Junki rasa mcm pernah jumpa kak Ila....kak ila dah kahwin ke belum...ada berapa anak dah.....saja aje nak tau....
hai junki,t kaksih sekali lagi sudi menjengah ke sini. rasanya novel kak ila ada je kat kedai2 buku (MPH terutamanya).junki pernah jumpa kak ila? mungkin juga... kak ila dah kahwin dik. 4 orang anak.
kak ila
Post a Comment