Saya baru bertemu seorang penggemar novel saya, beliau bertanya saya satu soalan yang boleh membuat saya terkedu. Soalannya begini.
Sudah 7 novel saudari yang terbit, apakah mendatangkan pulangan yang membanggakan?
Saya tanya semula penggemar itu (lelaki) : Maksud saudara?
Maksud saya, boleh buat duit dengan novel?Tanpa ada kerja lain seperti saudari?
Itulah yang membuat saya terkedu lama. Nafas dalam ditarik, disimpan lama. Cuba mencari jawapan yang tepat. Adik itu terus menunggu, merenung saya tanpa berkelip mata. Melihatkan kesungguhannya, saya berusaha mencari suatu jawapan yang bernas agar memuaskan hatinya.
Jawap saya : Beginilah. Memang kakak mendapat pulangan (wang) namun begitu,kakak masih perlu berkerja (bermajikan) demi menyara kehidupan seharian.
Habis, untuk apa berkarya sebegitu prolifik? tanyanya lagi.
Sekali lagi saya terkedu. (sampainya hati dia...) hanya di dalam hati saya. Saya pun bertanya dia kembali.
Kenapa adik bertanya soalan begini?
Dia sedikit mengendur, nampak seperti kurang sedikit tekanan di dalam hatinya. Katanya pula :
SAYA SUDAH BOSAN DENGAN KERJA SAYA. PENAT SUNGGUH MENGKAYAKAN MAJIKAN YANG TAK BERHATI PERUT. SAYA RASA SAYA NAK BERHENTI KERJA DAN HANYA DUDUK BERKARYA, MENULIS NOVEL SEPERTI NOVELIS LAIN DAN SEPERTI SAUDARI.

Saya terkedu lagi. Rupa2nya anak muda itu dibelenggu permasalahan besar. Saya bersimpati, tapi apa yang boleh saya katanya ialah...
Beginilah adik, mungkin setengah orang boleh hidup senang malah kaya dengan karyanya, tapi bukan semua novelis bernasib baik. Tidak juga semua novelis yang malang... cuma apa yang kakak boleh katakan, kalau adik berani mencuba, silakan. Untuk menjanjikan langit itu sentiasa cerah, akak tak berani.
Dia bertanya lagi : saudari?
Saya masih perlu bekerja kerana itu periuk nasi saya dan saya sayang pada kerjaya saya meski pun tidaklah sebegitu gah dan tidak dipandang gah oleh mereka yg berjawatan tinggi. Cukuplah sementara ada nafas saya. anak muda itu tersenyum sumbing. Ejekan, bangga atau apa juga. Malas pula untuk saya memikirkannya. Saya meneruskan...

Beginilah dik, saya menceburi bidang penulisan pada awalnya kerana terlalu menggemari bidang ini dan mencintainya. Saya tidak meletakkan wang di tempat teratas, hanya mahu berkarya dan bercerita. Tapi apabila karya / cerita saya dibayar, syukur alhamdulillah dan saya terlalulah gembiranya walaupun jauh sekali dari garisan yang boleh dikatakan kaya / senang. Hanya cukup untuk menampung semula kos penulisan saya. (lektrik, air, kertas, segala keperluan sebuah komputer dan segelas kopi untuk diteguk selama berkarya).
Dia mengangguk berkali2 dan mengucap terima kasih.
Apa yg boleh saya rumuskan ialah :
Jika berkarya untuk wang, kita akan kecewa. Tapi jika wang untuk berkarya, kita akan gembira. Maksudnya mudah, usah mencari kekayaan dengan berkarya, tetapi gunakan wang hasil karya, untuk terus berkarya. Mungkin ramai tidak menggemari / marah dengan kenyataan ini, namun ini juga boleh dianggap falsafah. Fikir2kannya dan kalau berani, cubalah berkarya. Lihat hasilnya, apakah anda mampu hidup kaya raya dengan hasil karya anda? Jika berhasil, andalah novelis bertuah itu.Tapi jika sebaliknya, ingatlah kembali kepada kata2 saya.
Panjang pulak cerita saya kali ni. Cukuplah kali ini, nanti saya sambung lagi.

10 comments:
Syukur Alhamdulillah. Akhirnya kita bertemu di alam nyata.
InsyaAllah, mendapat input berguna dari Sifu Norden. Tunggu sahaja perkembangannya didalam blog ALAF 21 FC.
Kaya..kaya..akak memang boleh...!
ya, syukur juga dapat kenal abang long. cadang nak bagi novel kat abang long tapi rasa segan pulak. siapalah saya, novel tak berkualiti.
boleh ke kak ila kaya dengan berkarya mya marja?
p/s , biar tak kaya wang tapi kaya karya...
Tak kaya tak apa Kak Ila, janji banyak duit. he he... Banyak duit banyaklah sedekah, kan kaya tu...:)
mana ada banyak mya marja... duit syiling banyaklah, bila RM10 ditukar kepada kepingan besi. berat poket. dan... sedekah paling banyak cuma pada anak2...
senyap bebeno orang kat sini ... hehehe
awak tu yang senyap sejak2 2 menjak ni... sibuk sangat ke?
salam, setuju 100% peratus dengan akak; jangan berkarya kerana nak kaya, nanti kecewa. Itu yang saya terapkan sejak dulu. Tapi kalau jadi kaya kerana berkarya, alhamudlillah, syukur.
salam kenal dari saya.
ya betul adik ainin. falsafah hidup akak mudah. berkarya bukan untuk kaya, tetapi tak salah kalau kita mengaup sedikit keuntungan dari hasil karya kita.kerana itu memang hak kita.
kak ila
Post a Comment