Friday, May 2, 2008

Majlis makan malam DBP

entry-content'>

Ha, 29 April kelmarin barulah terjawab persoalan dan teka teki tentang jemputan makan malam di DBP. Pada mulanya saya hanya dihubungi melalui telefon, menjemput saya menghadiri majlis makan malam di DBP 30 April jam 8 malam. Waktu dihubungi saya sedang bekerja, agak sibuk juga, saya hanya mengatakan persetujuan tanpa sempat bertanya apa2. Apabila kesibukan sudah reda barulah saya terfikir tentang perkara berbangkit.
1- Makan malam untuk apa?
2- Bersama siapa?
3- Siapa2 yang dijemput?
4- Apakah boleh saya membawa pasangan?

Ah, macam2... akhirnya saya teringat pada rakan penulis, Marwati. Sepantasnya saya menghubungi beliau minta sedikit penjelasan, sekurang2nya siapa yang patut saya hubungi untuk keterangan lanjut. Ini kerana selepas saya hubungi beberapa rakan penulis DBP (Zulaila, Nassarudin, Tiras dan Kholid) hanya Nassarudin sahaja yang menyatakan turut dihubungi.

Marwati memberi saya satu nombor dan satu nama, lantas saya menghubungi penama. Barulah dijelaskan rupa2nya majlis makan malam tersebut khas untuk penulis bersama editor. Penulis tersebut kesemuanya sudah pernah menerbitkan novel di DBP. O..., baru mak cik tau... saya tersenyum lebar. Tetapi 29 April, saya menerima kad jemputan. Saya semakin jelas maksud pertemuan itu.

Tepat jam 8.15 malam saya dengan ditemani rakan, melangkah ke DBP. Waduh... malu gila! sebesar dewan makan itu seorang pun saya tak kenal? semuanya penulis hebat2, orang besar2. Saya ni siapa ya? Saya bisik kan itu ke telinga rakan saya. Dia tersenyum sumbing seraya menjungkitkan bahu. Bibir mencebik juga. Katanya, 'kamu juga penulis... kalau saya rasa bangga sedang beriring menemani penulis tak kan kamu pula gentar?' Aduh, cara dia memberi semangat, semakin menjatuhkan keberanian saya. Saya jadi kera sumbang yang ketakutan.

Saya hubungi Nasarudin, jawapannya lagi mengecewakan. 'Saya tak pegi, adahal mustahak. Lupa nak beritahu awak.' Aduh... rasa secepatnya saya nak berangkat pulang. Mujur bagai pucuk di cita ulam pun datang... Puan Narimah (pernah bertemu di bengkel perolehan manuskrip DBP di PD) menyapa saya. 'Hai Ramlah... macam mana projek kita? Kalau dah siap, terus hantar ya?' Beliau bagaikan mengetahui isi hati saya lantas duduk semeja dengan saya, meski berselang dengan 2 orang lain, tapi saya rasa lega.

Tidak lama duduk, saya nampak kelibat Kak Sal, (penulis novel Memburu Mimpi). Lagilah saya rasa lega. Tapi dia duduk jauh... Tak mengapalah jauh, asal masih sedewan,bisik saya sendiri. Dia nampak popular di situ. Ramai yang menegur dan berlaga pipi dengannya. Saya terkedu, bermakna hanya saya paling kecil di tengah2 kelompok penulis besar itu. Hanya berkumam di hati saya, meski terus mengukir senyum, saya berusaha nampak berani. Sebenarnya saya takut.

Puan Narimah memperkenalkan saya pada 2 rakannya itu (editor), 'ini Ramlah Rashid, pernah menang novel remaja sempena Jupli Emas dan Sempena 50 tahun merdeka.' Saya hanya mengangguk sumbang, malu diperkenalkan begitu. 'O, nombor berapa?' berkerut kening ke 2nya. 'Bukan nombor berapa2, saya hanya sagu hati...' saya mencelah laju. 'Eh, dikira menang juga tu,' kata salah seorang editor itu. Mungkin jujur, mungkin juga sengaja mahu memujuk hati saya. Entahlah. Hati dia milik dia. Bukan hak saya untuk menceroboh melihat kejujurannya. Saya tak sempat bertanyakan nama mereka, malu nak berlebih2.

Akhirnya sebelum majlis tamat, saya berbisik rakan saya agar angkat punggung. Saya beritahu Puan Narimah, saya ada hal yang lain.

8 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Begitulah nasib penulis yang sudah banyak karya, malah menang anugerah pula. ...langkah kaki ini terlalu kerdil dirasakan berbanding orang-orang di dalam dewan besar itu, termasuklah ehmm... Kak Ila le..

Anonymous said...

Siapa yang adik maksudkan penulis yang sudah banyak karya tu? kak ila masih ciput... berbanding yg lain2. Karya mungkin sudah banyak berbanding penulis yang baru sikit karyanya, tapi agak kurang bermutu berbanding penulis2 yang tinggi mutu karyanya.

Abang Long said...

Salam hormat.

Jauhkan rasa rendah diri. Yang penting usaha gigih dah ikhlas untuk mencapai keredhaanNya. Dan bersama - sama berkongsi sesuatu yang baik.

Anonymous said...

ya, abang long. itu nasihat yang baik. akan kak ila kenang dan jadikan pegangan.

Butaseni@Wan Raja said...

come on kakak,bangga dengan apa yg kamu dah capai.

Anonymous said...

butaseni. Terima kasih, masih sudi ke sini. Akak cuma rasa bersyukur je. bangga jauh sekali.Masih terlalu jauh perjalanan ini. Karya baru sekelumit, ilmu baru setitis.nilai dan mutu sastera?hem... masih digelar picisan, pop. satu pengiktirafan yang menyakitkan.tapi tak apa... kita ada khalayak sendiri. itu yang penting. betul tak?

wanAmalyn said...

salam kak ila,

sekadar ingin memberi pandangan 1 sen wan... :)

Pada wan bukan kuantiti yang menjadi ukuran tetapi kualiti yang diambil kira. Tidak bermakna seseorang penulis yang menghasilkan karya dalam kuantiti yang banyak itu 'bagus' dan tidak pula bermakna penulis yang menghasilkan karya dalam kuantiti yang sedikit itu tidak bagus!! asalkan niat kita ikhlas untuk memberikan sesuatu yang berfaedah kepada pembaca, dan hasrat itu sampai terus ke hati pembaca.

sorry kak ila, wan memandai jer.. apa2pun wan suka dengan karya kak ila. Jangan mudah menyerah kalah pada cabaran yang mendatang.

Rasha_rz said...

salam juga wan.
ya, sebenarnya dalam hidup ini, kualiti dan kuantiti dua perkara yang hampir sama tetapi tidak langsung sama.namun ianya perlu seiring demi kepuasan semua. pengeluar dan pengguna juga.nasihat wan akan kak ila jadikan panduan dan pedoman.


Free shoutbox @ ShoutMix