Wednesday, May 7, 2008

VICE VERSA

entry-content'>

Sudah beberapa kali (minggu) saya menonton drama di tv3, VICE VERSA. Apa yang dapat saya simpulkan dari pemerhatian kolot dan cetek saya di bidang pengarahan dan skrip meski drama mahupun filem, drama arahan dan skrip oleh Aziz M Osman itu, MENARIK. Nampaknya pengarah serba boleh itu semakin berwibawa. Kita tak usah bergosip pasal rumah tangganya, penghidupannya atau apa sahaja yang menjadi peribadinya. Cukuplah MELODI dan majalah hiburan, buat kerja mereka. Kita hanya tonton dan dengar jika suka. Apa yang patut kita borak2 kan di sini, kebolehan dan sensitiviti beliau dalam hakikat kehidupan.

Selain itu apa yang saya nak berkongsi di sini, sudah lama saya tidak menonton cerita yang saya nanti2kan siarannya. Kini saban minggu (Selasa 11 malam) saya turut menjadi penonton setia. Komputer saya tinggalkan, buku bacaan juga saya abaikan. Hanya memandangnya apabila iklan berselang. Cukup menarik olahannya mahupun skripnya. Ini lah skrip yang benar2 mewakili khalayak. Sebuah rumah tangga, persahabatan dan cabaran kehidupan di dunia yang serba nazak ini.

Dalam tertawa dan tersenyum dengan jenaka spontan dan dialog2 pelakon2 handalan, sebenarnya kita mentertawakan diri sendiri. Mereka itu adalah kita. Tak percaya? Cermin diri kita, bukan dengan cermin muka atau air yang tenang, tapi dengan mata hati.

Ha... benarkah wanita banyak berimeginasi? lelaki pentingkan realiti dan langsung tak peka?
Benarkah wanita lebih gemar menjala mimpi berbanding lelaki berpijak di bumi yang nyata?
Benarkah wanita lebih banyak meminta dari lelaki yang sekadar cukuplah asalkan ada?
Benarkah wanita gemar dimanja, dibelai dan dipuja berbanding lelaki tak kisah itu semua?
Entah, ya?
Jawapannya mesti berbeza. Lelaki di pihak mereka dan wanita di pihak mereka. Benarlah kata VICE VERSA.
Cinta tanpa wang, rumah tangga purak peranda
Mencari wang tanpa sempat menganyam cinta, hidup kosong, akhirnya juga purak peranda
Cari wang, anyam cinta... masih belum berjaya menjamin bahagia selamanya. Bangsa jadi penggoda.

Mungkin VICE VERSA hanya sebuah cereka. Tapi ianya mewakili semua. Adalah tidak adil jika kita menolak semua bentuk hiburan dan menganggapnya membazir masa, perosak minda.
Kepada yang belum pernah menontonnya kerana ianya disiarkan larut malam, cuba2lah di lain minggu. Jika anda menolak dakwaan saya ini, bermaknalah anda tidak normal / hipokrit dalam kehidupan.

Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakannya.



10 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Cerita untuk diambil pengajaran. Cerita juga berbeza tujuan tontonannya, mengikut baju yang masing-masing pakai. Jika baju penonton umum, mungkin sekadar hiburan, dan sedikit emosi yang mahu dirasa. Jika baju pengarah, mungkin sudut kepengarahan dan penceritaan yang mahu dilihat. Jika baju penulis macam Kak Ila, mungkin nak cari idea untuk kembangkan lagi jalan cerita sendiri..mungkin.

kak ila said...

Waalaikumsalam mya marja.ya, pelbagai fesyen baju dan pelbagai saiz untuk kepuasan pelbagai jenis si pemakai. begitu juga kak ila dan adik. kak ila melihat dari sudut kepengarangan pernovelan,wanita,isteri dan ibu. adik menilai dari sudut kepengarangan puisi,lelaki,guru dan... entah ya? apa2 pun pastinya berbeza.

mohamadkholid said...

saya tengok juga, baru sekali dua - nampaknya dalam hidup manusioa hubungan memang penting... dan universal

kak ila said...

ya adik. sebaiknya isteri toleh ke kanan, pandang suami. apakah suami berpuas hati dgn layanannya. suami juga toleh ke kiri, pandang isteri, apakah isteri berpuas hati dengan layanan suami? kesimpulannya, wang dan cinta harus seiring dengan tanggungjawab dan pengetahuan kekeluargaan.AGAMA! jawapan yang tepat.

Abang Long said...

Yang penting adalah PERSEFAHAMAN.

butaseni said...

best ka?kena tengoklah macam ni hehe

Purpleheart said...

Cerita ini mewakili pemikiran lelaki dan wanita. Bila tengok part perempuan, rasa nak tahu pula dari sudut lelaki. So far tak pernah tinggal tengok cerita ni walaupun esok final exam.

tapi seminggu dua ni tak dapat nak ikut dah sebab mata ni dah mengantuk bila pukul 10.30 malam..

Rasha_rz said...

Ya abang long. memang persefahaman yang penting... tapi untuk mencapai persefahaman yang meksima bukan sehari dua atau sebulan dua, malah setahun dua pun masih tidak berjaya. jawapan yang tepat, bertahun2... perkahwinan ibaran dua jiwa di dalam satu kepompong, semua fikiran dan perasaan pasangan mesti di dalam genggaman. barulah bersepahaman namanya.abang long dah berapa tahun?mesti berpengalaman.tahniah

Rasha_rz said...

butaseni, terima kasih kunjuan adik. tengoklah.sesekali kita kena tonton air tangan anak bangsa kita,jangan nak tengok drama seberang je...
ada banyak ilmu rasanya di dalam drama tu.

Rasha_rz said...

Purpleheart, hai.lama rasanya kita tak sembang, ya. terima kasih kunjungan adik.berhibur2 juga, jangan abaikan pelajaran. Aziz M Osman dah tentu berjaya di lapangan dia,dia tidak akan membantu orang yg gagal... hehehe... selamat berjaya dalam final exam


Free shoutbox @ ShoutMix