Monday, May 19, 2008

Pelancaran Novel Antasya Balqis / KAKINOVEL

entry-content'>

Semalam berlangsungnya pelancaran novel rakan penulis saya - Antasya Balkis (Novel SUATU PENANTIAN) di Berger King KLCC. (Tahiah). Majlis berlangsung meriah meski sederhana. Ramai rakan blogger turun padang, begitu juga peminat Antasya. Saya dimaklumkan Puan Nor Suraya perkara tersebut dan turut mempelawa saya bersamanya. Selang sehari dari pelawaan itu saya menerima undangan dari wanAmalyn melalui email. Saya tertanya2 apa kaitannya pemblogger ini dengan KAKINOVEL?(kening berkerut). Saya membuka web KAKINOVEL. Langsung tidak terdapat nama wanAmalyn di atara staf syarikat itu.(kening masih berkerut) Ah, pedulilah, nanti pun tahu juga (tersenyum riang).

Tepat jam 10.10 pagi, saya sampai dengan ditemani kakak saya dan Hana, seorang rakan penulis (baru hari itu ketemu meski sudah lama kenal suara). Antasya menyambut kami, ramah. Saya diperkenalkan pada Rizal, baru itu saya kenal dia. Seorang lelaki muda dan kacak. Ramah orangnya. Terima kasih kerana sudi menjemput kak ila, kata saya membuka mukadimah padanya. Dia hanya mengangguk.

Di dalam, sudah ramai duduk santai sambil berbual sesama sendiri. Ada beberapa orang yang saya kenal tapi ada juga yang agak samar2 dan yang tak kenal langsung pun ada. Segan juga saya. Seperti biasa, saya mudah nervous dan malu sangat namun mereka semua ramah2. (Terima kasih semua). Untuk saya sebut satu persatu nama mereka, terlalu ramai, takut ada yang tertinggal. Cukuplah saya katakan, terima kasih pada semua yang hadir. Saya tanyakan pada Rizal, kemusykilan yang timbul, 'blogger's memberi sokongan pada KAKINOVEL'. Jawal Rizal, tenang. Baru saya faham.... (tersenyum lebar). Terharu sungguh dengan kerjasama mereka.

Satu lagi yang tidak disangka2, ramai yang datang bersama novel2 saya! Waduh... teruja benar saya. Terima kasih lagi pada semua pembaca dan penggemar novel kak ila (saya tidak gemar menggunakan jenama peminat kerana saya rasa tidak ada apa2 pada diri saya yang memungkinkan saya diminati). Tidak ada langsung. Karya juga masih sedikit, berbanding novelis yang lebih mantap.

Dalam senyum dan tawa saya melayan kemesraan mereka, rasa terharu sangat (dalam hati menangis. Terharu dan teruja).Inilah saat yang paling tidak saya jangkakan. Dalam kesibukan Antasya menandatangani novelnya, saya turut diminta menandatangani novel saya yang dibawa khas oleh mereka. Mesti berat beg, kan? Tapi rakan2 pembaca sanggup memikul 5 ke 6 buah novel saya. (Terima kasih sekali lagi). Keprihatinan kawan2, akan saya jadikan pendorong untuk terus menghasilkan yang terbaik. Benarlah kata rakan penulis (senior) 'untuk mengukir nama di persada pernovelan, bukan dengan hanya 1 ke 2 novel, tapi lebih dari itu baru kita dikenali.' Kini selepas ada 9 novel (7 di pasaran), baru saya dikenali dan gaya penceritaan saya diterima umum. Terima kasih semua.

10 comments:

wanAmalyn said...

salam kak ila,
seronok dapat jumpa kakila semlm. Insyallah kita pasti akan jumpa lagi di lain masa... mana tau di waktu buku baru kak ila nak klua nanti?? apa2pun tak sabar nak tunggu buah tangan terbaru itu... wan pasti akan dapatkan nya!! & jgn lupa bagi tahu... bleh wan war2kan kat blog UB *wink*

Rasha_rz said...

salam juga untuk wan.
kak ila juga seronok tak terhingga dapat jumpa wan dan kawan2 yang lain. sungguh tidak diduga kak ila dapat kenal ramai kawan2 baru. ceria, ramah dan baik hati. sebenarnya sebelum ke sana, kak ila bimbang sangat. memandangkan ramai bloggers ada di majlis Antasya dan pastinya ramai lagi penulis yg hebat2 turut hadir. kak ila merasakan, siapalah diri ini. tapi rupa2nya teman2 semuanya berlainan dari yang kak ila sangkakan.
terima kasih yang tak terhingga di atas undangan....

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Kak Ila memang dikenali. Ish, bilalah nak habiskan baca novel Kak Ila ni! Teruskan menulis, dan saya akan mendapatkannya kalau terjumpa..he he. (Beli sahaja, bacanya entah bila..)

kak ila said...

cikgu disuruh membaca karya kak ila, bukan dipaksa membeli dan peruk... ini nak marah kat budak ni! nak kena rotan baru nak baca ya?
(hehe, kak ila faham. orang muda banyak nak buat. nak pujuk itu, nak pujuk ini... mana ada masa nak pujuk minda sendiri, kan? apa2 pun ambil masa terluang cikgu untuk menghayati KABUS SENJA)

hafizpaijo@epit said...

selamat berjumpa di alam siber....teruskan usaha untuk meluahkan pendapat peribadi...

Abang Long said...

Salam hormat. Yang penting USAHA dan TAWAKAL. Selebihnya urusan Allah.

alaf21fc said...

TERUSKAN PERJUANGAN ! Kuatkan TEKAD !

sf said...

jmput ke DBP pada 7/6 kalau kak ada kelapangan, pelancaran novel warga KEPEZI, sy bikin konsert gendang hari tu nanti ... heheh

Serunai Faqir aka SF said...

dengar cerita malam KARYAWAN tu ada bau2 politiks skit ...hehehe

kak ila said...

hafizpaijo@epit, abang long dan ahli alaf21fc. thank's sudi ke sini walaupun tak ada N3 baru.dan terima kasih juga semangat2 yg kawan2 suntikkan.
sf, terima kasih undangan adik. teringin juga nak hadir, tapi... tak dapat rasanya sebab... nak jumpa mb. hehehehe...
ada bau politik ke?macam mana sf tahu? sebab mereka pembang?kalau mb dari negeri yg masih di bawah tut.. tak berbau ye? apalah adik ni. biar apa bau pun, kan baik kita dengar dan lihat sendiri?yang baik jadi kan panduan, kalau buruk, sempadan kan. barulah jadi rakyat yg mampu memajukan negara dan bangsa.wkha...
p/s panjang pulak mokcik melalut. apa2pun tahniah dik.


Free shoutbox @ ShoutMix