Kali ini saya tidak hendak bercakap pasal pembikinan mana2 cerpen, novel saya / novel sesiapa. Drama dan filem juga tidak. Habis, pasal apa?
Pasal tajuk di atas. (MALAM KARYAWAN II)
Pada awalnya saya terperanjat dengan undangan itu. Sekeping kad undangan berlogo (berkerut kening). Lama juga saya fikirkan. Kenapa saya? Siapa saya? Saya tidak pernah menyertai mana2 persatuan penulis selain persatuan Anak2 Perak dan persatuan2 kecil di tempat kerja, sekadar memenuhi ruang aktiviti di dalam SMPK. Sedang menggaru2 kepala, kening dan telinga, saya menerima panggilan.
"Boleh saya bercakap dengan Ramlah Rashid?"
"Ya, saya bercakap.""Boleh saya bercakap dengan Ramlah Rashid?"
"Saya (tak perlu namanya disebut), ingin membuat pengesahan kehadian puan ke majlis malam karyawan."
"O, ha. Saya memang sendang memikirkannya. Macam mana boleh saya menerima jemputan ni? saya bukan ahli karyawan / mana2 persatuan penulis."
"Saya kurang pasti, tapi nama puan tersenarai dalam senarai tetamu."

Saya pun bersetuju pada dasarnya... walaupun belum berbincang dengan sesiapa. Saya fikir baik juga saya lihat dan dengar sendiri. Bila bertanya suami, katanya "pergilah. Awak kan pengkarya? Pengkarya dan karyawan kan tak jauh?" Dia tersenyum saya tersenyum. Malam yang dijadualkan, saya pun bersiap seadanya dan bertolak sebelum maghrib. Solat di surau berhampiran dewan Jubli Perak tu...
Terus pada apa yang ingin saya ceritakan :
Majlis berlangsung sederhana tapi meriah. Ramai juga otai2 sasterawan yang diberi penghormatan. Saya hanya merenung dari kejauhan. Tetamu punyalah ramai, sebesar ruang dewan itu, sesak dengan tetamu tapi masih teratur. 1 meja 9 orang, penuh berisi. Makanan? masakan Melayu, bukan masakan kampung tapi ala2 hidangan majlis kahwin.
Yang menarik dan mahu saya kongsi di sini ialah : selain Puan Aina Emir yang kebetulan semeja dengan saya, yang lain2 asyik berbicara pasal politik. Saya yang berselang 2 kerusi dengan Puan Aina Emir, tidak berpeluang berbual tentang kerja kita (kepengarangan). Kami hanya bisu tetapi tidak pekak, sesekali bertukar senyuman. Kalau sekarang ini demam bola - tidur bola, makan bola, minum bola, malam itu serba serbi politik. Tetamu2 khas yang diberi ruang utk berucap, sama seperti majlis2 lain. Berbicara tentang tema majlis. Pastinya malam itu tentang karya. Karya yang bagaimana bagus, terbaik dan membimbing. Pelbagai ransangan diberi kepada penggiat seni. Saya akur dan bersetuju pendapat mereka. Tapi tetamu2 lain (khususnya semeja dengan saya) Aduh...
Bukan sakit telinga, rimas juga bukan, benci jauh sekali, tapi... entahlah. Mungkin kumpulan sasaran (para jemputan) kurang tepat. Bayangkan 7 dari 9 orang di meja saya, ternyata langsung tidak berminat dengan karya/seni. Apabila puisi Pak Samad dibacakan di pentas, dengan syahdunya, usahkan menghayati ketinggian mutunya, masing2 tertawa perlahan, memperolokkan bait2 yang sedikit asing bagi mereka. sketsa yang dilakonkan juga tidak langsung difahami. (Itu yang di meja saya dan Aina Emir, di meja lain saya tak tahu)
Tapi rasanya tidak sesuai untuk saya bincang atau perkatakannya di blog saya yang bersih ini. Saya baru sekali ini tercampak dalam program2 sebegitu, sama ada oleh kumpulan yang sudah lama berkuasa mahupun yang baru berkuasa. Rasanya berkarya lebih baik, lebih menyeronokan dari senaman bibir mencecer pasal...
p/s. Benarlah kata sesetengah orang, yang di atas kurang bercakap, banyakkan kerja. tapi pengikut, tak lenguh2 mulut mengomel, mengalahkan YB-YB. Pendek kata semua pemimpin mereka tahu dan kenal. Waduh... letih!

No comments:
Post a Comment