Tuesday, June 10, 2008

Novel AKU CINTA KYRA

entry-content'>

Sudah lama rasanya saya tidak berbicara pasal novel terkini / baru. Ramai juga yang tertanya2, bila novel ke 8 saya akan terbit. Nah, bulan ini akan bergerak dipasaran AKU CINTA KYRA. Masih dengan BUKUPRIMA dan ditangani oleh gadis kecil molek - Siti Aisyah. Saya sudah melihat covernya, tapi kalau kawan2 nak tengok tapi belum terjumpanya di pasaran, nanti akan saya paparkan di dalam 'Novel2 Ramlah Rashid' di blog ini juga tetapi di pintu yang lain. Cuba2lah menjengah ke sana. Insyaallah... Untuk kali ini saya hanya akan bercerita tentangnya, cover nanti dulu.

Cerita berkisar tentang masyarakat juga, percintaan sudah semestinya kerana kehidupan, bunga2nya adalah cinta. Seperti di sebuah taman, jika tidak dihiasi dengan daun2 menghijau dan bunga2 berkembangan, bagaimana rupanya? Panas, gersang / membosankan. Tetapi cinta yang bagaimana? itu yang saya jalin di dalam AKU CINTA KYRA. Apakah semua cinta itu halal diranduk? enak dijamah? itu juga benang2 jalinan di dalam AKU CINTA KYRA. Saya tidak mahu mengajar masyarakat bagaimana untuk bercinta kerana saya hanya insan biasa. Tetapi rasanya sebagai seorang wanita, isteri dan ibu muslim, rasanya baik juga saya memberi sedikit ilmu bagi membantu masyarakat terutama yang gemar membaca bahan bacaan sebegini. Seperti kata ramai ulama', jika kita mengetahui 1 huruf maka kita ajarkan huruf itu. Begitu juga saya di dalam AKU CINTA KYRA. Sedikit ilmu cinta dan sedikit ilmu kesihatan. Bagi yang sudah maklum dan lebih mengerti dari saya yang ilmunya sekelumit ini, anggaplah novel ini sekadar hiburan santai bagi melerai lelah seharian bekerja. Dan, bagi yang belum jelas, mudah2an ianya dapat menjadi ilmu bantu.

Selain itu, sumbang mahram semua sudah maklum akan akibahnya. Nauzubillah. Mudah2an kita terpelihara dari hasutan si buruk itu. Pemeliharaan anak angkat juga tidak ditegah agama kita, tetapi perlu mengikut alur tertentu. Cara pergaulan antara adik beradik angat berlainan jantina dan anak beranak angkat juga mempunyai peraturan tertentu. Islam itu sudah cukup cantik, tinggal kita mentaatinya sahaja. Kasih sayang juga akan menjadi cantik dan wangi jika betul cara menghayatinya. Itu yang menjadi intipati AKU CINTA KYRA. Dengan kehalusan sulamannya, saya harap AKU CINTA KYRA dapat diterima seadanya dan tidak sama sekali menyinggung perasaan sesiapa. Pun begitu, segala bentuk kritikan sama ada membina atau sebaliknya, tetap akan dilayan. Terserah pembaca mahu mengkritiknya bagaimana, seperti juga kebabasan saya melakar watak dan jalan cerita mengikut citarasa saya.

Akhir sekali, dapatkan novel AKU CINTA KYRA.


6 comments:

Najwa Aiman said...

Emel le ke beta gambor covernye. Boleh teman iklankan... hehehe...

Abang Long said...

Salam hormat buat Kak Ila, novel yang ke 8 ya ... hmmm

MYA MARJA said...

Tahniah! (8X8)... :)
Tak jemu dan tanpa henti nampaknya novelis kita yang ini menghasilkan karya. Pastinya dengan semangat bernyala-nyala: nyala rasa. Setiap novel Kak Ila mesti tebal-tebal. Yang ini pun setebal novel sebelumnya ya..(buat sakunya pun tebal.. :P )

kak ila said...

najwa & abang long, terima kasih sudi ke sini. Ya ke 8 abang long,susah benar nak mencecah yg ke 10 macam penulis lain.mudah2an sebelum bersara,sempat 20. kehkehkeh. itu angan2, mdh2an jadi kenyataan.
mya marja... tebal tu taklah berapa tebal, tapi lebih kurang KABUS SENJA juga lah.& ketebalan novel tak boleh menjadi ukuran ketebalan saku. mungkin ada penulis malaysia yg berjaya menebalkan saku dgn hasil penulisan, tapi kak ila masih terlalu jauh...... & tak berangan pun...

Mersik said...

Wahh... ada buah tangan terbaru rupanya. Tahniah daun keladi buat Kak Ila.. Banyak2 keladinya hu huu

Semoga garapan yg terbaru ni akan lebih ngetop , hits, da bomb , lemak berkrim dan disukai ramai.. hik hik..

Rasha_rz said...

buah tangan untuk penggemar novel pokcik... kalau sudi, hayatilah dan komen sikit. sikit je, jangan bebanyak. takut...


Free shoutbox @ ShoutMix