Monday, June 16, 2008

Kembali ke novel QASEH QAISY.

entry-content'>

(Tersenyum senget). Saya tak hendak bercakap panjang lebar pasal novel di atas sebab rasanya ramai dah bosan mendengarnya. Nanti ada yang mencebir, kata 'macamlah bagus sangat novel dia'. Tapi disebabkan permintaan teman2 dan pembaca novel QASEH QAISY, saya tebalkan muka dengan senyum malu.

Sebenarnya QQ muncul lagi di blog ini demi meleraikan sedikit kemusykilan pembaca. Dengarnya ada keraguan di atas logik ceritera QQ. Sebenarnya sewaktu menerima komen seorang pembaca berkenaan itu, saya sudah menarik nafas panjang. Dalam hati mengiakan kata2 teman penulis senior. TIDAK SEMUA ORANG MENYUKAI CERITA KITA DAN GAYA PENULISAN KITA. TAPI, RAMLAH MESTI INGAT 1 PERKARA - MENGARANG HAK KITA, MEMBACA DAN MENERIMA ADALAH HAK PEMBACA. TERIMALAH SEGALA KRITIKAN DENGAN HATI TERBUKA DAN BERLAPANG DADA. Itulah pesanan rakan penulis senior yang sudah saya anggap guru (c fu). Saya akur. Dan katanya lagi... SEBELUM MENGARANG SESEBUAH CERITA, FIKIRKAN KEMUNGKINAN SOALAN2 YANG AKAN DIKEMUKA PEMBACA. TIDAK KIRA NOVEL SASTERA / NOVEL POPULAR, PASTI ADA PERSOALAN YANG AKAN TIMBUL. Jadi saya berpegang kepada prinsib : JIKA TAKUT DILAMBUNG OMBAK, TIDAKLAH SAYA BERUMAH DI TEPI PANTAI. Bertolak dari nasihat dan prinsib itu, saya tersenyum tat kala menerima komen pembaca. Tidak marah, malah berasa lega, sekurang2nya pembaca tidak hanya mengangguk mendengar dongeng saya, sebaliknya memikirkannya. Alhamdulillah...

Baik, kembali pada persoalan logiknya sesuatu cerita, khususnya di dalam QQ. Ada pembaca bertanyakan, logikkah pembedahan plastik yang dilakukan Lili Syakira di England. Di bawah ini saya perturunkan sedikit sedutan yang mungkin menyebabkan pembaca ragu2 akan logiknya.

“TZ adalah Pamilla atau Pem dan turut dipanggil Veolyta. Nama sebenarnya Lili Syakira, berasal dari Johor dan mempunyai wajah mirip Tengku Zurin. Hanya mirip, bukan terlalu menyerupai tetapi dia melakukan pembedahan kosmetik di London. Dia mengubah bentuk hidung dan dagu. Kelopak mata juga dibentuk agar menyerupai mata Tengku Zurin yang galak dan bersinar. Bibir turut dibentuk dan tahi lalat di bawah bibirnya dibuang.”


“Bolehkah perkara sebegitu dilakukan? Rasa tak percaya, dia benar-benar menyerupai anak perempuan saya.”


“Kenapa tidak, England sebuah negara maju. Sedangkan di Malaysia sendiri sudah ramai yang melakukan pembedahan kosmetik di hospital tempatan untuk tujuan kecantikan. Cuma di sini tidak dibenar menukar rupa wajah seperti yang kita kehendaki lebih-lebih lagi menukar kepada rupa wajah orang lain. Perbuatan itu sudah dianggap jenayah berat..”


Maaflah membuat anda semua bosan membaca N3 yg panjang ini sedangkan mungkin sesetengah pengunjung sudah menemui perenggan di atas di dalam novel QQ. Saya sedar akan semua itu, tapi demi memberi lebih jelas, saya terpaksa melakukan copy & paste dari novel QQ sendiri.

di antara alasan saya :
1) Logik di dalam novel. Hanya cerita yang direka untuk menyedapkan cerita.

2) Kan saya kata wajah Lili Syakira mirip TZ? Dalam kamus dewan m/s 893, 'mirip bererti hampir sama / serupa, menyerupai benar.' Jadi mungkin kulitnya sama, betuk tubuh juga serupa, hanya organ di dalam mukanya yang sedikit dipinda.

Di hospital2 swasta di negara kita ini juga terdapat pembedahan plastik begitu malah mungkin si musykil tidak tahu, proses menegangkan kulit wajah yang sudah kendur juga sering dilakukan dalam pembedahan yang hanya memakan masa kurang 7 jam. Tetapi bayarannya terlalulah amat mahal. Jika bukan kerana sebab2 tertentu, tidak mungkin ada yang mahu melakukannya. Saya membuat sedikit kajian dari pakar2 pembedahan plastik terutama kosmetik sebelum memperturunkan idea itu di dalam novel saya. Itu adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar2 belaka. (ceh-ceh, dah macam dalam mahkamah lah pulak)


Dan, di negara barat teknologi mereka jauh lebih canggih dan terbuka. Dan, pernah dengar tak, perundangan negara mereka pernah memikirkan untuk meluluskan proses klon manusia? Itu lagi bahaya, tapi apa boleh buat, mereka berpegang kepada hidup ini sekali, tidak ada kehidupan selepas mati. Syurga dan Negara malah Padang Mahsyar dan hisap. Pasal itu jangan ditanya saya (tersenyum lagi, menggeleng juga), saya tak tahu dan belum lagi membuat kajian. Tunggulah novel akan datang, akan saya perturunkan soal itu pula. Insyaalah....

Promo : DAPATKAN NOVEL ACK, tidak ada yang tidak logik melainkan yang logik2 belaka.
kehkehkeh....


10 comments:

Abang Long said...

Salam hormat buat kak ila.

Kalau hendak diukur LOGIK. Berita Perdana pun ada berita yang tidak masuk akal.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Teruskan menulis Kak Ila. Tahniah lagi! Saya suka gaya bahasa Kak Ila yang simbolik sewaktu mengungkapkan sesuatu peristiwa, walaupun gaya bahasa simbolik itu bukan pada keseluruhan sesebuah novel. Membekas!

Anonymous said...

Waalaikumsalam dan salam hormat juga buat adik2 yg tak pernah jemu beri semangat. terus terang, kak ila sayang awak semua.sejak mula kak ila bukak blog ini sampai sekarang, tak jemu2 bertamu. berucap tahniah dan kata2 pransang. terima kasih sekali lagi. tetiba rasa terharu pulak. (mujur tak ada mutira yg cicir di pipi) aduh...
benar2 nyala rasa, ya cikgu?

Butaseni@Wan Raja said...

akan ku beli :D

Anonymous said...

adik BS... beli saja tak guna, kena baca dan hayatinya. carilah ketidak logikan di dalam karya itu. selalunya org yg buta pada seni sering ternampak kelemahan sesebuah karya, oleh itu lakukan rumusan sendiri atau nyatakan pada kak ila.
kita jumpa nanti di pesta buku selangor, insyaallah 27.7.08

Butaseni@Wan Raja said...

mestilah saya baca.sebab tajuknya best.macam cerita prof razak muhaideen hehe

Anonymous said...

adik butaseni. dah baca ke belum? blh hayati tak? any comments majukan segera sebelum kak ila ulas tetang Aku Cinta Kyra pulak. lepas ACK nanti akan muncul Lestary. tunggu.........

Hani Fazuha said...

Kak Ila, ini buka yang paling saya suka. Ulang baca..ulang baca dan ulang baca hehehe

Hani Fazuha said...

Opss..silap taip, buku bukan buka kahkahkah....

Anonymous said...

hai hani, assalamualaikum adik. terima kasih sudi kunjung ke sini. terima kasih juga sudi membaca novel QQ & tahniah terbitnya novel adik. kak ila belum sempat mendapatkannya, tapi nantilah, memang nak cari juga ni. tahniah sekali lagi. semoga berjaya


Free shoutbox @ ShoutMix