Wednesday, July 9, 2008

Kembali kepada NOVEL KABUS SENJA

entry-content'>


Assalamualaikum.
Selepas QQ melakukan come back di ruangan ini (sebelum N3 ini) kini novel Kabus Senja (KB) juga karya Ramlah Rashid dipersoal. Saya tersenyum lagi. Alhamdulillah, ucap saya perlahan. Mungkin ada yg marah jika novelnya dipersoal begitu, tetapi tidak bagi saya. Saya sentiasa terbuka dan menganggap inilah anugerah yang harus saya terima selepas penghasilan novel2 sama ada sastera mahupun popular. Pernah saya mendengar pengarang menjawab begini : Suka hati saya hendak membentuk watak2 di dalam novel saya bagaimana, sebab novel itu hak saya dan saya mengarangnya.' Wah, kasar benar, fikir saya. namun saya hanya diam. Terserah kepada hati masing2. Bagi saya... ini jawapan kepada persoalan yg ditimbulkan berkenaan KB

Soalan pembaca : Saya sudah membaca KB 2 kali. Best... Tapi.

Reaksi saya : (Tersenyum dgn ucapan terima kasih) Tapi kenapa?

Pembaca : Saya tak gemar watak Syafik berlebihan sedangkan sepatutnya Cikgu Nawawi yg lebih menonjol dan berada di sisi Norain di dalam senang dan susah. Sebaliknya Cikgu Nawawi sebagai suami, membiarkan isterinya berendam air mata, jahatnya! (emosional)

Saya : Kenapa?

Pembaca : Sebab Cikgu Nawawi kan watak utama dalam novel tu? tetapi nampaknya seperti Syafik pula menjadi watak utama. Menyalamatkan Norain. Membantu Norain berlebih2an.

Ha.... (saya mengangguk2 seraya terus tersenyum) Terima kasih. Saya tidak menjawabnya tika itu, hanya memohon maaf dan berjanji dilain kali akan lebih berhati2. Tetapi inilah jawapan sebenar saya dan saya tujukan jawapan ini kepada semua pembaca / penggemar novel saya :

Sebenarnya itulah yg saya mahukan. Rasa marah itu menunjukkan kail saya sudah mengena. Kenapa? Sebab... di dalam novel KB saya melahirkan 3 watak utama. Norain, Cikgu Nawawi & Syafik. Ke 3-3nya kuat. Tetapi pada Norain saya amanahkan utk membawa pembaca mengenali kesemua watak dan latar. Ia bergolek dengan sekata, langsung tidak belakukan pilih kasih. Saya yang menjaganya. Tetapi watak antargonis / protagonis sering beriring dengannya. Masing2 mahu mengatasi antara 1 sama lain utk menarik perhatian saya. Saya tetap saya, tidak langsung terpengaruh.Terus membiar mereka berlumba sendiri.

Dan terserah pembaca mahu memberi watak antargonis kpd Syafik /Cikgu Nawawi dan sama ada watak Protagonis itu milik Cikgu Nawawi / Syafik. Sebagai pengarang, saya tidak mahu berat sebelah, dalam ertikata lain terlalu kejam pada satu2 watak dan menyayangi 1 watak yg lain. Terserah watak itu sendiri mahu bagaimana. Nasib Syafik baik, berjaya menonjol tanpa disengajakan pengarang. Dan malang bagi Cikgu Nawawi dikecam pembaca meski diawalnya dialah sebagai jagoh. Cikgu Nawawi berjaya menunjuk kewibawaannya menyelamatkan Norain sewaktu gadis itu terumbang-ambil & tika Syafik dan Farisya masih di alam remaja. Waktu itu Syafik dibentuk sebagai watak yang mementingkan diri sendiri. Namun ujudnya watak Norain, gadis serba boleh dan dibentuk begitu halus, telah berjaya menolak Syafik ke tepi lalu Cikgu Nawawi mengatasinya. Di situ Cikgu Nawawi menang.

Pun begitu, masa berlalu. Mana mungkin seorang remaja terus dengan sikap panas barannya sewaktu menginjak ke usia dewasa, kan? lebih2 lagi Syafik seorang peguam Syariah. Pasti sudah matang, tidak ke anak2an lagi. Sementara Cikgu Nawawi kekal begitu, dengan kedewasaan dan kematangan yang sekata. Di situ dia tewas, bukan pengarang menghendakinya begitu tetapi kewibawaan Syafik yang juga pernah diajar gurunya agar bersikap matang. Dengan tunjukajar seorang guru yang petriotik, Syafik telah menjadi insan kamil. Menghulur bantuan tidak langsung mengharap balasan. Demi sahabat dan isteri bekas gurunya.Bukankah jasa guru harus dikenang hingga ke akhir hayat? Itu yang dipegang Syafik.

Tetapi saya tidak mahu memperlekeh sifat yang sepatutnya dimiliki seseorang guru. Mana mungkin seorang guru bertindak sezalim itu pada isterinya yang pernah menjadi anak muridnya, iyakan? Tetapi guru juga kan manusia biasa? punya hati dan perasaan. Tidak salah jika guru jatuh cinta, berumah tangga dan mempertahan kebahagiaannya. Tetapi di dalam menjejak kebahagiaan yang semakin diambang kemusnahan, Cikgu Nawawi tergelincir. Sebagai insan yg lemah, Cikgu Nawawi juga tewas dalam memenangi hati pembaca. Sebaliknya sifat mulia yg ada pada Syafik yg kebetulan tinggi ilmu agamanya, bangkit membantu kekasih lamanya dgn penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan yg tidak perlu dipertikaikan.

Begitulah ulasan saya, saya percaya tidak semua pembaca marah pada kehebatan watak Syafik. Saya pernah menemui seorang pembaca KB yg katanya dia cukup tersentuh dgn kemurnian jiwa Syafik. Tetapi tidaklah sampai dia memarahi Cikgu Nawawi yg tampak begitu mementingkan perasaan sendiri. Katanya Cikgu Nawawi tersepit, kesian dia. Dan... kesian Syafik juga. Katanya lagi, 'saya menganggap Syafiklah hero dalam KB.'

Terkedu saya seketika. Begitu sekali pembaca memahami dan menjiwai. Akhir sekali, terima kasih semua dan dptkan AKC.

8 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

bila nak buat skrip kak ila?

Abang Long said...

Ulasan dari penulis 'kedengaran' menarik. Tapi, novel ini belum berada ditangan lagi.

Anonymous said...

hai adik butaseni...
utk pengetahuan, kak ila pernah mengikuti kursus penulisan skrip sekitar tahun 1995, tapi entahlah, rasa tidak memberi kepuasan yg maksimum.Rasanya skrip dan novel jauh... sgt beza. skrip seakan perlu berkumpulan & ramai yg mengenali, berbanding nvl, tak perlu ada yg mengenali diri ini. tapi kita boleh berbincang lagi.demi seni, kak ila bersedia

Anonymous said...

dan abang long, kedengaran menarik ya? alhamdulillah. tapi kadang2 orangnya tidak segah karyanya dan karyanya tidak segah ulasannya. terserah kepada menerima. terima kasih sudi ke sini. jumpa lagi nanti.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Membaca novel sebagai pembaca semestinya ingin emosi diri disentuh, tersentuh, terbawa. Membaca novel sebagai penulis, yang dilihat adalah jalan cerita, garapan, dan luahan pemikiran yang mahu disampaikan oleh pengarangnya. Demikian adanya bagi diriku. Tahniah, Kak Ila! Terus berkarya...

Butaseni@Wan Raja said...

ya jom bincang hehehe

Rasha_rz said...

waalaikumsalam mya marja...
Kak ila setuju sangat, sebagai penulis yg juga pembaca memang 2 perasaan yg beda. pun begitu, kak ila sentiasa mahukan novel yangmenunjukan kematangan penulisnya walaupun rasanya kak ila masih lemah untuk menonjolkan kematangan.sebab itu kak ila masih mahu menimba sebanyak mungkin ilmu.
terima kasih sekali lagi

Rasha_rz said...

adik buta seni. terima kasih sudi mampir dan sudi mengunjur perbincangan berkenaan emosi dan novel. jom? bincang ramai2


Free shoutbox @ ShoutMix