Assalamualaikum. Baru ini saya berkesempatan berbual berkenaan novel terbaru saya di pasaran (ACK). Sinopsisnya? Untuk itu, anda boleh membacanya di blog saya di sebelah (Novel2 Ramlah Rashid). Kalau panjang sangat di sini, nanti bosan pulak. Tak habis baca, pengunjung terpaksa melewatinya untuk masuk ke pintu orang lain. oleh itu di sini saya hanya mahu bercerita tentang penerimaan umum pada novel ini (ACK).
Setelah 2 bulan ianya bergerak di pasaran, dari tangan ke tangan, akhirnya saya pun menerima maklum balas dari pembaca. Ada yg suka dan ada juga yang berduka. Itu lumrah dalam dunia penulisan dan pembacaan. Terus terang saya mengucapkan terima kasih pada semua. Pada yang suka, syukur alhamdulillah dan semoga ada sedikit ilmu bantu yg boleh dikutip dari ACK. Dan kepada yang berduka sewaktu membacanya, yang marah2 dan tidak berpuas hati, saya memohon berjuta kemaafan, pun begitu berterima kasih juga. Kenapa? Kerana Jika tidak dihayati ACK mustahil pembaca itu akan berduka, betul tak? Oleh kerana penghayatanlah maka pembaca terduka (tanpa sengaja bersedih). Oleh itu terima kasih dgn penghargaan itu.
Di antara yg menyebabkan pembaca marah dan berduka : Andingnya.
Seperti biasa, (TAK KUDUGA, SARA KIRANA, KABUS SENJA, MEMORI RINDU) andingnya tidak dijangka, kan? Hanya QQ dan MPJ sahaja rasanya yg menyenangkan pembaca, barangkali. Sebabnya? Kalau nak tahu, hayatilah kesemuanya dan lakukan perbandingan.
Saya kembali kepada alasan anding ACK, kenapa jadi begitu : DALAM HIDUP INI TIDAK SEMUA YANG KITA RANCANG AKAN MENJADI KENYATAAN. DAN TIDAK SEMUA YANG KITA IMPIKAN AKAN TERLAKSANA. CINTA TIDAK SEMESTINYA TERMETERAI DENGAN PERKAHWINAN. KASIH JUGA BUKAN JANJI UNTUK BERUMAH TANGGA BERSAMA. JODOH, AJAL DAN MAUT SUDAH DITENTUKAN. DAN... CINTA AKAN JATUH NOMBOR 2 JIKA BERTEMU PERSAHABATAN YANG UTUH DAN PERSAUDARAAN YANG ERAT. OLEH ITU KITA HARUS MENERIMANYA DENGAN REDHA. JIKA SUDAH MEMANG BEGITU TAKDIRNYA, TERIMALAH IA SEADANYA. TETAPI ITU BUKAN ALASAN UNTUK KITA TERUS BERSERAH DAN PASRAH, MESTI BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN APA YANG DIIMPIKAN. USAHA DAN KEGIGIHAN WATAK2 DI DALAM ACK ITULAH YANG MESTI DAN PATUT DIHAYATI. BANYAK ILMU ADA DI SITU.
Saya juga sedih dan terut teremosi sewaktu menggarap ACK. Ini bukan promo untuk anda mendapatkannya, tetapi itu adalah sebenarnya. jujur dari saya pengarang ACK. Saya juga impikan hidup bahagia bersama kekasih pertama, tetapi apakan daya, takdir sudah ditentukan begitu dan ACK sudah bersiap dengan hero ke 2. Mana sangka, pembaca tidak gemar padanya. Maafkan saya sekali lagi. Barangkali keterampilan hero ke 2 tidak dapat menandingi hero pertama. Ingatlah, setiap yang ujud di buka bumi ini tidak ada yang serba sempurna. Kelebihan dan kekurangan seseorang itu saling bertindanan.Saya berjanji, akan menyiapkan sebuah lagi novel yg akan menepati citarasa semua. Dengan munculnya LESTARYKU, saya harap ianya mampu membuat pembaca tersenyum menyudahkannya selepas bengkak mata mengikuti susurgalur perjalanan ceritera kehidupannya. Jika itu juga membibitkan kekesalan pada pembaca, apa lagi yang mampu saya katakan? Maaf juga dipinta.
Saya berundur dahulu, kepada yang sudah mendapatkan ACK, sama ada yang gemar pada andingnya atau benci pada penyudahnya, terima kasih sekali lagi. Andalah diantara pembaca setia karya Melayu di tanah Melayu yang merdeka ini. Siapa lagi yang akan memartabatkan karya seni anak tempatan jika tidak anak tempatan sendiri.
Fikir2kannya..........
6 comments:
Assalamualaikum,
'Saya juga impikan hidup bahagia bersama kekasih pertama, tetapi apakan daya, takdir sudah ditentukan begitu...'
Saya suka petikan ini. :) Pengalaman dan kenangan...
waalaikumsalam mya marja,
ya. semua juga begitu. kenangan dgn yg pertama sukar dilerai dari ingatan. tetapi itu bukan penghalang untuk kita mengutip kenangan dengan yg kedua. usah dikongkong fikiran mengenang indah semalam.jadikan pengalaman dan kenangan sbg peransang untuk yg akan datang.
TERUSLAH BERKARYA UNTUK SANTAPAN PENCINTA KARYA TEMPATAN.
Mama dah habis bc nvl ni mmg best.Mmg bukan mudah kita nak gembira kan setiap org. pada mula nya mama sedih tapi terfikir balik dari cerita ni mama dapat satu pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit yg mama tak tau nak sebut..thumb up!! buat ila mama mmg menyukai tulisan ila yg byk mengajar kita erti sesuatu.Terus kan usaha berkarya..kita tak perlu menagih pd semua org utk membaca atau menyukai hasil tulisan kita tapi pembaca pasti tercari2 penulis bila dah tau hasil karya penulis yg baik... berdiam diri dan tak mewar2kan pd seme utk membc nvl kita bukan beerti kita kalah tapi membuat kan pembaca tercari2 penulis.Contoh nya mama sendiri ingin mengabarkan berita gembira bila dah bc nvl ila skrg bk tu sedang di bc oleh adik plak.Mula membaca dia dah rasa seronok tak mau letak tapi kena letak jugak nnti keje umah tak siap..syabas buat ila yg berjaya membuatkan mama tercari2 nvl ila mcm tak puas bc sekali nak ulang lg..tahniah dari mama!!!sokongan padu mama hulurkan buat ila.
mamajambu
Terima kasih mamajambu. namapun jambu.selalunya jambu ni dikaitkan dgn sesuatu yang cantik.memang cantik bahasa mama. cair... hamba. Apa2pun terima kasih banyak2di atas mengertian itu. Penyakit tu talesimia namanya.Tidak berjangkit dan dijangkiti.Hanya bawaan darah oleh genetik.Bahaya juga,tapi bukan pada pembawa, cuma akan menyusahkan anak2 bila bertemu gen yang sama. Kesian mereka, kan?kesian negara dan dunia juga. Sebenarnya itu yang ingin kak ila sampaikan.Bukan semata2 cinta kasih dan sayang laila majnun. wallhualam....
jadikan segala komentar itu kekuatan yang membina!
Ya puteri. segala komentar berupa sokongan mahupun kutukan, semuanya boleh memangkin semangat, iyakan? Go puteri!
Post a Comment