Saturday, August 2, 2008

PESTA BUKU SELANGOR

entry-content'>

Assalamualaikum,
Minggu lepas (27 July) saya sempat melapang masa bersantai di pesta buku Selangor di Komplek PKNS Shah Alam. Saya sampai sekitar jam 10 setengah pagi dan angkat punggung selepas solat Asar. Saya hadir di ruang Buku Prima bersama novelis Zulailah.

Apa yang mahu saya kongsi bersama pengunjung di sini ialah kemeriahan pesta buku itu. Meski tidak semeriah dan sebesar pesta buku antarabangsa di PWTC namun pencinta buku tetap berpusu-pusu menyesakkan ruang terhad di komplek itu. Pencinta2 juga nampak tidak mempedulikan keadaan ekonomi yang dianggap tenat kala ini, terus tidak melepaskan peluang mendapatkan buku2 kegemaran mereka. Ini bererti santapan rohani sama pentingnya dengan keperluan jasmani. Saya sempat menyambar beberapa buah buku untuk satapan anak2 saya.

Selain itu saya turut menemui beberapa rakan baru dan lama (penggemar novel saya dan bloggers). Teruja sungguh saya, meski di waktu yang begitu mengekang namun kemesraan cukup dirasakan. Pun begitu sukar untuk saya perturunkan di sini nama2 mereka kerana bimbang ada yang tertinggal. Cukuplah dengan menyematkan mereka di dalam hati saya. Meski hanya sekeping daging namun kunjungan dan kemesraan mereka terus terukir indah di ruang singgah sana memori di dinding hati saya. Terima kasih daun keladi saya ucapkan. Semoga ukhuwah yang terjalin secara maya dan lewat pembacaan karya2 saya terus terjalin baik.

Selepas ini pesta buku Malaysia pula akan berlangsung di PWTC. Ayoh, jangan lepaskan peluang.

No comments:


Free shoutbox @ ShoutMix