Monday, August 4, 2008

KRITIKAN / KOMENTAR PADA NOVEL

entry-content'>

Assalamualaikum,

Saya mahu bercakap berkenaan komentar / kritikan di dunia penulisan. Pengkhususan saya pada pernovelan. Kenapa novel? Sebab genre itu yang sedang giat saya tangani.

Ramai penulis yg bimbang, takut malah tertekan dengan komen2 / kritikan pembaca (peminat) ke atas novel karya mereka. Ada juga yg membandingkan karya mereka dengan karya orang lain. Bijak pula memberi berapa bintang untuk novel itu dan berapa bintang pula untuk novel ini. Terserah pembaca. Sejujurnya saya juga takut.... tetapi tidaklah sampai mematahkan semangat untuk saya terus berkarya. Pegangan saya hanyalah, saya hanya mempertaruh sekelumit bakat yang ada, tidak mungkin berjaya memberi kepuasan kepada semua. Kepada yang suka, terima kasih, syukur juga. Tetapi kepada yang tidak gemar, terima kasih juga. Semoga di lain karya mereka akan menggemari cerita saya.

Sebenarnya ada pelbagai perasaan timbul dalam diri pengarang apabila karya mereka dikritik keras. Ada diantaranya yang marah2 lalu membidas balik sama ada secara langsung / tidak langsung. Ada yg keras mengecam dan ada juga yg sekadar menerangkan kenapa ceritanya begitu tidak begini. Terserah kepada masing2, yang penting, tujuannya untuk membetulkan keadaan. Tetapi bagi saya, saya berpegang kepada kata2 ini : JIKA TAKUT DILAMBUNG OMBAK, TIDAKLAH SAYA BERUMAH DI TEPI PANTAI. Pastinya ramai yang jemu mendengar kata2 hikmat ini dan pasti ramai yang sudah mengguna pepatah Inggeris yang bunyinya lebih terkehadapan. Tapi saya? Saya masih sayangkannya.

Apakah isu yang sering mendapat kritikan pembaca? Cerita (termasuk logik cerita, olahan dan bahasa juga (sedikit & jarang2 kecuali oleh para sarjana & pengkritik sastera).

Jika cerita menjadi bualan, saya tidak begitu bimbang kerana hak bercerita terpulang kepada pencerita (pengarang). Semua orang boleh bercerita, tetapi bagaimana menjadikan cerita itu menarik dan menambat hati pembaca, itu yang penting. Olahan? Itu perlu dipelajari lewat karya2 penulis besar dan banyakkan membuat latihan. Cerita yang mudah akan menjadi trajis jika diolah dgn baik. Iyakan? Kadang2 pembaca akan berkata : ceritanya biasa sahaja (klise) tapi cara penulis menyampaikan cerita itu membuat saya melekat, sampai ke akhir cerita. Maknanya itu apa? pasti olahannya baik dan mantap berbanding penulis lain . Bahasa? Itu juga perlu dipelajari, disamping melakukan banyak latihan dari membaca novel2 penulis ternama dan terus mengarang.

Ada juga yang mengaitkan karya pengarang dengan profesyen pengarang itu. Misalnya pengarang itu doktor, pastinya karya beliau lebih kpd perubatan. Begitu juga jika pengarang seorang guru, lowyer atau apa sahaja. Sebenarnya walau siapapun dia di luar sana, itu tidak boleh menjadi kayu pengukur kepada karyanya terutama novel. Yang dinilai? Cara penceritaannya. Walaupun penulis itu bukan guru, tetapi beliau masih mampu melakar gaya hidup seorang guru melalui pengamatan, pengalaman dan penyelidikan. Semua itu diadun bersama realiti, kreativiti dan emaginasi. Apabila kesemuanya dicampur, digaul sama rata, sama rasa, maka jadilah ia sebuah novel bukan biografi dan fantasi.

Biografi bagaimana? hanya yang realiti + kreativiti = novel biografi.
Novel Fantasi? : emaginasi + kreativiti = novel fantasi.
Novel kreatif : realiti + kreativiti + emaginasi = novel kreatif / sastera.

Begitulah adanya. Semoga sedikit catatan sumbang saya ini dapat membantu rakan2 penulis yang sentiasa gusar novel mereka dikritik dan diberi sedikit bintang berbanding rakan2 penulis yang lain.

Wallahualam. jumpa lagi di lain N3............

11 comments:

mohamadkholid said...

aku pernah juga kena kritik - tapi aku berpandangan kita tak perlu jawab kritikan tu. Tugas kita menulis dan tugas mengkritik tugas orang lain. Setelah terbit - tugas kita menulis telah selesai. Sebenarnya lebih ramai orang kritik - itu lebih baik, terutama jika yg mengkritik orang yg berkaliber dalam dunia penulisan.

mamajambu said...

salam kak ila,

Menarik n3 ni,
biasa lah kritikan ni satu cabaran buat kita utk bersemangat nk berkarya..buat apa lah bintang2 tu kalau sekadar menyedap kan kita utk seketika.Bintang yg tinggi tak mungkin kita gapai..yg penting cara olahan dan penyapaian cite kita waktu menulis itu yg penting.

Asal kan tulisan kita tu bernas padat dan matang tak perlu lah bintang segala bintang buat tak senang tido..yg memberi bintang tu ada lah kwn2 sensiri.

Bagi mama lah yg penting cite yg di tulis tu biar bermutu di kenang sepanjang masa.Kalau baik tulusan kita.. penyapai dari mulut ke mulut pun kita di kenali...Kadang2 cite2 ni ada yg memberi pengalaman dan panduan yg mungkin kita terlepas pandang.Banyak membaca luas pengetahuan.

Mama kalau cite tu baik tak perlu lah nk beri bintang tapi kata2 semangat tu lah yg penting.Kita jangan lah patah semangat bila tak dpt bintang... teruskan berkarya.

maaf lah kalau ada yg tersinggung.
mj

Anonymous said...

hi kak ila,
Wow!!!berite terkini sy sokong pendapat mj tu.Org yg memberi bintang di ada lah geng2 mereka yg nk promosi kan nvl kwn2 yg br 'melahirkan' nvl satu atau dua takut ada yg tak kenal tp itu bukan cara nya memberi harapan palsu kat pembaca mengata kan nvl yg bagus kemudian beri bintang yg tinggi..sy dah terkena bila beli bc citer nya bukan boleh tapi asal boleh je same mcm citer lain2 ada watak hero n heroin kemudian hepi ending.

Isi dan gaya tulisan hampeh laju seperti tak ada arah tujuan..bkn mengutuk tapi keyataan.. kalau pun kita nk promosi nvl kwn2 kita bkn itu cara nya biar jujur bila mereview nvl jgn asal boleh.Sy pelik dgn org2 yg beri bintang ni dia ada buat kajian ke nk memberi bintang2 ni.Bintang ni tinggi nilai nya bkn beri sembarangan.

Kalau setakat kanak2 di beri star bila berjaya itu memberi semangat utk terus belajar.Tapi lain cara nk beri pd penulis.. yg dah matang dan citer nya baik pun mereka beri sedikit bintang sbb apa tau.. itu bkn kwn2 dia jd hasil tulisan yg baik pun tak dpt bintang.. tp tetap bertahta di hati peminat kerna apa? kerna gaya penyamapian n citer penulis bernas tu yg di kenali pembaca tak yah bintang2.. skrg dah popular.

Org yg memberi bintang ni kadang2 pilih kasih.Mereka ada komplot mereka nk menaik kan penulis yg baru merangkak tp beri taraf yg tinggi..kita jgn silap memnilai hasil tulisan seseorg..yg baik kita ketepikan yg asal boleh di war2kan tak adil kan.

Same2 beri semangat bukan berat sebelah..nk cepat naik buat apa kalau hasil nya masih perlu bertatih..tp dah nk terbang.Sy perhati kan ramai yg jd pereview bk tp tak ikhlas.

Sy beri tip lah kalau nk tulis tu kita singkap di blakang tabir byk bahan yg kita perolehi dan jdi kan panduan gabungkan fantasi dan realiti.Lihat sekeliling kita yg kita boleh ambil iktibar dari situ.Mmg lah realiti tu kita tak tau bila beakhir tp pandai2 lah di olah kan.Dan jgn lupa buat kajian dan selidikan..homewk penting kadang2 fakta2 ni pun perlu ambil kira jugak.

Ramai penulis2 baru tak buat kajian terperinci..br satu nvl di cetak dah megah nk cepat popular br di beri bintang dah lupa diri takut2 nvl kedua kecewa plak tak de bintang.

maaf ya kak ila pjng celoteh sy.. nk beri semangat dan contoh2 pd kwn2 penulis kak ila yg takut.

Saya mmg suka gaya tulisan kak ila mantap dgn panduan dan gaya bahasa pun baik keep it up the gd work!! sy sokong kak ila terus menulis walau tak de bintang sekali pun tp tetap bertahta di hati saya.
semoga berjaya menambat hati pembaca.

zaf

Anonymous said...

sori nak tegur sikit kak ila boleh betul kan time nya tak.. pergi kat setting den ambil G+ 8 den save.masa nya salah sy tulis kul 5.00 ptg tp keluar kul 2.12 pg aisey ngatuk lah.. sori gurau menegur utk kebaikan.

zaf

Anonymous said...

membaca n3 kak ila dan komen2 kat sini membuatkan minda sy terbuka..selama ini hanya pandang dr satu sudut saja..skrg tdk lagi..

Serunai Faqir aka SF said...

Umpamakanlah karya yang dikritik sbg satu perkara yang berjaya menarik perhatian si pengkritik. Sebab ada orang suka karya kita, ada orang yang tak suka karya kita. Ianya terlalu subjektif, tapi jangan ambil hari dikritik. Kalau dikritik dengan hebat, kita jadikan sahaja itu sebagai satu pelajaran yang baik. Kalau setakat dikritik secara bertulis masih ada ampun lagi, sebab saya pernah dikritik secara terus, terus masuk dalam kepala.

Tapi saya enggan mengalah dan terus saja menulis. Betul kata Kholid, tugas kita hanya menulis. Cukup setakat itu, adakah kita menulis itu sesempurnanya? Jawapannya tidak, kita tak perasan pun perkara tu, jadi kita harus berterima kasih kepada pengkritik yang bersusah payah memberi pendapat dan kritikan agar kita cepat menangkap mana kekurangan dan kesilapan supaya dapat diperbaiki pada masa akan datang.

Apa pun, jangan terbunuh oleh kritikan dan jangan cepat melatah sekiranya dikritik dengan hebat. Kita ambil saja mana2 yang kita rasa bagus utk meningkatkan penulisan kita pada karya kita yang lain.

Rasha_rz said...

hai kengkawan semua, terima kasih sudi berkunjung & meratah N3 terkini kak ila. kepada Kholid, mamajambu, sf, tetamu yang menamakan diri sbg zaf serta pengunjug tidak bernama... nasihat & peransang anda semua amat kak ila hargai & semoga pengunjung lain yg mungkin yg tersinggah sini lalu membaca komen anda serta mendapat sedikit suntikan semangat. terutamanya penulis.

Sebanarnya ketakutan pada kiritkan bukan sahaja kpd penulis yg baru 1 novel, tetapi yg sudah mantap pun takut. kak ila buka N3 ini sebab mahu memberi semangat pd rakan penulis yg menghubungi kak ila menyatakan ketakutannya melihat nvl karyanya yg terkini sudah muka diberi bintang & kritikan.. kesian dia. moga2 kawan itu singgah di sini & mengutip sedikit tip di komen ini.
Nasihat kak ila padanya, teruslah berkarya kerana semakin banyak kita menghasilkannya, semakin rasa tidak puas dan sentiasa mahu memperbaikinya. GO!

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Biasa yang terlihat, mereka yang sudah ada nama yang selalu dikritik karyanya. Kritik itu menunjukkan orang baca karya seseorang penulis itu. Selamat dikritik!

Rasha_rz said...

waalaikumsalam mya marja. memang pengkritik mengkritik selepa membaca nvl kita. berterima kasihlah pada mereka. kritikan2 tu membina sebenarnya. kadang2 kak ila tersenyum sendiri apabila membaca komen mereka. kadang2 lucu & kadang2 tepat pula dgn apa yg kak ila ingin sampaikan. syukur....

p/s : cuma kritikan dari guru muda ni saja yg belum kak ila dengar. bila yek?

MYA MARJA said...

He he.. sabor ya... Guru muda ni banyak sungguh urusannya.

Rasha_rz said...

mya marja... banyak urusan ye cikgu? okey, take your time...
kak ila tungguh.


Free shoutbox @ ShoutMix