Tuesday, August 12, 2008

TIPS PENERBITAN NOVEL

entry-content'>

Manuskrip novel ditolak penerbit?
Editor tidak berminat dengan manuskirp novel itu?

Kenapa boleh jadi begitu! Kenapa ditolak? Manuskirp bagaimana yang dicari penerbit dan gaya bagaimana yang boleh menarik perhatian editor?

Apakah penulisnya perlu begitu, atau begini?

Apakah penting kedudukan & gaya keterampilan penulis itu dijadian ukuran?

Pangkatnya, namanya atau bakat dan kesungguhannya yang dijadikan ukuran?

?????????????????????

BAIKLAH, JIKA ADA EDITOR ATAU PENERBIT NOVEL TERSINGGAH DI SINI DAN TERBACA CATATAN & TERPANGGIL UNTUK MELERAI PERSOALAN INI, SILAKAN. DAN KEPADA RAKAN2 PENULIS SAMA ADA YG PERNAH MANUSKRIPNYA DITOLAK ATAUPUN MUNGKIN DITERIMA TERUS... JUGA BOLEH MENURUNKAN KOMEN. YANG BUKAN PENERBIT, BUKAN EDITOR, BUKAN PENULIS PUN... PASTINYA ANDA ADA IDEA, KAN? TOLONGLAH KAWAN2 KITA YG MENGALAMI NASIB SEPERTI DI ATAS.

P/S pengalaman perit bagi sesetengah penulis & ada juga yang patah semangat, kecewa.

18 comments:

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Bagai melontar dan meluah perasaan sahaja entri ini. Namun, semua jawapan pastinya ada pada diri Kak Ila, penulis prolifik. Selain bakat, rekomen orang dalam seperti penulis senior atau kenalan editor agaknya amat membantu agar manuskrip tidak ditolak. Selain itu, kajilah dulu novel-novel penerbit tersebut. Lain penerbit, lain kehendaknya.

HANI FAZUHA said...

Salam Kak Ila, Manuskrip saya pernah ditolak dan manuskrip yang sama juga diterima oleh dua syarikat dlm satu masa krn saya mencuba 3 syarikat utk skrip yg sama. Dan manuskrip itulah menjadi novel bertajuk Mengukir Bahagia. Di sini dpt saya simpulkan, penerimaan atau penolakan sesuatu skrip itu bergantung kpd konsep syarikat penerbitan itu sendiri itu sendiri.

Rasha_rz said...

Terima kasih mya marja. tak jemu2 menjengah ke sini & menurun idea. kak ila memang ada jawapannya meski samar2,di sini kak ila inginkan pandangan ramai. Rasanya lepas ini kak ila akan perturunkan apa yg pernah kak ila alami sebelum dikenali sebgai Ramlah Rashid, baru ada 8 nvl dlm masa 5 tahun.

Rasha_rz said...

hani fazuha, terima kasih ke sini. kak ila jg ada pengalaman begitu. mudah2an ramailah penulis yg ada pengalaman mengecewakan singgah di sini & berkongsi pengalaman mereka. &... dikutip bakal2 penulis yg sedang kecewa kerana manuskrip mereka ditolak.inilah suntikan semangat bagi mereka.

mohamadkholid said...

setiap penerbit ada konsep mereka sendiri - paling penting kita kena faham - ada novel sesuai untuk DBP, ada novel sesuai untuk penerbit lain seperti Utusan, PTS dan Alaf 21. Tidak semestinya pukul rata sahaja. Juga kena mengikut kesesuaian kehendak pasaran semasa juga.

Rasha_rz said...

terima kasih kholid. mudah2an tip kholid dpt dijadian panduan pada penulis2 baru yg kecewa.
terima kasih sekali lagi.
p/s; dah siapkan novel projek kita? waduh... kak ila pening juga. hehehe... takut tak sempat habiskannya.

butaseni said...

kak ila,novel dalam entry saya ok tak,baca jap :D hihihi

zahida zarkasi said...

Ikut kehendak penerbit..genre apa menjadi pilihan mereka. Plot mesti menarik, bahasa mesti jaga. Tak pernah ada pengalaman manuskrip ditolak terang-terangan. Tapi manuskrip diperam ada la tanpa diketahui sama ada diterima atau ditolak. Kan bagus kalau editor/penerbit bgtau terima ke tak. Lagi bagus kalau mrk bagitau sebab apa manuskrip ditolak..contohnya bahasa tak sesuai ke, plot tak menarik ke...

mamajambu said...

kak ila teringat nvl sara kirana yg manuskrip di buang..hehehe best citer tu mama suka

Rasha_rz said...

adik buta seni, akak dah jengah ke pintu adik. dah pun membacanya. menarik jg tapi bersambung.... bila nak disudahkan?

Rasha_rz said...

Zahidah Zarkasi? amboi nama penuh..? nk ambik berkat ke? hehe.. tahniah, menonjolkan nama yg dibanggakan keluarga. tahniah jg trbitnya nvl awak di prima. nanti kita tukar yek?

Rasha_rz said...

mama yg sentiasa jambu...
memang nvl sara kirana mewakili segelintir golongan novelis yg malang awalnya, menyerlah akhirnya. kalaulah semua novelis begitu tabah..

butaseni said...

dah sambung cerita dah kak ila haha

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Salam, ada beberapa perkara dipersetujui. Konsep penerbitan harus juga mengikut kehendak sesebuah penerbit. Elok juga kalau meneliti terbitan terdahulu sesebuah penerbit. Boleh jadi panduan dan haluan.

Kongsi lagi tentang perkara ini di blog saya : www.celikhuruf.blogspot.com

Abang Long said...

Sebagai pembaca. Ingatan untuk penulis ialah - sabar, tabah dan terus belajar.

Rasha_rz said...

adik butaseni... main2kan orang ye? tapi tak apa. bebedak la ni memang tak ada maruah. jadi macam kucing kalau dibutakan mata dipekakkan telinga.jadi tak salah nakal sekumpulan watak2 dalam manuskrip tu. malah berpahala menyelamatkan seorang wanita bakal menjadi mangsa.hehehe

Rasha_rz said...

terima kasih adik rozlan. rasanya pertama kali adik singgah di sini? salam kenal dan salam singgah. moga ramai bakal2 penulis yg singgah di sini mengutip tip dari adik.nanti kak ila ke blog rozlan pula. terima kasih sekali lagi.

Rasha_rz said...

abang long, terima kasih. pembaca juga sesuai memberi nasihat. karya yg baik bukan utk editor sahaja tetapi pembaca juga. pembaca lebih mementingkan mutu dan kepuasan. betul tak?


Free shoutbox @ ShoutMix